Kata Peguam Syarie ini, Khairul Fahmi Ramli , perkara pertama yang perlu dibuat sebaik suami atau isteri meninggal dan sebelum dibahagikan harta yang ditinggalkan si mati adalah ‘menjelaskan dahulu semua hutang si mati.’
Hutang si mati ini termasuklah HARTA SEPENCARIAN dengan isteri atau suaminya. Sayangnya, bab tuntutan harta ini masih ada yang belum jelas mengenainya. Hadamkan bab ini betul-betul, agar mana-mana pasangan suami isteri dapat manfaat dan tidak timbul isu di kemudian hari.
Hari ini kecoh satu negara tentang isu antara balu Arwah Abam dan adik simati, Ali berkenaan dengan harta pusaka yang tak dapat pada balu tersebut. Kita yang menonton video live tu pun kadang-kadang ada dipengaruhi dengan dakwaan sebelah pihak sahaja.
Semalam, Ali telah memberitahu bagi pihak diri dan keluarganya tentang kedudukan harta-harta tersebut. Pada saya, dakwaan dan penjelasan itu belum membuktikan apa-apa. Siapa yang betul, siapa yang salah.
Cuma yang pastinya, bila seseorang itu meninggal dunia, perkara pertama yang perlu dibuat sebelum dibahagikan harta yang ditinggalkan si mati adalah Menjelaskan Semua Hutang Si mati.
Perkara ini termasuklah dengan Harta Sepencarian si mati dengan isterinya. Harta sepencarian mesti diselesaikan dahulu sebelum menunaikan wasiat si mati kalau ada. Selepas semua itu selesai, barulah perlu difikirkan tentang faraid.
Harta yang dimiliki oleh suami atau isteri semasa dalam tempoh perkahwinan. Ada 3 jenis harta yang boleh dituntut sebagai harta sepencarian iaitu Harta Alih, Harta Tak Alih dan Harta Intelek.
Isteri boleh tuntut harta suaminya, suami juga boleh tuntut harta isterinya. Bergantung pada syarat tertentu mengikut undang-undang.
Harta tersebut mesti diselesaikan di Mahkamah Tinggi Syariah dahulu sebelum faraid kerana di situ ada terletak hak kepada isteri dan sebagai pelindung kepada nasib isteri dan anak di bawah jagaan isteri jika kematian suami khasnya.
Isu ini akan lebih teruk kalau simati meninggalkan anak perempuan sahaja atau anak yang masih kecil dan tak mampu nak uruskan apa-apa. Sebab itu, harta sepencarian ini boleh jadi pelindung hak yang patut diterima oleh bekas isteri khasnya.
Tidak ada selagimana harta tersebut dimiliki dalam tempoh perkahwinan tersebut dan tidak ada isteri-isteri yang lain nak claim harta yang sama. Apa yang perlu dibuktikan adalah sumbangan isteri tersebut untuk pemilikan harta tersebut.
Boleh tuntut dan selalunya Mahkamah akan perintahkan untuk harta tersebut dijual dan dibahagikan mengikut kadar sepencarian yang diputuskan oleh Mahkamah.
Secara professionalnya, saya melihat, kes harta tinggalan arwah Abam pada waris-warisnya perlu diselesaikan dengan harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah terlebih dahulu.
Pada saya, tak ada masalah bagi balu si mati untuk buat urusan tersebut di Mahkamah demi hak dan memelihara nasib anak kecil yang ditinggalkan. Saya tak kata keluarga Abam salah. Mesti ada penyelesaian terbaik daripada mereka. Apa yang saya nampak, yang terbaik adalah, selesaikan dahulu harta sepencarian sebelum berbincang tentang faraid.
Semoga penulisan ini dapat sikit sebanyak bantu pada balu Arwah Abam (Pelawak yang saya kagum), anaknya dan wanita-wanita yang lain ada masalah yang sama.
Harta Sepencarian adalah hak isteri yang tak boleh disangkal.
Baca sini : Sebaik suami meninggal, adik-beradik sama naik tuntut hak, isteri derita selamanya.
Sumber/ Foto : Fahmi Ramli