Jeruk rambutan resipi orang lama, memang asyik bila makan sejuk-sejuk. Musim buah rambutan sudah tiba! Mana-mana tempat pun ada ramai peniaga menjual buah rambutan. Buah rambutan selain dimakan begitu sahaja, sedap juga kalau dibuat jeruk.
Berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat jeruk rambutan. Mereka yang ada pokok rambutan dan buahnya tak habis dimakan, bolehlah cuba buat jeruk rambutan. Mesti jadi kegemaran seisi keluarga.
CARA MEMBUAT:
2. Masukkan dalam balang selapis demi selapis. Setiap lapis tabur dengan garam kasar. Garam mesti lebih sebab kulit rambutan tebal.
3. Masukkan air masak menutupi rambutan.
Selepas dua minggu apabila kulit rambutan bertukar kehitaman ia menandakan jeruk buah rambutan sudah boleh dimakan. Rasa jeruk rambutan masam, masin dan sedikit rasa manis rambutan.
Jeruk buah rambutan ini tahan berbulan-bulan bahkan boleh sampai ke musim berikutnya. Orang dulu-dulu jeruk dalam tempayan. Nenek moyang kita dulu sangat kreatif dalam mencipta cara menyimpan makanan.
Kekalkan warisan nenek moyang kita. Tiada yang dulu tiada yang baru. Biasanya orang guna rambutan masam@rambutan telan. Tapi sekarang susah nak jumpa rambutan itu jadi buat sahaja rambutan apa yang ada. Rasanya tetap sedap.
Sumber: Faizah Husain
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.