Hati ibu mulai remuk bila anak berani membentak dan anak tak dengar cakap. Bermacam kata-kata kurang enak ibu tuturkan sebab panas hati dengan sikap anak. Andai ini yang ibu sering alami, lihat kembali di mana Allah di hati ibu.
Ikuti perkongsian yang begitu bermanfaat daripada Puan Ainizal Abdul Latif. Bagaimana beliau muhasabah diri setiap kali berhadapan dengan anak-anaknya.
Ini Perkongsiannya
Sering saya merungut-rungut sekiranya anak mengulang kesilapan yang sama setiap hari. Seiring itu, ketika anak memohon maaf, saya akan susuli dengan bebelan yang panjang, kenapa masih ulang lagi kesilapan yang sama?
Penat.
Tiba-tiba terfikir, bagaimanalah jika Allah juga ‘penat’ dengan dosa yang kita lakukan setiap hari?
Ads
Kita sendiri sering mengulang-ulang dosa kepada Allah, khilaf, lalai dan bertaubat. Namun yang Allah janjikan ialah keampunan dan kasih sayangNya yang tidak bertepi.
Maka, adakah patut kita marah kepada anak yang mengulang-ulang kesalahan dan mohon ampun maafnya kepada kita, kita balas dengan bebelan yang panjang.
Insaf.
Ads
Marahlah, untuk mendidik. Bukan kerana mahu melepaskan nafsu dek kerana perasaan penat itu tadi.
Kalaulah mendidik anak, semudah hari ni ajar, esok dah pandai. Hari ni marah esok dah jeran nak buat salah. Hari ni di tegur, terus ingat sampai bila-bila. Tidaklah Allah merakamkan kisah dan ujian kesusahan nabi mendidik umat di dalam Al Quran.
Betapa manusia ni seperti fitrahnya seorang anak, sentiasa dalam keadaan khilaf, tidak tahu, mengulang-ulang kesalahan dan taubat.
Anak ini refleksi hubungan engkau dengan tuhan. Betapa engkau ingin di dengari kata-katamu oleh anak, dahulu kan lah dengan mengikut apa yang di suruh Allah.
Degil anak kepada kita, culas nya anak dengan Al Quran, seringnya anak melakukan kesilapan, cermin lah juga betapa degilnya kita kepada tuhan, betapa culasnya kita dengan Al Quran, dan betapa seringnya kita juga mengulangi kesilapan.
Tuhan, moga kami tidak pernah penat bertaubat sebagaimana seringnya kami melakukan khilaf.
Ada di kalangan mak-mak yang menyapu bedak pada kawasan intim anak-anak. Alasannya tak nak bagi berbau atau kurangkan melecet. Sebenarnya cara ini ada risiko pada anak di masa akan datang. Tulisan Dr. Hafiz Sulaiman menjelaskan dengan detail sebab-sebab yang perlu mak-mak bimbangkan.
Bedak Talkum Sebabkan Kanser?
Syarikat J&J pengeluar produk talkum..
kalah saman RM1.78 billion beberapa hari lepas
Bulan May, syarikat ini kalah saman RM470 juta.
Tahun lepas kalah RM235juta dan RM307juta..
Semuanya kes mengaitkan kanser ovari dengan penggunaan talkum bayi ini pada kawasan kemaluan dan peha. Wanita banyak menggunakan talkum di kawasan ini supaya selesa dan tidak melecet.
Kajian saintifik walaupun banyak menunjukkan kaitan dan teori, adalah tidak konklusif kerana kajian yang kukuh menjalankan eksperimen manusia adalah tidak beretika.
Menurut Dr Daniel Cramer, seorang saintis Harvard.. terdapat kes di mana seorang wanita penderita kanser ovari yang menggunakan talkum ini selama lebih 30 tahun. Pemeriksaan dan ujian mendapati talkum ini berada di dalam kelenjar, rahim dan juga ovari (kilang telur). Teori yang mungkin ialah talkum ini meresap ke organ-organ kewanitaan, menyebabkan radang dan stres dalam yang menjurus ke arah kanser ovari.
