Jemaah hilang di Makkah, pencarian anak berakhir sedih. Bapa ditemui meninggal dunia. Kisah kehilangan seorang jemaah umrah, Rosli Salleh, 62 yang sepatutnya pulang ke tanah air pada 23 Mac 2023 berakhir dengan berita sedih.
Dalam perkongsian terkini dari anaknya Muhammad Farid Rosli yang meminta bantuan orang ramai mencari bapanya di Makkah menerusi facebook Group Umrah memaklumkan, bapanya disahkan sudah meninggal dunia.
Jemaah Hilang Di Makkah
“Assalamualaikum. Update terbaru, kami sekeluarga telah menjumpai Ayah kami. Beliau telah meninggal dunia di sana. Kami mohon tolong doakan untuk kesejahteraan ayah kami di sana, mohon kebaikntuk di akhirat dan semoga kami semua akan disatukan di syurga kelak. Amin InsyaAllah.
“Kami sekeluarga mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau. Kami juga ingin berterima kasih atas segala pertolongan dan doa yang diberikan sepanjang pencarian ini. Terima kasih. Mohon jangan tanya tentang detail. Cukup di sini sahaja. Terima kasih.Innalillah.
Pencarian Anak Berakhir Sedih. Bapa Ditemui Meninggal Dunia
Kisah bapanya mendapat perhatian media sebelum ini selepas dirinya membuat perkongsian di media sosial. Ini kerana bapanya mengerjakan umrah secara sendirian dan bukannya mengikuti rombongan jemaah dari agensi.
Berdasarkan perkongsian sebelum ini, 25 Mac lalu, Muhammad Farid memaklumkan, bapanya dipercayai masih berada di Makkah.
“Assalamualaikum. Update terbaru 25/3/2023 : Ayah saya masih di Mekah insyaAllah even after date of flight yang sepatutnya dia pulang ke malaysia pada 23/3/2023.
“So mungkin boleh cari di area Mekah atau masjidil Haram. Kemungkinan boleh focus pada orang-orang yang tidak memakai ihram sebab ibadah umrahnya sudah lama selesai.
Ads
“Maybe focus on pada lelaki dewasa yang pakai tshirt berkolar biasa saja. Kebiasaannya tawaf di tingkat 2. Mungkin boleh check orang-orang yang baring-baring di tepi. Maybe boleh cari juga dia mana-mana area balai polis atau di hospital berdekatan.
Terima kasih sesiapa yang sudi membantu dan semoga dapat terus berdoa untuk kami sekeluarga agar ayah kami sihat dan dapat dipertemukan kami semula insyaAllah. Jasa baik tuan puan hanya Allah yang dapat membalasnya dan semoga akan ada keajaiban daripada keberkatan ramdhan ini. InsyaAllah.
DEMI SESUAP NASI, apa pun sanggup diredahi janji rezeki itu halal. Sakit dan perit biarlah sendiri menanggung. Itu luahan rasa puan Azian, ibu tunggal 9 anak yang menderita sakit saraf gigih menjual nasi lemak menyara keluarga.
Namun, bebanannya mampu kita kurangkan dengan menyalurkan sumbangan ke Tabung Skuad Sedekah Mingguan Wanita bersama Beras Era sempena kempen Sempurnakan Raya. Sumbangan ikhlas anda akan digandakan agar ia dapat disalurkan juga kepada keluarga asnaf lain.
Kata pelakon Izreen Azminda andaian kemunculannya ke Mahkamah Syariah baru-baru ini yang dikaitkan dengan pergolakan rumah tangganya dengan suami, Ude Wahid sebagai keterlaluan.
Ini kerana, pemergiannya ke mahkamah bersama suaminya adalah untuk menyelesaikan urusan denda beberapa tahun lalu.
“Landa badai apa? Saya elok saja dengan suami di rumah ni. Saya ke sana sebab dipanggil di mahkamah untuk menyelesaikan urusan denda yang bertahun lamanya. Tak ada kaitan pun dengan hubungan rumah tangga saya.
“Dah kering idea nak buat cerita? Lain kali selidik dan tanya dulu. Jangan main tulis saja.”
Lagi reaksi Izreen terhadap artikel yang diterbitkan sebuah portal hiburan ini, “Dari dulu sampai sekarang, suka buat tajuk yang mengundang fitnah. Cukup-cukuplah.”
“Bukan portal ini saja, tapi macam-macam blog lagi yang sengaja menggunakan tajuk sensasi demi menarik perhatian pembaca. Sekali gus, tajuk sebegitu mengundang fitnah apatah lagi orang ramai memang suka baca tajuk saja.”
Rezeki Luar Biasa Menderu-deru.. – Izreen
Dalam laman instagramnya, Izreen secara sinis mempelawa mereka yang terbabit membeli produk jualannya, iaitu apam Sugar Butter Milk.
“Untuk blogger-blogger mai la beli apam kami. Murah ja. Kot la lepas makan apam kami idea mencanak-canak masuk.” Tulisnya.
“Syukur Alhamdulillah kepada semua. Dalam orang dok mengata terselit rezeki tanpa diduga.” Maklum Izreen lagi, selepas kisahnya diperkatakan ramai rezekinya mencurah luar biasa.
“Order masuk menderu-deru. Kami kena bancuh lain untuk buat apam. Dah 3 kali bancuh ni.”
Pelakon Linda Hashim yang kini sudah berhijab kelihatan begitu anggun, apatah lagi ibu kepada tiga orang anak ini akui kini sudah tiba masanya untuk dia kembali aktif dalam lakonan.
Isteri kepada Beego menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, berkongsi dirinya sudah bersedia untuk keluar bekerja.
Hatinya terbuka untuk kembali berlakon memandangkan anak-anak telah besar dan kadar bayaran yang ditawarkan juga agak lumayan.
4 Tahun Berehat, Linda Hashim Tinggalkan Anak-Anak Kembali Berlakon
Sewaktu negara dilanda pandemic Covid-19, ramai yang kehilangan kerja, namun rezeki memihak kepada Linda. Oleh itu dia tidak mahu menolak tawaran kerja yang diberikan kepadanya.
“Hampir empat tahun tak pegang skrip. Maaf kepada produser-produser sebelum ini yang ada bertanya kepada saya, tetapi saya menolak atas sebab fokus jaga anak-anak.
“Banyak drama yang telah saya tolak. Tetapi sejak akhir-akhir ini bayaran pun sudah mencecah lima angka, rasa macam menolak rezeki pula apabila Allah dah bagi.
“Orang lain sampai tak ada kerja nak bekerja. Memang rasa ralat sangat tolak rezeki Allah,” kongsi Linda.
Sering Memikirkan Tentang Anak Yang Masih Kecil
Linda yang juga ibu kepada Jelita Clarissa, 6, Anggun Cassandra, 5 dan Indah Camelia, 2 ini akui sebelum ini dia menolak beberapa tawaran berlakon kerana memikirkan anak-anak yang masih kecil.
Namun kini dia berjanji akan membahagikan masa sebaik-baiknya antara keluarga dan kerjaya.
“Terima kasih kepada ibu mertua dan suami yang sangat memahami. Semoga Allah permudahkan urusan saya dan kita semua.
“Persoalannya sekarang ini, macam manalah rupa lakonan saya selepas hampir empat tahun tidak berlakon? Boleh ke tidak?” ungkap Linda.
Siti Jamumall dah nikah di Thailand, batal majlis 31 Mei & pilih lelaki lain.
Pempengaruh dan usahawan sensasi Siti Jamumall didakwa sudah melangsungkan pernikahan di Satun, Thailand, pada awal bulan ini. Dirinya yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 31 Mei tetapi akhirya memilih lelaki lain sebagai pasangan hidupnya.
Menguatkan dakwaan itu, Siti Jamumall, 25, atau nama sebenar Siti Suriani Wahiddin turut berkongsi video pendek bersama pasangannya dikenali sebagai Aiman Tak Kesah.
Siti yang juga ibu kepada dua cahaya mata bagaimanapun belum bersedia untuk berkongsi lanjut mengenai perkara itu.
“Terima kasih atas doa semua. Insya-Allah, saya akan berkongsi lebih lanjut dalam masa terdekat. Doakan perjalanan saya ini dipermudahkan,” katanya ringkas.
Terdahulu, Siti sepatutnya bernikah pada 31 Mei lalu dengan seorang lelaki yang baharu dikenalinya namun majlis itu dibatalkan pada saat akhir atas faktor peribadi.
Malah, segala persiapan sudah dibuat termasuk jemputan kepada semua tetamu.
“Rasa dunia ini milik akak…inilah respon gembira usahawan pandan yang terpilih menerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita X Nona di Malam Gala baru ini.
Kisahnya membesarkan 8 anak dengan air mata hingga hampir meracun mereka kerana tidak tahan dengan ujian tetapi akhirnya bangkit memerah keringat demi memberi pendidikan buat anak-anak.
Kisah usahawan pandan berjaya ini cukup memberikan inspirasi dan dirinya menitip pesanan buat ibu-ibu yang membesarkan anak sendirian.
“Pandanglah diri akak. Jadilah ia satu perkongsian kehidupan,” katanya yang tidak pernah menyangka menerima anugerah dari Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dalam hidupnya.
Malam gala Ibu Inspirasi dibawakan oleh @alkauthareduqids_hq, diserikan oleh @sabihahgoldhq
Sebak bila Achey dedah isteri serahkan wang gaji ketika bekerja. Terbaru menerusi program realiti TV, Achey memberitahu dirinya sangat kagum dengan pengorbanan suri hatinya...