Jeritan Bahagia Bangsa Johor, Bila TMJ Belanja Sepenuhnya Keperluan Dapur Mereka Ketika ‘Shopping’ Di Pasaraya

Share

Hari ini barangkali jadi hari paling bertuah bagi pengunjung yang datang nak membeli belah di Jusco Tebrau City, Johor Bahru. Ini kerana mereka bukan sekadar mendapat satu kejutan biasa-biasa malah kejutan luar biasa daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ketika baginda ke pasaraya tersebut ditemani isteri, Che Puan Khaleeda Bustamam, baginda secara secara spontan telah beramah mesra bersama rakyat jelata yang sedang membeli keperluan asas di Pasaraya AEON.

Dalam kunjungan itu, baginda bertitah bahawa semua perbelanjaan rakyat Johor yang sedang membeli belah ketika itu ditanggung sepenuhnya hari ini.

Bukankah ini berita gembira yang melegakan hati rakyat yang sedang berkira-kira mahu membeli apa untuk keperluan harian mereka. Jelas kedengaran jeritan bahagia pengunjung yang menerima rezeki terpijak untuk hari ini.

Dalam video yang tular sejak petang tadi, kedengaran juga rakyat Johor terpilih ini mengucapkan tanda syukur dan terima kasih dengan kemurahan hati Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

 

Saya Ikhlas Menyayangi Rakyat – TMJ

Dalam laman rasmi Johor Southern Tigers baginda bertitah “Saya bukan ahli politik, saya tidak memerlukan undi.”

Tetapi saya ikhlas menyayangi rakyat saya. Sentiasa bersama anda bangsa Johor,”

Manakala Harian Metro menyebut terdapat kenyataan mendakwa Tunku Ismail membelanja setiap pelanggan sebanyak RM3,000 dengan jumlah keseluruhan perbelanjaan berjumlah RM1 juta.

Beberapa gambar turut dimuat naik dalam media sosial menunjukkan kemeriahan pelanggan membeli dan memenuhkan troli masing-masing di pusat beli-belah berkenaan.

Bagaimanapun, kenyataan dimuat naik dalam laman rasmi Johor Southern Tigers tidak menyatakan jumlah sebenar perbelanjaan itu.

Wajah Bahagia Ini

 

 

Sumber/Foto : Johor Southern Tigers

 

Published by
Netty Ah Hiyer