Bila suami yang outstation tiba-tiba kirim gambar menikmati semangkuk oden di tepi kolam renang, tiba-tiba isteri ini, Hazirah Maulana rasa tak keruan. Cemburu..
Jeles sungguh lihat suami boleh santai tepi kolam bebas dari hingar bingar anak-anak. Setiap minggu pula itu. Dia pula, struggle dengan tiga orang anak yang masih kecil itu sampai dah terlupa nikmat makan.
Sungguh! rasa itu bukan Hazirah seorang yang rasa. Ramai sebenarnya isteri yang alami rasa letih, penat, lelah sebegitu. Jangan dimarah isteri sebab itulah rasa yang tuhan anugerahkan untuk mereka.
Sebab biarpun kental jiwa, kudrat isteri itu terhad. Emosi isteri, tak selalunya tenang.
Lunch tadi suami hantar gambar dia makan oden family mart dengan tenang sambil menikmati swimming pool.
Aku? Tengah makan juga tapi sambil berhempas pulas layan 3 orang anak. Yang kecil tengah menangis minta didukung, 2 orang lagi tengah bergaduh berebut toys. Dah lupa apa itu nikmat makan.
Dalam hati. “Ya allah jeles nya dengan suami. Setiap minggu dia outstation jadi setiap minggu dia dapat lari seketika daripada hingar bingar suara anak anak. Nangis, jerit, gaduh mereka
.”Tapi aku? All the time dengan anak-anak. Kuali periuk belanga kain baju. Kerja yang tak pernah habis. Ada masa stress dan penat datang menjengah.
Bila rasa stress dan penat datang, mula lah benda kecil pun nak jadi besar. Mula lah mudah nak naik angin. Anak buat salah sikit jadi isu besar walhal selalunya handle anak anak bukan jadi isu besar pada aku.
Bila jadi macam ni selalu nya untuk aku refresh, aku perlukan ME TIME. Dan cara aku layan me time aku ialah dating dengan suami 2 ke 3 jam tanpa anak anak. Aku perlukan sokongan dan kasih sayang dari dia. Dapat sekejap pun jadilah. Kalau nak bersuka ria dan berhoney moon tanpa anak, memang tak sampai hati nak tinggalkan.
Syukur? Ya bukan tak syukur. Tapi aku juga manusia biasa. Ade mase aku rebah, ada ketika aku kuat.
Pesanan buat para suami,
Kalau anda terlihat tetiba isteri mudah naik angin, mudah nak menangis, itu tanda dia betul betul perlukan sokongan dan bantuan dari anda
.Tak kira lah isteri itu suri rumah atau berkerjaya. Isteri juga manusia biasa. Ada kala dia jadi sangat kuat dan ada kala dia jadi sangat lemah seperti anak kecil. Si suami, ambil alih tugas jaga anak dan rumah buat seketika. Beri isteri QUALITY ME TIME. Bagi isteri tu buat apa yang dia suka tanpa apa apa gangguan.
Me time untuk isteri ni sebenarnya bukan semata mata untuk diri dia sendiri tapi kebaikan untuk anak-anak dan suami. Percayalah bila isteri dah dapat quality me time dia akan refresh energy dan kembali dengan senyum tawa dan gembira.
Tiada lagi marah.
Tiada lagi stress.
Tiada lagi mudah naik angin.
Tiada lagi emosi anak anak dan suami yang akan tercalar.
Hidup kembali bahagia. Aman dan harmoni. Tangisan jerit anak anak pun dapat dia handle dengan mudah. Masakan pula kembali lazat sedap dan menyengat.
Tapi andai si isteri itu rebah kembali, ulang kembali. Setiap isteri ialah manusia biasa yang tak lepas dari membuat kesalahan. Tak lepas dari fitrah kehidupan.
Sebagai suami, anda perlu cakna dan sensitive dengan perubahan si isteri.
Aku,
suri rumah bersama 3 anak kecil
Bahagia dengan cara sendiri
P/s: Thank you husband. I love you. Counting days to 5 years of marriage
Sebenarnya luahan Me Time Hazirah yang tiba-tiba jeles dengan suami menikmati oden tepi kolam dah viralkan makanan itu secara tak langsung. Ramai juga yang tertanya-tanya, resepi oden yang menjentik-jentik rasa itu.
Bila rasa penat itu dah hilang, bayangkan lah berpuluh oden isteri boleh layankan untuk suami.
Haa.. ini resepi oden yang Hazirah masak sendiri. Tak perlu beratur panjang dekat family mart.
√ Kisar sampai lumat.
√ Panas kan minyak pastu tumis bahan kisar, masukkan serai, masukkan 1 senduk pes tomyam dan masukkan 1 kiub pati tomyam. Masukkan 5 cawan air dan biarkan mendidih.
√ Akhir sekali masuk lah segala steamboat yang korang ada.
Sumber/Foto : Hazirah Maulana