Jika Ada Ciri Ini Anda Bermasalah Kurang Pendengaran, Bahaya Jika Tak Dirawat Awal

Share

Ada beza antara masalah kurang pendengaran dengan pekak. Kedua-dua masalah ini tak sama. Hilang pendengaran itu satu kekurangan kebolehan telinga mendapatkan bunyi dan untuk menghantar maklumat bunyi ke otak sehingga menyebabkan fungsi pendengaran terjejas.

Inilah yang dinyatakan oleh Audiologist Nessa Hearing Sdn Bhd, Hakim Zin. Yang mana, apabila seseorang itu mengalami masalah kurang pendengaran, inilah tanda-tanda awal yang akan berlaku.

Jika seseorang itu menunjukkan tanda-tanda awal, ini bermakna mereka bukan pekak tetapi kurang mendengar. Amat berbeza antara kedua ini.

Kalau seseorang itu pekak, walau kita telah menjerit dihadapannya dia masih tidak dapat mendengar. Orang yang mengalami masalah kurang pendengaran ini mereka boleh mendengar tetapi kurang jelas

.

Sehingga meminta orang yang sedang bercakap dengan mereka mengulang ayat yang telah dicakapkan itu berulang-kali.”

Sekiranya tanda-tanda sebegini mula kelihatan, sebaiknya anda mendapatkan segera ujian pendengaran dengan pengamal perubatan profesional dalam bidang pendengaran.Punca Berlakunya Kurang Pendengaran.

 

Hakim Zin

Punca Berlakunya Kurang Pendengaran

Faktor-faktor yang memberi kesan kepada masalah hilang pendengaran adalah seperti berikut:

1. Penuaan.

2. Jangkitan pada telinga.

3. Pendedahan pada bunyi bising.

4. Kesan sampingan akibat pengambilan ubat-ubatan.

Ini Pula Kategori Hilang Pendengaran

Jelas Hakim, terdapat empat jenis kategori masalah hilang pendengaran.

Hilang Pendengaran Tahap Ringan

Mereka yang berada pada tahap ringan akan meminta orang yang sedang bercakap mengulang ayat itu beberapa kali.

Hilang Pendengaran Tahap Sederhana

Mereka yang berada pada tahap sederhana akan meminta orang yang sedang bercakap itu bercakap dengan kuat sedikit dan berulang.

Hilang Pendengaran Tahap Teruk

Pada tahap teruk ini, orang yang bercakap ini perlu berada lebih dekat dan menepuk bahu mereka yang mengalami masalah pendengaran dan kemudiannya baru bercakap di hadapan mereka.

Kalau perbualan itu berlaku di tempat bising, pada tahap teruk ini pendengaran itu memang amat terjejas sebab bunyi bising itu mengganggu si pendengar untuk menangkap apa yang diucapkan oleh mereka yang bercakap.

Kategori teruk ini mula bergantung pada si pendengar perlu membaca gerak bibir.

Hilang Pendengaran Tahap Sangat Teruk

Mereka yang berada pada tahap teruk ini 100 peratus bergantung pada bacaan gerak bibir.

 

Cara Nak Kesan Anda Alami Masalah Hilang Pendengaran

Anda perlu melakukan ujian mengesan tahap pendengaran yang dilakukan oleh Audiologist. Audiologist adalah pengamal perubatan profesional yang boleh mendiagnosis masalah hilang pendengaran. Mereka juga layak memberi nasihat dalam memilih alat bantuan pendengaran yang bersesuaian.

Ujian tertentu akan dilakukan lebih lanjut untuk mengesahkan punca-punca masalah kurang dan hilang pendengaran.

Setelah ujian mengesan tahap pendengaran dilakukan, audiologist akan menerangkan keputusan yang telah didapati. Audiologist juga akan menyediakan panduan terhadap penyelesaian terbaik dalam situasi yang sedang anda hadapi.

 

 

Published by
Julie Roshana