Jemaah wanita meninggal lepas baca Yassin, kematian husnul khatimah malam Jumaat di masjid. Kematian jemaah wanita yang meninggal di masjid ini pastinya menjadi idaman kira semua iaitu memperoleh husnul khatimah di penghujung hayat kita.
Pastinya ramai yang tertanya-tanya apa kebaikan dilakukan oleh arwah Rosli Ramli, 60 yang rebah sebaik menghabiskan bacaan Yassin malam tadi di Masjid Zahir, Alor Setar semalam sebelum disahkan meninggal dunia sekitar jam 8.25 malam tadi.
Arwah Rosnah meninggal di malam jumaat. Meninggal pula di tempat mulia iaitu masjid. Meninggal seusai solat Maghrib dan baru menghabiskan bacaan Yassin secara berjemaah. Pastinya meninggal dalam keadaan masih berwuduk.
Auratnya sangat terjaga di akhir hayatnya itu meninggal dalam keadaan masih bertelekung dan menambah kematian hunul khatimahnya, arwah Rosnah berpuasa sunat Khamis dan berbuka di masjid bersama suami tercinta.
Memetik laporan Harian Metro, seorang jemaah wanita meninggal dunia selepas menunaikan solat Maghrib berjemaah di Masjid Zahir, di sini, semalam.
Pegawai Media Masjid Negeri, Muhd Azam Abdullah berkata, kejadian itu berlaku sekitar jam 8.25 malam ketika jemaah masjid sedang membaca doa dan disusuli bacaan surah Yassin.
Katanya, Rosnah Ramli, 60, tiba-tiba rebah dan disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang datang membuat pemeriksaan terhadapnya.
“Arwah hadir ke masjid bersama suaminya dan mereka terlebih dulu berbuka puasa sebelum menunaikan solat jemaah serta membaca surah Yassin bersama jemaah lain di masjid ini malam tadi.
“Menurut jemaah di sebelahnya, arwah ada menunjukkan tanda tidak selesa sebelum tiba-tiba rebah di ruang solat utama wanita.
“Selepas itu, kami terus menghubungi talian kecemasan dan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang hadir mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya, Rosnah bersama suami sememangnya sering ke masjid itu untuk menyertai pelbagai aktiviti agama selain menunaikan solat jemaah.
Katanya, suaminya juga kelihatan tenang menerima kejadian itu dan segala urusan arwah dipermudahkan.
Dalam pada itu, anak-anak pasangan itu turut hadir ke masjid untuk melihat keadaan ibu mereka.
“Malam tadi kami menjadi saksi kepada sebuah pengakhiran hidup yang sangat baik dan mulia. Semoga ini menjadi pengajaran, iktibar dan pedoman buat kita semua,” katanya.
Difahamkan jenazah arwah akan dikebumikan di Kampung Telaga Mas, Pokok Sena, hari ini.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :-Baru Selesai Haji & Niat Keluar Dakwah 40 Hari Sebelum Meninggal, Jemaah Kongsi Sisi Lain Datuk Pahamin Rajab
‘Pemergian’ Mulia Bulan Ramadan, Wanita Rebah Meninggal Ketika Baca AlQuran Di Masjid
Kematian Yang Dicemburui, Warga Emas MENINGGAL Ketika Solat Isyak Berjemaah