Pernah tak kita atau ahli keluarga tiba-tiba sakit sebaik balik bercuti? Tahu tak selain faktor cuaca, tabiat kita di tempat percutian juga boleh menjemput penyakit atau ‘benda mengikut’?

Saya teringat pertemuan dengan Dr. Anitawaty Mukhtar, pengasas Kastury Anticeptic pada Ramadan lalu. Sempat juga kami bercerita topik hot di kalangan mak mak tak lain tak bukan tentulah soal kesihatan ketika bercuti.

Sambil membelek-belek penyembur antiseptik Kastury, saya teruja bila beliau memaklumkan bahawa ia dihasilkan daripada bahan-bahan yang Rasulullah SAW sarankan iaitu yang masam dan masin. Masam seperti air limau dan masin seperti air garam.

Jatuh Sakit Bila Pulang Bercuti, Rupa-Rupanya Ada ‘Benda’ Mengikut! Baca Tip Doktor Ini Supaya Selamat

IKLAN

Kombinasi limau kasturi dan pati ros ini telah dibawa ke makmal untuk kajian dan memang terbukti membunuh pelbagai kuman berbahaya! Baunya pun segar, jadi memang sesuai sangat dijadikan aromaterapi dan menghilangkan bau hapak secara semula jadi.

Sebagai Pakar Pergigian Rohani Islam dan ibu kepada 3 cahaya mata, Dr. Anitawaty turut menyampaikan 4 tip sihat kala bercuti ini kepada followers Mingguan Wanita. Rasanya mak mak memang patut pegang tip ini supaya musim raya lebih menyeronokkan.

Tip Dr. Anitawaty

(1) Kalau sakit jangan berubat dengan pawang

Nak berurut pun jangan sembarangan lebih-lebih lagi kalau si pengurut terkenal pandai sembuhkan itu ini. Dikhuatiri ilmu mereka itu melibatkan perantara. Lebih baik berurut sendiri atau mintak suami tolong urutkan.

IKLAN

(2) Kalau bercuti di tempat peranginan, cuba elakkan mandi di pantai dan sungai.

Selain bahaya, anak-anak gerenti pulang dengan demam, batuk atau selesema. Dalam Islam, ada adab kalau nak mandi di tempat-tempat begini, contohnya kita azan dan sembur asid formik. Jangan bawa balik apa-apa dari situ walaupun cantik, contohnya batu atau kerang-kerangan.

(3) Jangan beli pakaian bundle.

Ada kemungkinan jin ‘mengikut’. Malah kita pun tak tahu siapa pemakainya, tahap kebersihan dan kesihatannya, cara basuhannya juga meragukan. Lebih baik beli saja baju baru yang murah. Lebih terjamin macam tu.

IKLAN

(4) Kalau bercuti di tempat eksotik, jangan beli cenderahati di sana.

Kebanyakannya berjampi. Cara nak detect, simptomnya kita tengok sesuatu barang tu cantik sangat walhal biasa-biasa saja. Kalau suka sangat, berhati-hati dan jangan beli.

Jatuh Sakit Bila Pulang Bercuti, Rupa-Rupanya Ada ‘Benda’ Mengikut! Baca Tip Doktor Ini Supaya Selamat

Saya rasa kebanyakan daripada kita memang tak tahu kesan-kesan di atas boleh memudaratkan diri. Semoga dengan pesanan ini, semua lebih berhati-hati di tempat percutian dan jangan teruja sangat bersuka ria!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI