Berita

Jenazah Bayi Ditahan 16 Hari Dalam Peti Mayat, Hospital Swasta Tuntut Ibu Bayar Dulu RM3600

Share

Jenazah bayi ditahan  16 hari dalam peti mayat, hospital swasta tuntut ibu jelaskan dulu bayaran RM3600. Sepasang suami isteri berdepan kesukaran mengebumikan jenazah anak syurga mereka yang dilahirkan 16 hari lalu iaitu pda 24 November kerana tidak berkemampuan menyediakan wang sebanyak RM3600 yang diminta dijelaskan oleh sebuah hospital swasta.

Jenazah Bayi Ditahan 16 Hari Dalam Peti Mayat

Dalam satu kejadian  berlaku di Klang yang membuatkan orang ramai berasa kesal selepas ianya didedahkan oleh pihak pengurusan jenazah percuma iaitu Mr Wan Cai Official, jenazah adik Muhammad Adham tidak dapat diuruskan segera kerana keluarganya tiada kemampuan membayar kos kelahirannya.

Dalam kejadian ini, Mr Wan Chai melalui akaun FB memaklumkan, jenazah anak syurga ini telah dimasukkan ke dalam peti mayat selama 16 hari. Masa yang sama, ibunya berasal dari Melaka turut ditahan di pusat rawatan berkenaan dan tidak dibenarkan keluar selagi tidak membuat bayaran.

“Bukan jasad baby Muhammad Adham sahaja ditahan selama 16 hari di peti beku tetapi ibunya juga tidak dibenarkan keluar dari wad sehinggalah bil dibayar oleh si ayah pada 11 pagi semalam.Ibu orang Melaka dan ayah orang Negeri Sembilan.KEJAM!! Menyifatkan tindakan hospital ini yang melayan warganegara seperti orang asing, ia jelas satu tindakan tiada perikemanusiaan.

Hospital Swasta Tuntut Ibu Bayar Dulu RM3600

“Ibunya ditahan sebagai jaminan. Sepatutnya pihak hospital serahkan jasad baby pada ayahnya untuk diurus dan dikebumikan.

Menyifatkan perbuatan ini terlalu kejam kerana mereka sudah biasa terlibat dalam pengurusan jenazah, di postnya Mr Wan Chai turut menjelaskan mereka turut menghadapi kesukaran ketika memandikan jenazah baby Adham kerana tubuh anak syurga ini tidak selembut biasa dan sudah mengeras agak lama di peti beku mayat.

“Kami menghadapi masalah sewaktu hendak menguruskan jenazah wildan syurga adik Muhammad Adham Mikail. Hancur luluh bila melihat jenazah anak tanpa dosa ini 100% beku!!
“Bayangkan bayi yang sudah meninggal dunia pada 24 Nov ditahan selama 2 minggu dan diletakkan dalam peti sejuk. Perkara ini berlaku asbab si ayah tak mampu membayar bil bagi caj kelahirannya itu.
Dalam kejadian ini, difahamkan ibu  ini merasa sakit seperti hendak bersalin dan dalam keadaan kelam kabut itu, jiran telah menghantar ibunya ke  hospital swasta terdekatkerana suaminhya keluar bekerja. Dan selepas bersalin, adik Adham yang dilahirkan dengan hanya mempunyai mata sebelah  telah disahkan meninggal dunia.
Selepas 16 hari duduk di peti mayat kerana ketidakmampuan ayahnya membayar dengan segera, akhirnya anak syurga ini berjaya dibawa keluar selepas pelbagai usaha dibuat. Namun ia dilihat sesuatu yang menyedihkan kerana pengurusan jenazah orang Islam perlu dibuat segera. Kredit :- FB Mr Wan Cai Official.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :Calon Suami Panas Baran, Wanita Tinggalkan Terus, Jangan Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga

Isteri Kena Dera Suami Meninggal Dunia, Jiran Dedah Pasangan Kerap Bergaduh

Isteri Aktivis Dakwa Jadi Mangsa Keganasan Rumahtangga, Terperangkap Dalam Perkahwinan Demi Anak-Anak

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros