Jelas kandungan ada PORK GELATIN tapi letak logo halal Jakim, hati-hati beli produk soft candy with jam. Makanan yang halal tumbuh menjadi darah daging kita. Sebab itulah, kita amat-amat dididik untuk mencari yang halal baik dan tidak boleh semberono makan.
Terkini, mana-mana ibu ayah yang gemar membelikan anak-anak gula-gula dan dipesan melalui talian, perlu berhati-hati kerana ada gula-gula yang diletakkan logo halal Jakim namun kandungannya menggunakan gelatin babi.
Ini dikongsikan oleh seorang pengguna fb, Syasya Eyrah yang menyedari bahawa gula-gula SOFT CANDY WITH JAM ini mengandungi gelatin babi dan meminta semua muslim berhati-hati dari membelinya.
Selepas ianya tular, Bahagian Hab Halal JAKIM telah mengambil langkah memberi penjelasan bahawa logo halal yang digunakan adalah tidak diiktiraf oleh JAKIM sekaligus ia telah disalah guna oleh pihak pengilang yang merahsiakan alamat sebenar produk ini dikeluarkan.
Ia mungkin sebagai satu taktik untuk mengelirukan umat islam sekaligus bebas menggunakan kandungan tidak halal namun memaparkan logo halal untuk menarik perhatian umat islam membelinya.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Ini Penjelasan JAKIM Berkaitan Produk Kuaci & Kacang Yang Viral Dikatakan TIDAK HALAL
Ini penjelasan JAKIM.
Minggu ini pihak kami dihujani dengan pertanyaan oleh para pengguna di media sosial berkaitan status halal produk manisan Soft Candy With Jam yang tidak dinyatakan alamat pengeluar sebenar rentetan terdapat maklumat kandungan bahan mentah produk tersebut yang mengandungi ramuan tidak halal iaitu pork gelatine (gelatin babi) pada label pembungkusan produk.
Pada produk tersebut juga tertera logo Halal Food Council International Malaysia & Asia Region dan ia telah mengundang keresahan dan salah faham masyarakat terhadap pensijilan halal Malaysia.
Untuk makluman semua, produk tersebut telah menggunakan logo halal yang TIDAK DIIKTIRAF oleh JAKIM. Justeru, penggunaan logo halal tersebut adalah menyalahi Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dikenakan tindakan melalui peruntukan perundangan yang berkaitan di negara ini.
Pengguna Muslim dinasihatkan untuk tidak memilih produk berkenaan dan meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk sebelum melakukan sebarang belian dan transaksi.
Pengguna yang menjumpai produk tersebut di pasaran dinasihatkan mengemukakan aduan lengkap dan menyalurkannya kepada pihak berkuasa iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui e-mel pr_halal@islam.gov.my atau kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui e-mel e-aduan@kpdnhep.gov.my / http://e-aduan.kpdnhep.gov.my/
Produk ini sangat banyak terjual di platfrom e dagang dengan harga bermula RM3 ke atas. Pastikan kita mencari yang halal dan diyakini ia menjadi darah daging selama-lamanya.
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery