Siapa sangka masalah lambakan tikus di kota besar, mampu mewujudkan peluang pekerjaan bergaji lumayan. Kota metropolitan New York, Amerika Syarikat (AS) mengiklankan ‘jawatan kosong’ pembunuh tikus yang menjadi masalah utama bandar raya berkenaan.
Pejabat Datuk Bandar, Eric Adam turut menetapkan kriteria yang akan mengetuai operasi memerangi haiwan perosak tersebut yang akan memegang jawatan sebagai ‘Pengarah Mitigasi Tikus’ atau ‘czar tikus’ dengan gaji tahunan mencecah antara AS$120,000 (RM526,500) dan AS$170,000 (RM746,000).
“Calon yang ideal adalah mereka yang bermotivasi tinggi dan ‘dahagakan darah’ serta berusaha mencari jalan penyelesaian dari pelbagai sudut termasuk meningkatkan kecekapan operasi, pengumpulan data, inovasi teknologi dan pengurusan sampah,” menurut iklan tersebut.
New York dikatakan bergelut untuk mengawal populasi tikus selama beberapa generasi selepas haiwan perosak itu semakin ‘bermaharajalela’ dan membanjiri taman serta laluan utama di bandar raya berkenaan.
Sehingga Oktober lalu, jabatan sanitasi kota metropolitan itu telah melaporkan lebih 21,600 aduan tentang tikus yang merupakan peningkatan drastik berbanding sebelum pandemik COVID-19 bermula.
Masalah haiwan perosak itu menyebabkan New York berada di tangga kedua mempunyai populasi tikus paling tinggi di belakang Chicago yang berada di kedudukan teratas untuk tempoh lapan tahun berturut-turut.
Mesti Baca:Punyalah Nak Sorokkan Daripada Isteri, Padah Duit Rosak Digigit Tikus!
Baca Lagi Di Sini:Campuran RAMUAN Berkesan Halau Ular & Tikus, Letak Dekat Penjuru Rumah!
Artikel Menarik:Makan Daging Tikus Rahsia Cantik Wanita Vietnam Untuk Kekal Awet Muda!
Mingguan Wanita: Wow, besarnya gaji tahunan sebagai ‘pembunuh tikus’ boleh mencecah setengah juta.Lumayan sungguh.
Sumber: Sinar Harian
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.