Jeruk Bawang Putih Sedap, Biarkan 5 Hari Sampai Keluar Warna Hijau Dah Boleh Makan! Bawang putih mengandungi banyak khasiat yang tersendiri.Antara khasiatnya ia mampu menjadi antibiotik semulajadi bagi meningkatkan imunisasi dan sistem ketahanan dalam tubuh serta menurunkan paras kolestrol.
Seeloknya bawang putih dimakan mentah. Namun jika ‘tak tertelan’ rasanya boleh juga cuba buat jeruk bawang putih, rasanya lebih sedap. Malah sedap juga dimakan dengan Bihun Sup, Maggie dan sebagainya.
Ikut cara buat bawang putih seperti yang dikongsikan oleh Puan Zura Khalid ini.
Saya cedok resepi dari puan AJ Idris.
Derhaka sikit resepi sebab ada bahan yang tak de di rumah.So kita guna je apa yg ada. Ni akibat terpengaruh tengok mukbang la ni… hehe
Resepi jeruk bawang putih.
Bahan-Bahan:
Bawang putih yang ada ungu-ungu tu.
1 sudu teh Gula perang
1/2 sudu teh Garam pink
Cuka makan (cukup sampai bawang putih tu tenggelam)
Ads
Cara Membuat:
1. Bawang putih mesti yang macam ni ye.
2. Dah kupas bersih dan basuh, keringkan sekejap.
3. Kemudian boleh lah diisi dalam balang. Campurkan bahan-bahan seperti cuka, garam dan gula. Gaul-gaul gitu je.
4. Ni kejadian hari pertama.
Ads
5. Ni kejadian hari ke-4… sepatutnya tunggu hari ke-5 tapi saya dah tak sabo… terus buka dan ngap…
Biarkan selama 5 hari. Sampai keluar warna hijau tu. Selepas tu boleh lah di makan. Saya tadi test makan gitu je. Kalo makan ngan bihun sup ke maggie ke mesti lagi sedap gamaknya ye…
Yangg ni sedap la, rangup dan rasa bawang putih tak le sekuat macam kita makan mentah.
Sambal tempoyak udang sangat mudah dimasak. Bahan yang digunakan pun tak banya dan ringkas saja. Sesiapa saja boleh memasaknya termasuk anak dara yang masih belasan tahun. Yang penting, ramuan utamanya wajib ada; TEMPOYAK!
Masak Sambal Atau Makan Mentah
Biasanya, kalau suka durian mesti akan suka tempoyak. Namun ada juga yang tak suka kerana tempoyak iaitu isi durian yang diperam lebih menyengat baunya.
Selain dimakan mentah sebagai pencecah atau dimakan bersama budu, tempoyak memang boleh dimasak menjadi pelbagai hidangan yang cukup enak. Bak kata orang, bau tempoyak pun dah boleh buat kecur liur. Belum makan lagi. Aromanya yang unik mampu membangkitkan selera hingga ramai yang menggemarinya.
Sekarang musim durian sedang melanda negara. Ada yang ambil peluang untuk membeli durian khas untuk dibuat tempoyak yang boleh disimpan lama. Setahun pun sedap lagi kalau betul cara penyediaannya.
Sambal Sedap Pedas Berdegung!
Selain masak lemak tempoyak, ia juga sedap dibuat sambal goreng tempoyak. Boleh gunakan bilis, udang atau pun sotong. Terpulang pada selera anda sendiri.
Kali ini dikongsikan resipi Sambal Goreng Tempoyak Udang. Selamat mencuba!
Sambal Goreng Tempoyak Udang
Bahan-bahan
300-350 gram tempoyak
1kg udang putih laut – udang ini manis rasanya
20-30 biji cili padi merah (nak pedas boleh tambah, nak kurang pedas, kurangkan cili padi dan tambah lebih cili merah besar)
5 batang cili besar merah
1 helai daun kunyit – racik
1 keping asam gelugur
Sedikit serbuk kunyit
Garam dan gula
Minyak masak
Cara Memasak:
Bersihkan udang, buang kulit. Gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng udang. Jangan sampai garing. Angkat dan toskan. Ketepikan.
Kisar cili padi dan cili besar, tuang ke dalam satu mangkuk. Kemudian masukkan tempoyak. Gaul sebati. Masukkan juga sedikit serbuk kunyit.
Panaskan minyak (boleh guna minyak gorengan udang tadi), tumis campuran tempoyak dan cili tadi. Masukkan hirisan daun kunyit dan asam gelugur. Kacau hingga terbit minyak.
