Jawapan Kenapa Solat Awal Waktu, Duduk Ranking Paling Atas Untuk MakAyah

Share

Ada satu kisah pernah terjadi, seorang orang gaji yang begitu menjaga urusan bab solat awal waktu nya. Malah, begitu rindu dan cintanya dia pada Pencipta, dia akan mengambil wudhu dahulu, siap-siap bentang sejadah apabila masuk waktu dia terus mengerjakan solat.

Bila sedang buat apa-apa pekerjaan pun, cepat-cepat dia tinggalkan. Dan kehidupannya walaupun nampak biasa-biasa, tapi wajahnya sangat ceria, hatinya lapang dan tenang.

Apabila terbaca pesanan Ustaz Khairul Anuar Basri ini, tersedarlah betapa urusan solat awal itulah paling teratas sekali dalam kehidupan seorang muslim. Banyak rahsia kebaikan yang terkandung di dalamnya. Hadamkan.

Kenapa Kena Solat Di Awal Waktu

Nak selesai banyak masalah?
Nak makbul segala hajat? Nak mudah segala urusan? Nak keberkatan dalam hidup?
Nak masa menjadi panjang? Nak pasangan jadi yang terbaik?
Nak anak-anak menjadi soleh dan solehah?
Nak rezeki menjadi murah?

Solatlah di awal waktu. Ye, solat di awal waktu.
Solat awal waktu ni ubat segala penyakit.
Solat awal waktu ni penawar segala masalah.
Solat awal waktu ni pelerai segala kekusutan.

Tak percaya? Cubalah. Amalkan supaya istiqamah. Mula-mula memang susah. Tapi lama-lama akan jadi mudah.

Ramai orang yang saya jumpa, bila solat awal waktu mereka amalkan, nampak kehidupan mereka sangat teratur.

Urusan mereka jadi mudah. Jiwa mereka jadi tenang. Keluarga mereka nampak bahagia. Anak-anak semua bagus dan mendengar kata.

Kita sendiri pun nanti akan rasa. Saya boleh rasa, anda semua pun boleh rasa. Ada perbezaannya bila masuk je waktu solat kita terus solat, dengan kita bertangguh-tangguh nak solat.

Kadang-kadang sampai dah dekat nak habis waktu. Lebih teruk lagi kadang-kadang sampai terlucut waktu. Allah…

Teruknya kita. Kita kalau nak something, nak Allah bagi cepat-cepat kat kita. Tapi solat taknak pula cepat-cepat.

Solat Ini Hak Allah

Prinsip asas dia senang saja. Solat ini hak Allah. Kita dahulukan hak Allah, Allah utamakan keperluan kita. Kita tunaikan hak Allah, Allah tunaikan doa dan harapan kita.

Nabi SAW pesan, 3 perkara yang paling disukai Allah :

  1. Solat pada waktunya.
  2. Buat baik pada ibu bapa.
  3. Jihad di jalan Allah.

Sangat terang dan jelas… solat awal waktu duduk di ranking paling atas!

Usahakan ubah tabiat solat kita. Hidup kita pasti akan berubah.

Baca sini : Nak doa cepat dimakbulkan, istiqamah solat diawal waktu.

MW : Rugi siapa yang tak buat tu.

Sumber/Foto : Khairul Anuar Basri

Published by
NETTY AH HIYER