Jemaah haji Malaysia meninggal dunia akibat serangan jantung ketika tawaf umrah pertama. Seorang jemaah haji Malaysia, Mohd Zahir Ismail meninggal dunia sebaik habis melakukan ibadah tawaf umrah.
“Pak cik orang yang baik. Dia orangnya lucu, selalu buat kelakar,” itu ungkapan Pauziah Othman, 58, apabila ditanya mengenai suami, Mohd Zahir Ismail yang meninggal dunia sebaik habis melakukan ibadah tawaf umrah.
Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung
Allahyarham meninggal dunia malam Rabu lalu selepas rebah di mataf, akibat serangan jantung di samping isteri yang sama-sama melakukan tawaf umrah pertama, sebaik tiba di Makkah dengan menaiki penerbangan KT66 pada malam sama.
Menceritakan lagi detik arwah sebelum rebah, Pauziah yang berasal dari Pendang, Kedah berkata, ketika itu, dia dan arwah baru habis melaksanakan ibadah tawaf dan bergerak ke arah tempat untuk menunaikan solat sunat tawaf.
Ketika Tawaf Umrah Pertama
“Arwah berjalan di belakang sambil memegang saya. Dia ada mengadu beberapa-kali dia ada mengatakan terlalu penat dan saya katakan sabar… kita buat perlahan-lahan. Hinggalah habis dan kami sedang berjalan untuk melaksanakan solat sunat tawaf,” katanya.
Pauziah sudah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham sejak 1996, tapi tidak dikurniakan cahaya mata.
“Saya terdengar ungkapan Allahuakbar sebelum rebah. Dia jatuh terlentang. Mak cik pun ikut jatuh sebab tangan arwah masih berpaut pada tangan mak cik. Walaupun orang ramai, tiada orang pijak sebab mak cik lindung dia masa itu,” katanya lagi kepada Petugas Media TH, di hotel penginapannya.
Allahyarham dan Pauziah melaksanakan ibadat tawaf bersama kumpulannya dan ketika kejadian, ramai jemaah Malaysia turut berada di tempat kejadian.
“Ketika itu, mata Allahyarham masih terbuka dan kemudiannya perlahan-lahan tertutup. Tak lama kemudian beberapa askar datang membantu dan kemudiannya Allahyarham dinaikkan ke atas buggy untuk dibawa ke klinik masjid,” cerita Pauziah dengan tenang, sambil berkali-kali meminta maaf kepada petugas media kerana tidak ada apa hendak diceritakan.
Ads
Berita kematian Allahyarham diketahui di klinik masjid apabila doktor yang merawat Allahyarham memanggil masuk lalu memberitahu bahawa dia sudah tiada.
“Agak terkejut juga sebab dia pergi secara tiba-tiba,” katanya lagi yang sama-sama mendaftar haji pada 2009.
Allahyarham adalah anak kedua daripada tiga beradik, menjaga ibunya yang sudah uzur tidak mampu bangun sendiri.
Dalam pada itu, Pauziah berkata, arwah suaminya seorang yang taat kepada ibunya, Zariah Musafa, 86.
“Arwah sering bergurau dengan ibunya. Malah, dia akan membersihkan ibunya terlebih dahulu sebelum ibunya memulakan solat,” katanya.
Tambah Pauziah, Allahyarham tiada sebarang rekod penyakit dan tidak merungut ketika menjaga ibunya dan dia sangat rapat dengan ibunya.
Ads
Berita kematiannya sudah sampai ke pengetahuan ibu melalui cucunya.
Jenazahnya disolatkan selepas waktu Zohor di Masjidilharam, kelmarin sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Syaraiee, Makkah.
Allahyarham yang meninggal ketika melakukan tawaf dikafankan menggunakan kain ihram yang digunakan dan mukanya tidak ditutup.
Pauziah memberitahu bahawa beliau dapat mengiringi arwah sepanjang perjalanan dan menatap Allahyarham sehingga ke pintu masuk Tanah Perkuburan Syaraiee.
Guru muda, Mohd Izranuddin Jelani yang dikongsikan kisahnya oleh Fuad Razali, Yang Dipertua PIBG Maahad Tahfiz Sains Darul Muttaqin ini luar biasa semangat berkebunnya. Projek Sekolah Lestari iaitu tanam cili fertigasi yang dikendalikan sejak tahun lalu di sekolah telah memberi pulangan sehingga RM11 ribu.
Itu satu jumlah yang besar untuk projek tanaman sekolah. Seharusnya menjadi contoh pada guru-guru yang lain. Lalu beliau menetapkan satu temujanji untuk mendapatkan sedikit ilmu dan tips penanaman dengan guru muda hebat ini.
Setiap Inci Tanah Di Sekolah Ada Nilai
Saya mengenali guru ini, Mohd Izranuddin Jelani, tahun lalu melalui grup perkebunan dalam FB. Teruja dan kagum melihat minatnya dan kesungguhannya melaksanakan Projek Sekolah Lestari di sekolahnya, maka saya menghubungi beliau menyatakan hasrat saya untuk melawat projek berkenaan.
Apa tidaknya, dia memuat naik hasil tanaman seperti buah limau kasturi dan cendawan tiram melalui page berkenaan. Alhamdulillah, selepas beberapa kali tertunda, Allah SWT makbulkan hasrat saya semalam.