Masukkan pula udang yang sudah digoreng tadi. Sentiasa dikacau agar tidak melekat bahagian bawahnya.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan bolehlah dihidangkan dengan nasi putih panas.
Anda boleh juga gunakan ikan bilis jika suka. Terpulang pada diri masing-masing. Selamat mencuba!
Kuih ‘Vaday’ Cantik, Elok Rangup Tak Pecah, ‘Blend’ Kering Kacang Dhal. Paruppu Vadai merupakan sejenis kudapan ringan yang berasal dari India selatan.Kuih vadai ini bukan sahaja dinikmati oleh kaum India malah turut popular di kalangan berbilang kaum di Malaysia. Ramai yang suka kuih ni.
Rasa lemak kacang dhal dengan aroma rempah ratus dan daun kari memang mampu membuka selera seisi keluarga. Ia sesuai dinikmati sebagai hidangan minuman petang bersama keluarga tersayang.
Nak buat kuih vadey yang cantik kejadiannya, elok tak pecah malah puas hati bila buat makan sendiri ada caranya. Doh kering tak terlalu basah, serta menggunakan minyak betul-betul panas membantu mendapatkan vaday yang rangup dan cantik.
Ikut cara dan resipi yang dikongsikan oleh Puan Zatul Akmal ini sebagai panduan.
Vadey.. kuih favorite tapi susah nak dapat kalau dekat Kelantan. nah sekilo kita buat makan la puas-puas sebelum berpantang.
Bahan-Bahan:
1kg kacang Dhal
Daun kari
Bawang Merah
Lada kering
Cili merah
Garam
serbuk perasa
jintan putih
Cara Membuat:
1.Rendam kacang dhal semalaman.
2.Toskan bagi kering nanti blend kering. Jangan tambah air.
3.Masukkan daun kari, bawang, lada kering, cili merah kalau nak pedas, garam, dan serbuk perasa serta jintan putih.
4.Nanti nak goreng buat bentuk, letak dalam kuali minyak yang panas.Goreng dengan api yang sederhana hingga keperangan.
Siap!
Info Ekstra!
Jika adunan hancur dalam kuali apabila blend terlalu kasar dan doh kering.
Bila goreng minyak kena betul-betul panas dah masuk dah keras baru pusingkan/terbalikkan kalau minyak tak panas, kuih pecah.
Sandwic Tuna Viral ini suatu masa dulu pernah jadi sebutan di kalangan mak-mak. Cara penyediaannya mudah malah tak guna banyak bahan.
Walaupun ‘simple’ tapi orang tak pernah jemu nak rasa. Sampai sekarang, ramai yang mencari resepi ini. Selain di makan dengan anak beranak, boleh juga dibuat niaga. Dapatlah nanti pendapatan sampingan. Tapi kena ikut pesan Ibu Azzah dulu.
Perkongsian cara membuat sandwic tuna viral dalam paper cup ini dikongsikan oleh Ibu Azzahdari Projek Masak Ibu Azzah.
“Sesuai dibuat untuk sebarang majlis. Intinya boleh divariasikan. Grilled chicken, egg mayo dan macam-macam lagi. Ikut kreativiti sampai jadi ‘kebabom’ gitu.”
9 Bahan Sandwic Tuna Viral
1 buku Roti
1 tin Tuna
5 sudu besar Mayonis
1 biji Bawang Holland
2 biji Cili api
1 hiris Limau nipis
Tomato
Salad
Marjerin pelangi (tak ada dalam gambar)
Penyediaan Inti Tuna
I tin Tuna (flakes atau chunks), jenis berair atau berminyak boleh tapi mesti buang cairannya dulu
I biji Bawang Holland – cincang kasar
2 biji cili Api merah – potong halus
5 sudu besar Mayonis
Satu hirisan limau nipis ( jangan sebiji pulak)
Cara Membuat
1. Tuna dihancurkan dulu guna garfu.
2. Masukkan mayonis dan semua bahan yang lain (Rujuk Video). Jangan lupa perahkan asam limau.
3. Gaul rata sehingga sebati
4. Sedia untuk diguna terus.
5. Boleh simpan dalam chiller sekejap. Lagi sedap.
Cara Betul Sediakan Roti Dan Letak Inti Sampai Jadi Sandwic
Menarikkan idea berniaga sandwic tuna viral dalam paper cup yang cute macam ini. Sesuai dijual kepada pelanggan yang nak buat majlis Hari Jadi anak, atau kenduri kesyukuran sambut kelahiran dan sebagainya.
Sumber/Foto/Video : Projek Masak Ibu Azzah
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.