Berita

Jihan Muse Berpantang Anak Ketiga “Semoga Allah Berkati Khalifah Yang Baru Lahir Ini”

Share

Jihan Muse berpantang anak ketiga. Tahniah diucapkan buat hos popular Jihan Muse yang telah selamat bergelar ibu kepada tiga anak lelaki. Sebagai seorang isteri dan ibu, selesai sahaja melahirkan anak dengan selamat, para ibu perlu pula melalui proses berpantang selama tiga bulan atau 42 hari.

Dalam tempoh berpantang ini, banyak perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan khususnya dari segi pemakanan harian. Jadi, amalan berpantang selepas bersalin ini perlu dipantau rapi supaya tidak berlaku perkara yang boleh memudaratkan kesihatan. Buat Jihan selamat berpantang dan semoga Allah berkati nak yang baru dilahirkan.

Jihan Muse Berpantang Anak Ketiga

Terbaru suami kepada Jihan, Ungku Hariz Faizal memaklumkan isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga mereka. Paling menarik perhatian netizen nama yang diberikan oleh pasangan ini kepada hero terbaru merek iaitu,Ungku Attufayl Adl.

“Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak ketiga kami iaitu bayi lelaki yang diberi nama Ungku Attufayl Adl,” tulisnya dalam perkongsian Instagram.

At-Tufayl Nama Salah Seorang Sahabat Nabi

Pada masa yang sama, Jihan turut memaklumkan At-Tufayl adalah nama salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW dan Adl adalah salah satu nama Allah dalam Asmaul Husna.

“At-Tufayl adalah nama salah seorang sahabat baginda Rasulullah SAW dan Adl adalah salah satu nama Allah dari Asmaul Husna,” katanya.

Untuk makluman, Jihan dan Ungku Hariz mendirikan rumah tangga pada 29 Mac 2016 dan dikurniakan Ungku Arsalan Haq dan Ungku Altamis Barr.

Semoga Hero Ketiga Dipelihara Allah Sentiasa

“ALHAMDULILLAH, tahniah… Semoga ALLAH berkati khalifah yang baru lahir ini dan dipelihara ALLAH sentiasa”  itulah antara komen dari salah seorang pengikut di Instagram.

Di ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah dari rakan selebriti dan juga para peminat.

“Tahniah Jihan.. welcome to boboboi kuasa 3” Catriona Rose

“Alhamdulillah. Tahniah Ji!!! Selamat berpantang!” Haziq Hussni

“Syukur Alhamdulillah ❤️ Tahniah korang “ Sharifah Amani

“Alhamdulillah.. tahniah buat jihan n ungku hariz.. Moga anakanda menjadi anak yg soleh serta berjaya dunia dan akhiratnya.. amiiin.. Selamat berpantang buat Jihan” Erra Fazira

Menarik Lagi : Jihan Muse Enggan Terlalu Sibuk Bekerja, Rugi Masa Terlepas Detik Anak-Anak Membesar

Baca Di sini : Jihan Muse Umum Hamil Anak Ketiga, Reaksi Keluarga Terima Berita Gembira Tarik Perhatian Warga Maya

Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.

Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.

“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.

 

 

 

Published by
Norhayati Suboh