Kira-kira jam 5.40 petang semalam, saya dan Cikgu Izra bertemu di sekolahnya, Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Fatimah Hashim, Taman Daya, Johor Bahru, Johor.
Bekas wartawan Sinar Harian itu mula mengajar di sekolah berkenaan pada tahun lalu. Walaupun mengajar subjek Pendidikan Seni Visual, dia diberi tanggungjawab menyelaras program keceriaan sekolah.
Projek Sekolah Lestari itu adalah di bawah kelolaannya bersama-sama kira-kira 80 pelajar anggota Skuad Lestari. Namun yang aktif katanya, 30 pelajar.
Memang hebat daya kesungguhan dan kreativitinya menggunakan setiap inci tanah yang ada di sekeliling sekolah itu dengan tanaman seperti serai (di sekeliling padang sekolah), limau kasturi, jambu batu, durian belanda, dan pisang tanduk.
Bukan itu sahaja, ruang bawah tangga bangunan sekolah turut digunakan sebagai tempat projek penanaman cendawan manakala kaki lima kelas untuk projek tanaman halia. Selain itu, beliau turut memulakan projek madu kelulut.
Untung Berganda Walau Cuma Tanam Cili Di Sekolah
Projeknya yang paling besar dan memberi impak adalah projek fertigasi tanaman cili padi yang dijalankan tahun lepas.
Projek penanaman 490 pokok cili padi itu yang bermula dengan kos kira-kira RM14,000, untuk musim pertama tahun lalu telah memberi hasil kira-kira RM11,000. Tahun ini diteruskan lagi.
Cikgu ini bukan sahaja kreatif untuk menanam pelbagai tanaman berhasil tetapi juga dari segi cara menjana modal kewangan untuk memulakan projek cili berkenaan. Hebat! Tabiklah cikgu!
Alhamdulillah, benar kata orang, ilmu itu ada di mana-mana. Walaupun saya bekas graduan pertanian, saya pun tercari-cari macam mana nak buat projek macam tu kat sekolah. Semalam saya belajar ilmu yang sangat berguna daripada graduan bukan pertanian!
Terima kasih cikgu Izra yang sudi meluangkan masa melayan saya, membawa saya melawat dan berkongsi pengalamannya mengendalikan projek berkenaan.
Semoga Allah berkati usaha cikgu dan semoga usaha cikgu mencapai kejayaan.
Setiap wanita yang bergelar “mak” pasti susah hati setiap kali berjauhan dengan anak. Acapkali terpaksa berjauhan dan anak tiada di depan mata, pasti berjela-jela pesanan dan doa buat si anak.
Tidak kiralah ke mana pergi, pasti doa seorang mak sentiasa mengiringi. Ustazah Asma Harun juga tidak lari daripada kebiasaan ini. Setiap pagi pasti dia akan mengosok kepala anaknya dan akan bacakan zikir dan Surah Ar-Rahman. Ikuti perkongsian daripada suami ustazah tentang rutinnya:
Kebiasaannya masing-masing akan menghulurkan kepala kepada umminya sebelum ke sekolah. Raihanah pun suka, dia pun beratur sama. Suka kepalanya digosok-gosok umminya walaupun baru tiga tahun, lalu dibacakan:
1. Ya Hafiz (Yang Maha Menjaga) Ya Muhaimin (Yang Maha Memelihara) – dibaca tiga kali .
2. Surah Ar Rahman ayat 1 hingga 4.
3. Dipesan احْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ (jagalah Allah, Allah akan menjaga mu).
Dengan harapan kepada Allah jualah diserahkan anak-anak untuk dijaga. Dijaga akhlak mereka dan dipelihara diri mereka. Kerana di sekolah dan dimana-mana, Allah jualah sebaik-baik penjaga dan pemelihara.
Kemudian, dihulurkan kepala ke dalam kereta..
Jom Abi, dah lewat ni… Baik… 2 Hari ini Ummi dan Abi ke Perak setelah bercuti bersama tiga hari, nanti Ummi doakan dari jauh dan ada yang menghantar ke sekolah.
Alhamdulillah, mereka juga ternanti-nanti rutin malamnya…
Gambar dibawah Abi rakam ketika Ummi Asma Harun tinggalkan amanah dalam fail masing-masing sebelum keluar beberapa hari untuk dakwahnya.
MW: Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua. Diharap perkongsian ini dapat dijadikan rutin serta amalan mak-amak setiap hari. Harapnya anak kita sentiasa di bawah lindungan-Nya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Selamat Berpantang, Putih Gebunya Baby” Isteri Usop Selamat Bersalin Anak Sulung.
Tahniah diucapkan buat penyanyi Usop yang sudah bergelar bapa. Isteri Usop, Nur Fatihah telamat selamat melahirkan bayi kesayangan mereka yang pertama.
Usop yang lahir dari program Mentor juga turut berkongsi nama anak lelaki mereka.
“Alhamdulilah. Assalamualaikum Muhamad saif umar. Terima kasih yang mendoakan istri usop.”
“Selamat Berpantang, Putih Gebunya Baby“
Sebelum isteri selamat melahirkan, Usop memohon doa orang ramai moga dipermudahkan isterinya bersalin.
“Semoga dipermudahkan urusan istriku” kongsi Usop
Untuk rekod, Usop berkahwin dengan Fatiha yang merupakan seorang model pada 3 Januari lalu dalam sebuah majlis akad nikah di Pejabat Agama Daerah Butterworth, Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, Pulau Pinang.