Jemaah haji Indonesia balik dari Mekah melaram macam nak ‘catwalk’ di pentas ‘runway. Sekarang ini ‘musim’ jemaah haji pulang ke negara masing-masing selepas selesai menunaikan haji.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sekumpulan jemaah haji turun daripada pesawat dengan baju berbagai fesyen. Perkara itu membuatkan orang ramai pelik melihat fesyen mereka.
Menerusi video berkenaan yang dikongsikan oleh seorang kru kabin penerbangan, dapat dilihat jemaah haji wanita mengenakan pakaian dengan aneka fesyen. Ada pakaian yang penuh dengan labuci dan tak kurang juga beropol-ropol.
Penampilan mereka yang bersahaja dan unik ternyata mencuri tumpuan ramai. Kesemua mereka merupakan jemaah haji keturanan Bugis dari Makassar Indonesia. Difahamkan perkara itu merupakan adat dan tradisi orang Bugis di Indonesia.
Meskipun sudah lanjut usia, namun gaya dan gelagat masing-masing seolah-olah sedang berada di pentas peragaan fesyen. Gaya mereka yang bersahaja begitu mencuit hati. Masing-masing nampak berkeyakinan dengan busana yang dipakai.
Video tersebut dibanjiri dengan komen-komen para warga maya. Berikut antara komen-komen menarik warga maya.
Dalam satu lagi perkongsian dilaman TikTok yang dikongsikan oleh ahmadfatwatjatier pula memaparkan ‘airport fashion’ yang diperagakan oleh jemaah haji ketika turun dari pesawat.
@ahmadfatwatjatier Kloter 01 Embarkasi UPG 2024 #hajj2024 #upg #makassar #bugis #bandarasultanhasanuddinmksssr #menyalaabangkuh🔥 #fyp #fy #fypシ゚ ♬ Soundnya para Artis Fyp – Gapex DJ
Disertakan juga komen-komen warga maya yang menarik perhatian.
Sumber: TikTok Ravidhams & TikTok ahmadfatwatjatier
Baca artikel lain juga: Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung Ketika Tawaf Umrah Pertama
Suami Isteri Bayar RM76,000 Antara 380 Jemaah Haji Visa Furada Terkandas Di KLIA!
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE