Memang bukan mudah untuk hilangkan ketagihan merokok, meskipun pelbagai cara telah dicuba.Kesan asap rokok ini pula bukan sahaja bahayakan diri sendiri malah pada orang sekeliling, serta anak dan isteri di rumah. Namun begitu, meskipun suami atau ayah TAK MAMPU untuk berhenti merokok, sekurang-kurangnya ikut nasihat dan tips yang dikongsikan oleh Muhammad Ahmad
ini.“Jika Ayah tidak mampu berhenti merokok, sekurangnya jauhkan asap rokok dari anak,isteri sedang mengandung. Basuh tangan selepas merokok, tukar baju sebelum peluk cium anak(terutama bayi).
Kesan bahan kimia yang ada dalam asap rokok akan melekat pada langsir,sofa,baju, tangan, gigi(mulut) , badan dan sebagainya. Bahan kimia ini tidak akan hilang kecuali dengan membasuhnya.
*Dalam rokok mempunyi pelbagai bahan kimia termasuklah bahan kimia yang boleh menyebabkan KANSER.
*Asap Rokok boleh menyebabkan keradangan paru-paru kepada bayi dan kanak-kanak. Kesian oo bayi radang paru-paru ni.
*Mengikut kajian asap rokok juga dikaitkan anak-anak dengan hyperactive,ADHD dan kematian mengejut (SiDS)
terutama terhadap bayi.*Mengikut kajian juga asap rokok menyebabkan kanak-kanak mengidap asthma dan menghalang fungsi ubat asthsma.
*Dapatkan rawatan dimana-mana klinik kerajaan.
*Berhentilah merokok dengan perbanyakkan sedekah. (Duit nak beli rokok simpan dalam tabung niat untuk pergi umrah)
*Berhenti merokok ganjaran PAHALA berlipat kali ganda disisi Allah.
*Jangan hina, kecam orang merokok. Nasihat mereka dengan HIKMAH.
*Isteri tolong doakan untuk suami agar berhenti merokok.
*Tidak digalakkan TAG suami dengan ayat nasihat diruang komen. Adalah lebih baik SHARE status ini.
“Ya Allah hilangkanlah KETAGIHAN kepada semua perokok”
Semoga bermanfaat!
-EncikMatt-
#LelakiBurQa
Sumber: Muhammad Ahmad