Jemu ‘Repeat’ Pasta Sama, Buat PESTO PASTA Sedap Rasa ‘Creamy & Cheesy’ Anak-Anak Semua Suka! Anak-anak memang suka makan pasta, namun adakalanya kita mak-mak ni jemu nak masak resipi pasta yang sama seperti bolognese, aglio olio dan carbonara.
Sesekali boleh cuba tukar selera buat Pesto Pasta yang sedap dan mudah ni. Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Nabila Huda Murad ini sebagai rujukan;
Anak-anak saya mostly semuanya suka sangat-sangat makan pasta. Bila tahu je mama dia nak buat pasta memang masing-masing berteriak dan happy betul.
Last year saya sesaje cuba buat pasta versi lain pulak iaitu Pesto Pasta. Pasta bewarna Hijau yang rasa creamy, cheesy, sedap dan harum baunya sebab gunakan daun basil.
Sebab dah naik jemu repeat pasta jenis Bolognese, Carbonara & Aglio Oglio.
Ya Rabbi, rupanya anak-anak semuanya suka makan Pesto ni. Since daripada situ asyik request saya buat Pesto je.hahaha
Saya je agak malas nak buat, sebab tak semua Pasaraya ada jual Daun Basil & opkoz bahan-bahan buat Pesto ni premium.
PESTO PASTA
Bahan-Bahan :
Spaghetti
Daun Basil
Bawang putih
Kacang Pistachio
Kacang Gajus
Unsalted butter
Whipping cream
Mozzarella cheese
Olive oil
Serbuk black pepper
Gula dan garam secukup rasa
Ads
Cara Membuat:
1. Rebus pasta masukkan sikit garam dan olive oil supaya pasta tak melekat.
2. Blendkan bawang putih, kacang pistachio, kacang gajus, sikit mozzarella cheese, daun basil, serbuk black pepper, sikit olive oil dan masukkan sikit air rebusan pasta.
3. Kisar halus jadi macam ni. Kalau nak kaler lebih cantik lebihkan sikit daun basil tu ye.
Ads
4. Panaskan unsalted butter dulu, kemudian baru masukkan bahan kisaran.
5. Half cook dh boleh masukkan sikit whipping cream dan tambah lagi Mozarella cheese.
Ads
6. Gaul sebati pasta. Masak dalam masa 3-5 minit. Saya guna pasta kaler gelap sikit ni dan terkurang letak daun basil…rupa kejadian yang sempurna adalah pasta tu akan cantik warna hijau muda .
Sajian untuk petang ini KHANOM KHAI NOK GRATAA @ THAI FRIED SWEET POTATO yang enak kalau dimakan bersama kopi o panas. Resepi ini dikongsikan oleh Puan Hafizah Fiza dari Perlis. Sedap, lemak manis dan ranggup diluar meleleh di dalam! Jom, cuba buat sendiri.
Bahan-bahan:
500grm ubi keledek oren
2 1/4 cawan tepung ubi (225gm)
1/3 cawan tepung gandum (30grm)
1 sudu besar baking powder
4 sudu besar gula putih
1/2 sudu tea garam
Cara Buat:
1. Ubi keledek dikupas dan dipotong kemudian dikukus selama 20 minit.
2. Toskan masukkan ke dalam bekas kemudian lenyet/tumbuk bagi halus.
3. Masukkan semua tepung ubi, gandum, gula, garam dan baking powder gaul bagi sebati.
4. Bentukkan menjadi bulat-bulat, jangan besar sangat sebab bila menggoreng nanti dia akan menggelembung.
5. Jika melekat ditangan pedapkan tepung sedikit di jari. Bulatkan sehingga habis kemudian panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana panas untuk mendapat warna keemasan.
6. Sambil menggoreng bulatkan bola kecil, bila dah kekuning keemasan angkat dan toskan.
7. Sruktur kulit luarnya akan menjadi bulat dan halus sebab kita dah masukkan tepung ubi lebih dari tepung gandum.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Yang mak-mak semua faham, bunga telang kegunaannya sebagai pewarna dalam nasi kerabu. Ada banyak lagi kegunaan bunga telang. Suri anak 4, Puan Liyana Anaqi berkongsi panduan mempelbagaikan kegunaan bunga telang. Resepi aiskrim bunga telang ini tentulah yang paling unik sekali.
Kenapa pula paling unik? Sebab bila bunga telang dimasak sampai jadi pati. Hasilnya boleh dibuat aiskrim ataupun jus untuk minum petang. Macam mana nak dapatkan 3 warna berbeza daripada satu pati bunga telang? Ini panduan yang boleh mak-mak cuba. Mudah saja rupanya.
Cara Buat Aiskrim Bunga Telang
Bunga telang ada banyak. Tapi tak cukup banyak nak buat apa-apa masakan. Nak buat macam mana? Kita kumpul bunga telang, dan buat pati. Kutip saja bunga-bunga ni hari-hari, dan simpan di dalam freezer. Bila sudah cukup kuantitinya, kita buat pati.
Syarat sebelum simpan bunga telang dalam freeze : Pastikan bunga dalam keadaan bersih sebelum simpan. Jika nak basuh selepas dikeluarkan dari freezer, warnanya dah mula turun.
Bila dah cukup, rebus bunga telang untuk mendapatkan warna birunya.
Rebus dengan air tapis. Anggaran air dan bunga ialah 3 : 1. Setiap 3 cawan air untuk 1 cawan bunga. Didihkan dengan api sederhana, sehingga ia menggelegak. Biarkan menggelegak dalam 5 minit sahaja. Makin lama dididihkan makin terasa rumput pada pati. Tutup api dan sejukkan.
Tapis bunganya selepas sejuk. Tengok, warnanya biru pekat.
Boleh simpan dalam bekas. Untuk separuh bekas aiskrim bunga telang, saya dapat sebotol 600ml pati, dan balance semangkuk kecil. Yang balance tu, kita buat minum petang, minum dengan pisang goreng.
Cara Dapatkan 3 Warna Berbeza
Pati yang dicairkan dan guna gula putih biasa = warna BIRU
Bunga telang + gula merah/molasses/ gula organik = warna KEHIJAUAN
Bunga telang + lemon = warna UNGU
Selepas mendapat warna pilihan bolehlah direbus dengan gula. Campurkan sedikit tepung jagung untuk mendapatkan tekstur aiskrim yang lembut. Setelah likat, sejukkan dan masukkan dalam plastik aiskrim Malaysia.
Simpan aiskrim bunga telang itu dalam peti beku.
Mudah Saja Nak Tanam Pokok Telang, Ini Panduan Asasnya
Tanam di tempat panas.
Masa nak naik kena siram banyak air.
Kena ada tempat untuk pokok ni memanjat. Saya guna pagar yang direcycle.
Kalau bunga ada sikit, boleh kutip dan simpan dalam bekas dalam freezer sampai cukup kuantiti nak dibuat pati.
Sumber / Foto : Puan Liyana Anaqi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Memang seronok bila berkumpul ramai-ramai tak kiralah dengan adik beradik mahupun anak-anak dan buat shell out ini di rumah. Lebih puas hati, kos pun lebih jimat. Bukan apa jika makan di kedai, makanan laut ni boleh tahan juga harganya. Bila buat sendiri, hidangkan secara ‘lambak’ dan makan beramai-ramai pastinya lebih mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Buat mak-mak yang tercari-cari resipi kuah shell out, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Fara Amirullah ini sebagai rujukan.
“Homemade Shellout.Buat sendiri makan dekat rumah puas hati! Husband cakap lagi sedap dari dekat kedai.Resipi dan cara membuat ada dikongsikan dekat gambar”
Bahan-Bahan:
Udang
Sotong
Kepah
Ketam
(Kisar)
2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
5@6 biji cili api
2 batang serai
sedikit belacan
setengah inci halia
Mentega/ minyak masak
Daun Limau Purut
2 sudu besar cili kisar/boh
2 sudu besar Sos cili
2 sudu besar Sos Seafood
Brokoli
Jagung
Cara Membuat:
1.Rebus seafood, udang dengan sotong tu nak rebus sekali boleh je. Cume ketam dengan kepah tu rebus asing-asing, nanti nak ambil air rebusan ketam.
2.Kisar bawang besar, bawang putih, cili api, serai, belacan dengan air rebusan ketam.
3.Sementara itu, celur sayur sekejap.
4.Cairkan butter, nak pakai minyak masak biasa pun boleh ke dalam kuali.
5.Kemudian, tumiskan bahan kisar tersebut dengan daun limau purut sampai naik bau.
6.Tambah cili boh/ cili kisar dalam 2 sudu.
7.Tumis sampai naik bau dan masukkan pula air rebusan ketam ikut kepekatan yang kita nak.
8.Masukkan pula Sos cili 2 sudu besar.
9.Kemudian masukkan pula sos Seafood sos 2 sudu besar.
10.Masukkan pula makanan laut yang telah direbus tadi.
11.Masukkan sayur yang telah dicelur tadi.
12.Gaul rata kejap dan siap!
Selamat Mencuba!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mak-mak yang nak buat kelainan, boleh cuba buat shell out ini di rumah. Pastinya lebih puas hati, harga lebih jimat dan rasanya pun lebih sedap!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...