Kasihannya jemaah umrah uzur ini. Niat 4 beranak yang mahu menunaikan ibadah tanpa sebarang masalah, jadi sebaliknya apabila pihak travel pengurusan umrah yang menguruskan mereka lepas tangan.
Pihak travel sedia maklum dengan penyakit buah pinggang yang dihadapi bapa ini. Malah sanggup menguruskan urusan perawatannya di sana. Malangnya visa mereka didaftarkan atas tiket visa pelancong, membuatkan keluarga ini terpaksa menanggung kos perubatan yang tinggi.
Ini yang dilaporkan oleh Najmi Farisham apabila berdepan rayuan bantuan daripada keluarga jemaah yang sedang diuji ini.
Tepuk Dahi Tengok Kos Perubatan Yang Terpaksa Dibayar
Istighfar panjang makcik ini setelah dapat tahu berapa kos bayaran perubatan yang terpaksa dibayar oleh pihak mereka. Semuanya berlaku dengan pantas sekali. Hati dah remuk dan geram dengan pengusaha travel yang menjanjikan bulan bintang.
“Mana kita nak cari duit sebanyak ini?” ucapnya lagi sambil tangan kanannya diletakkan atas dahi. Merenung nasib di hari esok.
Sekali-sekala mereka 4 beranak berpaling melihatkan si ayah yang sedang menahan sakit atas kerusi roda di hujung sudut sana.
“Tak apalah bayar berapa pun, kita cuba usahakan. Buat masa ni, jangan kasi tahu ayah lagi. Nanti dia makin risau,” ujar kawan aku yang merupakan anak kepada pakcik itu. Dialah yang mesej aku minta tolong.
Sambil itu juga dia keluarkan dompetnya dan mengira kepingan note yang ada untuk melunaskan bayaran. Selagi tak bayar, selagi itulah ayahnya itu tak dapat menerima rawatan.
Asalnya Travel Umrah Berjanji Nak Tanggung Segala Urusan Ayah
Masa aku mula-mula sampai dekat bahagian kecemasan hospital ini, dah pelik dah. Mereka ada tunjuk resit pendaftaran berjumlah SAR100.
Ads
Cuma waktu itu aku malas nak tanya lagi itu bayaran apa. Takut mereka pun makin risau. Yang penting sekarang, nak selesaikan rawatan buah pinggang ayahnya ini dulu.
Sebelum datang buat umrah itu hari, mereka dah survey awal dengan beberapa buah travel yang sanggup uruskan dialisis ayahnya sepanjang umrah ini. Banyak travel yang tolak sebab tak berani nak tanggung risiko dari segi urusan. Sehinggalah ada sebuah travel ini menyatakan sanggup.
Tiba di Madinah, semuanya kena uruskan sendiri. Pihak travel hanya hantarkan ke bahagian kecemasan sahaja. Tinggallah mereka yang hanya reti bercakap bahasa itik untuk berurusan dengan pihak yang berbahasa ayam. Semua saling mengerutkan dahi.
Ini Beza Visa Umrah Dengan Visa Pelancong
Setelah berjam-jam menunggu, akhirnya pak Arab yang berada di kaunter pendaftaran tadi memanggil. Aku segera ke sana. Katanya kena buat bayaran tambahan lagi sebelum rawatan dialisis dijalankan.
“Mereka ni jemaah umrah, datang pun dengan visa umrah. Kenapa nak kena bayar lagi?” soal aku kepadanya.
“Tak, ini bukan visa umrah. Ini visa pelancong,” jawabnya sambil menyelak helaian visa yang sudah siap dicetak daripada internet.
Aku pun tengok. Ya Allah, betullah visa pelancong. Aku dah risau ni. Tapi nak tak nak, terpaksa kasi tahu mereka juga.
Ads
Inilah antara perbezaan ketara antara visa umrah dan visa pelancong. Memang harganya murah. Namun segala urusan perubatan di hospital kerajaan bagi pemilik visa umrah, ditanggung oleh Kerajaan Arab Saudi. Ianya berbeza dengan visa pelancong.
Setelah ditambah tolak, jangkaan jumlah bayaran yang kena bayar untuk 4 kali dialisis di sini adalah SAR3880. Makcik tadi dengan sendirinya kira dengan kalkulator yang ada di meja kaunter. Termenung panjang dirinya.
