Alam rumahtangga bukanlah sesuatu yang mudah untuk diharungi jika masing-masing cetek pengetahuan ilmu agama. Suami umumnya sebagai ketua keluarga sebaiknya persiapkan diri dengan sedikit ilmu agama dalam mendidik isteri serta anak-anak yang bakal lahir kelak.
Jika setiap pasangan menjadikan agama sebagai pegangan, insyallah mungkin akan berkurangan masalah rumahtangga akan berlaku antaranya bab nafkah zahir, aurat dan tingkah laku isteri dan sebagainya.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini baik-baik :
Bila sudah jadi suami, jangan smpai tidak ada agama langsung dalam diri…
Kasar bunyi, tapi inilah hakikat akan apa yang kebanyakannya berlaku dalam rumahtangga zaman sekarang…
Pemimpin dan ketua keluarga kurang pengetahuan bab agama dan tidak mengamalkan agama yang ada pada dirinya dalam kehidupan hariannya…
Jika dia ada kefahaman agama dan mengamalkannya, agak-agak kita akan dengar tak suami tak tunai nafkah? Mungkin tidak sebab dia tahu nafkah itu adalah apa yang dipertanggungjwbkan Allah SWT ke atas dirinya bila mana dia mendirikan rumahtangga…
Tidak menunaikan nafkah akan menyebabkan dirinya berdosa… Maka atas asbab tak nak berdosa dan tak nak Allah murka, maka dia tunaikan dengan sebaiknya setiap bulan…
Jika dia ada pengetahuan agama dan mengamalkannya, agak-agak akan terlepas keluar tak isteri atau anak perempuan keluar dari rumah dengan tidak menutup aurat ataupun hanya membalut aurat? Mgkin tak sebab mereka itu adalah tanggungannya dan menjadi kewajipannya untuk menegur dan menjaga cara mereka berpakaian…
Jika dia ada ilmu agama dan mengamalkannya, agak-agak dia akan tinggalkan solat tak? agak-agak dia akan curang tak? Agak-agak dia akan menganiayai isteri dia tak? Agak-agak dia akan menzalimi isteri dia tak? Agak-agak dia akan buat perkara-perkara yang dilarang agama tak?
Mungkin tak, sebab ilmu yang ada dalam akalnya akan mengawal kelakuannya… Dia tahu apa itu halal haram, dia tahu apa itu dosa pahala dan dia waras untuk buat pilihan berdasarkan ilmu pengetahuan yang dia ada…
Paling kurang pun, basic kena ada… Perkara-perkara asas berkaitan agama…
Kalau ada ilmu, maka kena amal… Sebab ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buahnya…Justeru itu, jadilah seorang lelaki yang mempunyai ilmu agama dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita…
Ini adalah untuk kebaikan kita juga andai kita tidak mahu ditanya dengan pelbagai soalan-soalan yang kita sendiri tiada jawapannya ketika di akhirat nanti…
Sumber: Firdaus Shakirin
MW: Sebelum mendirikan rumahtangga, jika tidak mampu banyak, kumpulkan sedikit pengetahuan ilmu agama. Sekurang-kurangnya bila rumahtangga dikemudi dengan asas agama yang kukuh, insyallah rumahtangga akan bahagia selamanya. Insyallah.