Jatuh Motosikal, Noorkhiriah Akui Kesalahan Sendiri “Tak Patah Cuma Tisu Koyak”

Share

Jatuh motosikal, Noorkhiriah akui kesalahan sendiri, bukan produksi. Wanita gigih dan kuat bekerja itulah yang ada pada diri pelakon Noorkhiriah.

Noorkhiriah yang terkenal dengan kehebatan lakonannya telah mengalami kecederaan ringan pada tangan kanannya akibat terjatuh daripada motosikal ketika sedang menjalani penggambaran drama berjudul Bosskid.

Jatuh Motosikal, Noorkhiriah Akui Kesalahan Sendiri

Ketika kejadian Noorkhiriah sedang menunggang motosikal terbabit untuk menjayakan salah satu babak dalam drama tersebut, namun hilang kawalan apabila ia bergerak laju lalu melanggar sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan.

Pelakon tersebut turut berkongsi petikan video insiden berkenaan di akaun Instagram miliknya. Namun dirinya bersyukur kerana tidak cedera teruk cuma tisu di tangannya koyak.

“Alhamdulilah saya okey.

“Cuma tangan berbalut dan lebam-lebam manja, tak patah cuma tisu koyak,” tulisnya.

Mohon Orang Ramai Tidak Salahkan Pihak Produksi

Menerusi perkongsian sama, Noorkhiriah turut menjelaskan, segala yang berlaku berpunca daripada dirinya sendiri dan memohon orang ramai tidak menyalahkan pihak produksi.

“Apa yang terjadi adalah atas kesalahan saya sendiri, bukan produksi. Jangan salahkan mereka kerana mereka sudah jalankan tanggungjawab sebaik mungkin.

“Allah dah jentik atas kedegilan saya.

“Apa-apapun saya tak mengeluh kerana masih punya nyawa. Itu paling penting. Sakit sikit-sikit, alhamdulilah saya terima.

“Terima kasih buat penerbit, pengarah, keluarga drama Bosskid, termasuk sahabat-sahabat yang mesej bertanya.

“Maaf tak sebut nama satu-satu tapi terima kasih sangat-sangat. Semoga Allah membalas segala kebaikan anda,” tulisnya.

Boleh Tunggang Motosikal

Noorkhiriah turut memberitahu dia tahu menunggang motosikal.

“Selepas kejadian, masing-masing gesa saya berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan kerana takut kejadian jadi lebih teruk.

“Nak pengsan sebenarnya sebab terkejut. Saya tak tahu nak cakap macam mana.

“Apa-apapun terima kasih pada yang mendoakan dan yang gelak dulu baru doa pun, saya okey, sebab kelakarkan.

“Apa yang nyata saya boleh bawa motor. Tak percaya tengok cerita Bedah Tong Gas, tapi bila Allah berkehendak, maka jadilah ia. Kunfayakun. Terima kasih untuk kenangan manis pada satu 1 Rejab ini,” luahnya.

 

“Semoga Cepat Sembuh” Warganet

Menerusi ruangan komen ramai yang mendoakan agar Noorkhiriah cepat sembuh.

 

Baca Sini : Bukan Saja Uruskan Jenazah, Ada Juga Sumbangan Katil “Selagi Allah Bagi Izin Selagi Itulah Kami Bantu” Noorkhiriah

Baca Disini : Sukakan Cabaran, Noorkhiriah Tak Sangka Berjaya Sekali Hafal Al-Kahfi Ayat 1-10 Di Set Shooting

Sumber / Sumber Foto :  Instagram Khiriah17

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Edika Yusof Lelaki Kacak Yang Setia

 

Published by
Norhayati Suboh