Walaupun syarikat menyatakan kajian saintifik menunjukkan tiada kaitan, National Cancer Institute menyatakan “tiada bukti jelas” talkum menyebabkan kanser.
Apa pun yang pastinya, talkum bayi ini memang bahaya kepada bayi. Hanya sedikit talkum yang diperlukan untuk merosakkan salur pernafasan bayi yang kecil menurut American Academy of Paediatic (AAP).
Bayi yang berisiko dan sensitif sistem pernafasan seperti yang menghidap sakit jantung sejak lahir, bayi pramatang dan menghidap jangkitan kuman RSV juga dinasihatkan tidak menggunakan talkum.
Akhir kata oleh kerana kajian kukuh hampir mustahil dilaksanakan oleh sebab etika kajian, kita perlu beringat-ingatlah.. Badan anak atau badan sendiri, terpulang lah kebijaksanaan diri dan keluarga masing-masing membuat pilihan. ?️
Nak makan sotong ?? celup talkum pun aku tak larang
Setiap insan sememangnya mahukan keselesaan tempat tinggal. Apatah lagi buat mereka yang sudahpun mendirikan rumahtangga. Begitu juga dengan pendirian Siti Aisya Kamaruddin, 28, dalam menguruskan rumah tangganya dengan baik, bukan sahaja suami dan anak yang perlu dijaga, bahkan kediaman juga harus dijaga rapi. Bak kata pepatah ‘Rumahku Syurgaku’, maka tidak hairanlah Siti Aisya dan suaminya, Mohamad Fahmi Misroh, 28 ini sanggup berhabis untuk rumahnya bagi mendapatkan keselesaan dan ketenangan.
Siti Aisya dan suami idamkan kediaman yang ringkas dan moden.
“Alhamdulillah, rumah kediaman kami ini mencukupi untuk kami sekeluarga berehat. Malah saya juga bersyukur akhirnya saya dapat memiliki rumah pertama dan baru saja berpindah beberapa bulan yang lalu,” ujar Siti Aisya memulakan perbualan.
Ketika melangkah masuk ke kediaman ini sememangnya, penulis berasa agak kagum, walaupun ruang rumah sederhana namun susun atur cukup moden dan menarik.
“Kami meminati konsep ringkas, minimalis dan moden. Tidak terlalu feminin ataupun maskulin. Kami memberi kebebasan kepada syarikat pereka dalaman yang dilantik iaitu ADCS (AD Creative Studio) untuk menghasilkan rekaan yang sesuai untuk kami berdasarkan konsep yang dipilih. ADCS kemudian drafkan beberapa cadangan untuk kami pilih dan membuat keputusan. Konsep yang dipilih juga mudah untuk kami kekalkan penjagaan dan kebersihan. Kos juga rendah untuk mendapatkan hasil yang moden dan minimalis. Sesuai untuk kami, generasi muda yang masih baru dalam mendirikan keluarga,” ungkap ibu kepada seorang cahaya mata perempuan ini.
Bilik mainan puteri mereka yang cukup selesa.
Sanggup Berhabis
Mengeluarkan kos sebanyak RM60,000 untuk pengubahsuaian Siti Aisya mula minat melakukan dekorasi rumah dari rancangan TV, Casa Impian. Sejak daripada itu, dia juga telah berhasrat untuk mendapatkan rumah idaman apabila sudah memiliki rumah sendiri.
“Sumber inspirasi banyak datang dari media sosial seperti Instagram, Facebook dan Pinterest. ADCS juga banyak memberi idea dan cadangan. Alhamdulillah, bajet kami cukup untuk menghasilkan sentuhan sebegini buat kediaman kami. Tidak salah untuk berbelanja sedikit demi kediaman idaman. Kami juga tidak perlu meluangkan masa yang banyak untuk membersihkan dan mengemas rumah,” sambung Siti Aisya.
Ditanya tentang ruang kesayangannya, Siti Aisya menerangkan ruang ruang vanity di bilik tidur utama menjadi kegemarannya. Manakala suami pula gemarkan panel helmet di ruangan makan.
Siti Aisya juga berasa sangat bersyukur kerana syarikat pereka dalaman yang dilantik telahk mentafsirkan rekaan yang sesuai buat ruang yang terdapat di kediamannya. Warna yang dipilih juga berdasarkan pilihan dia dan suami yang gemarkan warna semulajadi dan warna perabot yang dibeli.
Siti Aisya dan suami gembira miliki rumah pertama dan dekorasi yang diidamkan.
Ibu yang bekerja dalam masa yang sama mempunyai anak-anak yang masih kecil pasti berhadapan pengurusan masa yang kritikal. Mudahkan rutin harian ibu dengan melatih anak-anak lelaki mahupun perempuan masak di dapur. Anak lelaki juga boleh melakukan kerja-kerja rumah seperti anak perempuan.
Melatih anak lelaki masuk ke dapur sebenarnya perlu bermula dari kecil. Disiplin sebegini membuatkan mereka terbiasa. Pengalaman penulis blog SuriSuper.com dan penulis buku, Azura Abdullah melatih anak-anak lelaki memasak boleh dijadikan contoh. Melihat anak-anak lelakinya yang tidak kekok masuk ke dapur memasak benar-benar mengagumkan.
4 Panduan Latih Anak Lelaki Dan Perempuan Rajin Masak Di Dapur
Bagaimana ibu ini memberi melatih empat orang anak-anaknya ke dapur tanpa rasa kekok. Anak-anaknya, Muhammad Irfan, 17, Nur Irdina, 14, Muhammad Irsyad, 13, Muhammad Isyraf, 10 tahun selesa malah gembira sekali ketika di dapur. Kadangkala bermacam-macam menu menarik yang mereka sediakan. Ikuti idea yang dipraktikkan olehnya.
1. Berikan Tugasan Memasak
Anak-anak didedahkan dengan tugasan memasak sejak usia mereka masih kecil. Pendedahan itu dilakukan mengikut kesesuaian umur dalam mengendalikan peralatan dapur untuk mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku.
2. Biar Anak Cari Resipi Di Internet
Tak nafikan, anak lelaki ketika di dapur, keadaannya bagaikan tongkang pecah. Tapi mereka sangat kreatid dalam mempelbagaikan resipi yang mereka cari sendiri dari Internet.
3. Kenali Kemampuan Anak
Atasi kebimbangan ibu bila anak lelaki masuk ke dapur dengan memberikan pendedahan sejak mereka di awal usia. Ketika anak-anak di dapur, ibu perlu pantau. Dari situlah ibu akan faham kemampuan anak-anak dalam mengendalikan ruangan dapur.
“Misalnya anak lelaki saya yang bongsu masih dalam darjah 4. Saya lepaskan anak saya memasak bersendirian jika tidak menggunakan api atau minyak. Bagi anak lelaki saya ini, saya fokuskan kepada masakan yang menggunakan air-fryer dan oven sahaja.
“Manakala abang mahupun kakak yang sudah bersekolah menengah barulah saya berikan mereka kebenaran untuk menggunakan dapur gas atau memasak yang melibatkan minyak.”
4. Ibu Pun Kena Masuk Dapur
Ibu bapa jenis yang cerewet tentang ruangan dapur pun sebenarnya boleh latih anak-anak lelaki mereka. Kunci utama adalah beri pendedahan awal. Libatkan anak ketika memasak. Lama-kelamaan anak-anak akan faham apa yang perlu dibuat.
“Misalnya selepas memasak, mereka perlu mengemas dan mencuci kembali segala peralatan. Seperkara lagi, kita sebagai ibu bapa perlu ‘walk the talk’ sesama suami isteri. Contohnya suami membantu isteri menghidangkan makanan.
“Selepas makan, suami bantu isteri mencuci pinggan mangkuk yang kotor. Dari situ, secara automatik anak-anak akan ambil peduli hal ini dan saling membantu antara satu sama lain.”
Itu yang dipraktikkan dirinya dan suami, Mohd Hadzrami.