Jenazah Anak Ayu Raudhah selamat dikebumi. Salam takziah diucapkan buat bekas pemain bola sepak terkenal, Zaquan Adha Abdul Radzak dan pelakon Ayu Raudhah yang telah kehilangan anak bongsu semalam.
Terbaru jenazah anak pasangan ini telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Haji Said, di sini, jam 9.30 pagi tadi.
Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees Zaquan Adha yang berusia enam bulan telah disembahyangkan di kediaman mereka di Taman Sri Pulai, Sikamat, Seremban sebelum dibawa ke tanah perkuburan dan tiba jam 9.14 pagi.
Seperti mana dilaporkan Harian Metro, Zaquan kelihatan begitu sebak. Namun sempat berkongsi tentang reaksi anak-anaknya apabila perginya adik kesayangan.
“Mula-mula mereka terkejut, menangis… tak dapat terima, sampai hari ini tanya ‘baby’ Aisy pergi mana… nak pergi mana.
“Jadi saya cakap dia akan ke syurga. InsyaAllah dia akan tarik kita semua ke sana,” luah Zaquan yang memaklumkan sebelum pemergian anaknya berada dalam keadaan sihat dan baik.
Tambah Zaquan lagi setiap anak ada perangai masing-masing dan juga memohon doa agar dirinya dan isteri terus kuat
“Saya minta doa daripada semua supaya saya dan isteri kuat. Kami ada anak ramai, setiap anak ada perangai masing-masing.
“Mungkin ini yang terbaik buat kami… ada hikmah disebaliknya, tidak akan kongsi dengan semua. Sebab baru lagi, kami pun masih dalam keadaan terkejut,” sambungnya.
Ayu pula sepanjang bersama anak bongsunya, baby Aisy sangat baik luar biasa.
“Dia memang baik luar biasa. Setiap saat dia bersama saya, adalah kenangan terindah. Dia hanya pinjaman dan bila-bila masa boleh diambil,” luah Ayu.
Baca Disini : Baru Berusia Enam Bulan, Anak Bongsu Ayu Raudhah Meninggal Dunia Dalam Tidur
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.