Pastikan Tanya Dulu Travel Umrah, Guna Visa Umrah Atau Pelancong
Bayangkan harganya dah separuh pakej yang mereka bayar dekat travel. Cuma untuk kes ini, aku harap mereka dapat klaim nanti. Aku dah minta mereka simpan semua resit yang berkaitan.
Sepatutnya pihak travel dah berjaga-jaga bila dapat tahu ada jemaah mereka yang akan jalani rawatan sepanjang di Mekah dan Madinah. Orang yang sakit buah pinggang ini, rawatan dialisis mestilah dibuat sekitar 3 hari sekali. Itu mesti.
Jadi, aku rasa sebelum nak pilih mana-mana travel untuk ibadah umrah nanti, pastikan terlebih dahulu tanya, guna visa umrah atau visa pelancong? Yang ini paling penting. Kadang-kadang ada yang tak nyatakan dalam iklan.
Jika guna visa umrah, segalanya diuruskan oleh pihak travel dan muassasah termasuklah rawatan di hospital yang ditanggung oleh kerajaan. Soal kewangan tak risau dah.
Ads
Kalau visa pelancong pula, lain. Boleh kalau nak guna insurans sendiri atau yang dah tersedia, cuma tak semua hospital yang cover. Kena cari sendiri dan turuti terma-termanya.
Kadang-kadang harga pakej dah mahal 7 ke 8 ribu. Tapi duduk hotel jauh. Guna pula visa pelancong yang mana harganya lebih murah berbanding visa umrah. Memang cari untung begini. Kalau pihak travel sanggup nak tanggung segalanya tak apa, ini mereka lepas tangan. Yang merananya, jemaahlah.
Moga kita semua dijauhkan daripada kesulitan ini.
Jemaah Umrah Kena Pandai Pilih, Jangan Sampai Tertipu
Kawan aku ada duduk dalam satu travel ni. Katanya masa mula-mula visa pelancong diperkenalkan dulu, memang pihak mereka gunakannya untuk jemaah. Murah.
Namun setelah ada beberapa jemaah yang sakit, banyak risiko yang mereka kena tanggung. Jadi mereka kembali gunakan visa umrah.
Agensi travel sekarang ini dah macam cendawan tumbuh selepas hujan. Banyak sangat, bermacam-macam jenis. Jadi kenalah pandai pilih untuk kelesesaan diri sepanjang perjalanan. Supaya diri juga tak kena tipu.
Itulah.
MW : Semoga urusan jemaah umrah ini dipermudahkanNya.
Terlebih berjaga pada waktu malam, selalu membuatkan wanita kerap lapar dan suka makan lewat malam. Kadang nak paksa tidur pun tak selesa bila perut kosong, akhirnya pilihan yang ada anda terpaksa sumbat makanan walau lewat malam. Tapi mungkin juga beberapa faktor ini berkait…
1. Stres
Ketika kepala penuh masalah, alternatif dicari untuk menimbulkan rasa gembira. Makanan akan membuatkan seseorang berasa kenyang dan puas hati. Lama-kelamaan makan menjadi tabiat dan akan menyebabkan kenaikan berat badan yang banyak.
2. Salah tafsir rasa haus dengan lapar
Otak tak dapat membezakan rasa haus dengan lapar. Jadi sebelum mencari makanan pada waktu malam, minumlah air kosong dahulu. Jika masih juga lapar, barulah mencari makanan yang sesuai pula.
3. Waktu makan tak tetap
Makan tidak tetap atau makanan yang diambil pada waktu siang tidak memuaskan kehendak diri. Ya, inilah jadi dorongan buat anda rasa lapar pada waktu malam. Cara atasi, anda perlu sediakan makanan dari rumah atau beli makanan yang disukai dan bawa sebagai bekalan di pejabat. Aturkan juga untuk makan lima kali sehari dengan jumlah kalori sebanyak 400 kalori sahaja setiap kali makan.
4. Suka makan gula
Jika anda suka makanan manis pada waktu pagi, tengah hari dan petang, badan anda pasti akan ketagih gula. Akibatnya pada waktu malam, ibu hamil teringin makanan manis atau berkarbohidrat. Gantikan gula dalam makanan dengan buah-buahan dan mengunyah gula-gula getah ataupun mendisiplinkan diri untuk elak makan makanan yang bergula.
5. Amalan ringan elak makan malam
Amalkan makanan berserat tinggi, minum air kosong secukupnya dan lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki setiap hari. Percayalah amalan ini boleh melawan rasa lapar pada waktu malam hari.
Haaa… tetapi kalau anda kerap sangat tidak dapat melawan rasa lapar, anda boleh consult dengan doktor sebab risau pula jika ada masalah lain.
Nota:
Ramai yang diet dengan cara elak sarapan, sudahnya makan waktu malam berlebihan sebab pagi dah kelaparan. Salah tu, cara terbaik adalah jangan skip sarapan pagi, tengah hari dan elak makan malam!
Seeloknya ambil makanan sumber protein pada waktu malam supaya tengah malam anda tak masuk dapur cari makanan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Permata hati Syawal untuk penyanyi, Tomok dan isteri, Rahayu Abbas. Hari ini, Tomok berkongsi rasa kesyukurannya di atas kelahiran cahaya mata ketiga, seorang bayi perempuan yang comel.
“Assalammualaikum semua.. Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan seorang baby girl hari ni.
“Alhamdulillah, terima kasih Allah.. terima kasih semua atas ucapan dan doa buat isteri dan anak saya.
“Alhamdulillah.”
Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 36 berkongsi khabar gembira di instagramnya. Sebelum ini, Tomok dan isteri dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Arrianshah Akid, 9 dan Andrashah Iman, 6 tahun.
Kira-kira 7 jam lalu, Tomok turut berkongsi gambar Cardiotocography (CTG) yang biasanya dipasang pada perut ibu hamil bagi mengesan kadar degupan jantung dalam kandungan.
Anak-anak Sama Teruja Dengan Kehadiran Adik Perempuan Mereka
Tentunya ini berita gembira buat mereka yang lama menanti hadirnya ‘bunga’ nan manis dalam keluarga mereka.
Malah, sewaktu awal kehamilan isterinya dahulu iaitu ketika kandungan memasuki usia tujuh minggu, Tomok berkongsi berita gembira ini.
Memaklumkan dari gaya alahan isteri yang nampak lain berbanding dua anak sebelumnya. Biarpun apa jantina anak yang lahir, Tomok tetap terima. Yang penting, bayinya sihat.
Bagaimana pun, di pihak isteri tetap mengharapkan kehadiran bayi perempuan untuk melengkapkan keluarga kecil mereka. Hinggakan kedua-dua anaknya begitu teruja dan yakin dengan kehadiran adik perempuan mereka. Nama adik pun dah siap-siap difikirkan.
Alhamdulillah.. apa yang diimpikan Tomok, isteri dan anak-anak akhirnya tuhan makbulkan jua.
MW : Tahniah untuk Tomok dan isteri. Semoga bayi mereka sihat membesar.
Aduh lepas satu persatu trend yang membahayakan menjadi ikutan. Kini,selepas ‘Keke Challenge’, satu cabaran baru telah mula popular di kalangan kanak-kanak iaitu ‘Momo Challenge’. Pihak berkuasa di seluruh dunia telah mengeluarkan amaran kepada ibu bapa berhubung cabaran baharu itu kerana ia dikatakan menggalakkan kanak-kanak membunuh diri.
Akhbar Daily Mail melaporkan, Momo Challenge mula mendapat perhatian sejak kebelakangan ini dan ia mencabar pengguna berkomunikasi dengan individu tidak dikenali.Cabaran itu meminta pengguna menambah kenalan dan menghubungi seseorang digelar ‘Momo’.
Ia kemudiannya menghantar imej menakutkan dan mesej ganas yang menggalakkan keganasan atau bunuh diri. Imej avatar dengan wajah perempuan agak menyeramkan itu menggunakan patung artis Jepun, Midori Hayashi yang tiada kaitan dengan permainan tersebut.
Menurut Buenos Aires Times, cabaran itu juga didakwa ada kaitan dengan kematian kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Argentina yang dipercayai membunuh dirinya sendiri. Jika perkara itu disahkan polis, budak terbabit merupakan mangsa pertama Momo Challenge. Cabaran itu dilaporkan telah tersebar secara meluas menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook.Sehingga kini, pihak berkuasa tidak tahu motif sebenar pelaku.
Jadi buat mak ayah, mohon tidak terlepas pandang perkara sebegini. Rajin-rajinlah periksa handphone mahupun gajet yang diberikan pada anak-anak agar mereka tidak terpengaruh dengan unsur-unsur negatif mahupun trend yang membahayakan ini.
Siti pesan, Umairah jangan lupa mak ayah. Sebagai ibu saudara dan juga Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza memberi nasihat cukup bermakna buat penyanyi...