Jemu ‘Repeat’ Pasta Sama, Buat PESTO PASTA Sedap Rasa ‘Creamy & Cheesy’ Anak-Anak Semua Suka! Anak-anak memang suka makan pasta, namun adakalanya kita mak-mak ni jemu nak masak resipi pasta yang sama seperti bolognese, aglio olio dan carbonara.
Sesekali boleh cuba tukar selera buat Pesto Pasta yang sedap dan mudah ni. Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Nabila Huda Murad ini sebagai rujukan;
Anak-anak saya mostly semuanya suka sangat-sangat makan pasta. Bila tahu je mama dia nak buat pasta memang masing-masing berteriak dan happy betul.
Last year saya sesaje cuba buat pasta versi lain pulak iaitu Pesto Pasta. Pasta bewarna Hijau yang rasa creamy, cheesy, sedap dan harum baunya sebab gunakan daun basil.
Sebab dah naik jemu repeat pasta jenis Bolognese, Carbonara & Aglio Oglio.
Ya Rabbi, rupanya anak-anak semuanya suka makan Pesto ni. Since daripada situ asyik request saya buat Pesto je.hahaha
Saya je agak malas nak buat, sebab tak semua Pasaraya ada jual Daun Basil & opkoz bahan-bahan buat Pesto ni premium.
Spaghetti
Daun Basil
Bawang putih
Kacang Pistachio
Kacang Gajus
Unsalted butter
Whipping cream
Mozzarella cheese
Olive oil
Serbuk black pepper
Gula dan garam secukup rasa
1. Rebus pasta masukkan sikit garam dan olive oil supaya pasta tak melekat.
2. Blendkan bawang putih, kacang pistachio, kacang gajus, sikit mozzarella cheese, daun basil, serbuk black pepper, sikit olive oil dan masukkan sikit air rebusan pasta.
3. Kisar halus jadi macam ni. Kalau nak kaler lebih cantik lebihkan sikit daun basil tu ye.
4. Panaskan unsalted butter dulu, kemudian baru masukkan bahan kisaran.
5. Half cook dh boleh masukkan sikit whipping cream dan tambah lagi Mozarella cheese.
6. Gaul sebati pasta. Masak dalam masa 3-5 minit. Saya guna pasta kaler gelap sikit ni dan terkurang letak daun basil…rupa kejadian yang sempurna adalah pasta tu akan cantik warna hijau muda .
Semoga Bermanfaat!
Selamat Mencuba.
Mesti Baca:Resepi Homemade ‘Pasta Sauce’ Berbaloi Buat Sendiri, Bahan Pun Mudah & Murah!
Baca Lagi Di Sini: “Fettuccine Carbonara” Sedap Tak Guna Sos PREGO, Pedas Berlemak Ikut Tekak Orang Melayu
Mingguan Wanita: Nampak sangat sedap, terasa lemak berkrim pasta pesto ni. Nak buat kelainan boleh cuba resipi ni pula, anak-anak mesti suka nanti.
Sumber: Nabila Huda Murad
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.