Jatuh motosikal, Noorkhiriah akui kesalahan sendiri, bukan produksi. Wanita gigih dan kuat bekerja itulah yang ada pada diri pelakon Noorkhiriah.
Noorkhiriah yang terkenal dengan kehebatan lakonannya telah mengalami kecederaan ringan pada tangan kanannya akibat terjatuh daripada motosikal ketika sedang menjalani penggambaran drama berjudul Bosskid.
Jatuh Motosikal, Noorkhiriah Akui Kesalahan Sendiri
Ketika kejadian Noorkhiriah sedang menunggang motosikal terbabit untuk menjayakan salah satu babak dalam drama tersebut, namun hilang kawalan apabila ia bergerak laju lalu melanggar sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan.
Pelakon tersebut turut berkongsi petikan video insiden berkenaan di akaun Instagram miliknya. Namun dirinya bersyukur kerana tidak cedera teruk cuma tisu di tangannya koyak.
“Alhamdulilah saya okey.
“Cuma tangan berbalut dan lebam-lebam manja, tak patah cuma tisu koyak,” tulisnya.
Mohon Orang Ramai Tidak Salahkan Pihak Produksi
Menerusi perkongsian sama, Noorkhiriah turut menjelaskan, segala yang berlaku berpunca daripada dirinya sendiri dan memohon orang ramai tidak menyalahkan pihak produksi.
“Apa yang terjadi adalah atas kesalahan saya sendiri, bukan produksi. Jangan salahkan mereka kerana mereka sudah jalankan tanggungjawab sebaik mungkin.
“Allah dah jentik atas kedegilan saya.
“Apa-apapun saya tak mengeluh kerana masih punya nyawa. Itu paling penting. Sakit sikit-sikit, alhamdulilah saya terima.
“Terima kasih buat penerbit, pengarah, keluarga drama Bosskid, termasuk sahabat-sahabat yang mesej bertanya.
“Maaf tak sebut nama satu-satu tapi terima kasih sangat-sangat. Semoga Allah membalas segala kebaikan anda,” tulisnya.
Ads
Boleh Tunggang Motosikal
Noorkhiriah turut memberitahu dia tahu menunggang motosikal.
“Selepas kejadian, masing-masing gesa saya berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan kerana takut kejadian jadi lebih teruk.
“Nak pengsan sebenarnya sebab terkejut. Saya tak tahu nak cakap macam mana.
“Apa-apapun terima kasih pada yang mendoakan dan yang gelak dulu baru doa pun, saya okey, sebab kelakarkan.
“Apa yang nyata saya boleh bawa motor. Tak percaya tengok cerita Bedah Tong Gas, tapi bila Allah berkehendak, maka jadilah ia. Kunfayakun. Terima kasih untuk kenangan manis pada satu 1 Rejab ini,” luahnya.
“Semoga Cepat Sembuh” Warganet
Menerusi ruangan komen ramai yang mendoakan agar Noorkhiriah cepat sembuh.
Rezeki berniaga jika kena cara dan strateginya memang boleh membawa keuntungan berlipat kali ganda! Mungkin para wanita boleh contohi cara bintang realiti televisyen, Kylie Jenner ini mengembangkan perniagaannya iaitu menggunakan platform media sosial.
Kylie Jenner dilaporkan bakal bergelar jutawan bertaraf bilionair termuda atas usaha sendiri di Amerika Syarikat, susulan kejayaan syarikat kosmetik miliknya yang dilancarkan dua tahun lalu. Majalah Forbes melaporkan, Jenner, 20, yang juga adik tiri bintang realiti, Kim, Khloe dan Kourtney Kardashian menubuhkan Kylie Cosmetics pada 2016, yang menawarkan kit gincu bibir bernilai AS$29 (RM117).
Sejak dilancarkan, ia berjaya mencatatkan jualan lebih AS$630 juta (RM2.54 bilion).Forbes menganggarkan syarikat milik Kylie bernilai hampir AS$800 juta (RM3.2 bilion) dan dia menguasai sepenuhnya atau 100 peratus Kylie Cosmetics.
“Selepas digabungkan segala pendapatan yang diperoleh dari program televisyen, tajaan, pengiklanan dan dividen selepas cukai syarikat miliknya, Kylie dipercayai bernilai AS$900 (RM3.63 bilion).
“Dia dijangka menjadi jutawan bertaraf bilionair hasil usaha sendiri termuda bagi kategori wanita atau lelaki dalam tempoh setahun,” lapor Forbes.
Dalam satu temubual dengan Forbes, Kylie mendedahkan media sosial banyak membantu kejayaannya.
“Media sosial adalah satu platform yang amat menakjubkan. Ia memberi saya akses yang mudah kepada peminat dan pelanggan,” katanya.
Sementara itu, Kylie mula mendapat perhatian selepas terbabit dalam rancangan realiti televisyen ‘Keeping Up with the Kardashians’ bersama ibu dan adik-beradiknya.
Tahniah, buat kejayaan Kylie Jenner ini.Semoga menjadi inspirasi buat wanita muda untuk turut berjaya dalam bidang perniagaan.Untunglah muda-muda lagi dah jadi jutawan, kaya raya dan paling penting atas usaha sendiri.
Walaupun Kylie Cosmetics belum secara rasminya menembusi pasaran Malaysia, Yellow Porter boleh membantu anda mendapatkan barangan idaman anda dari luar negara dengan mudah dan harga berpatutan!Klik siniuntuk maklumat lanjut
Wang Dalam Bank Lesap Dicuri Anak Ketika Terlantar Sakit, Wanita Dapat Ganti Rugi RM27 Juta!. Malang sungguh, tergamak sungguh seorang anak mengambil kesempatan dengan mencuri wang simpanan ibu, ketika seorang ibunya terlantar sakit di hospital.
Wang Ganti Rugi
Seorang wanita berumur 83 tahun menerima wang ganti rugi sebanyak 207 juta baht (RM27.17 juta) selepas duit yang disimpan di sebuah bank di Bangkok dicuri anak perempuannya sendiri, lapor laman berita The Nation semalam.
Mahkamah Sivil Phra Khanong membuat keputusan itu dengan bank tersebut, empat pekerjanya termasuk Timbalan Pengurus Cawangan serta anak perempuan wanita berkenaan didapati mencuri 250 juta baht (RM32.82 juta) daripada akaun banknya ketika dia terlantar sakit.
Failkan Kes
Wanita tersebut, Huai Sriwirat, memfailkan kes di mahkamah pada November 2019 dengan menuduh bank itu, empat pekerja dan anak keduanya, Mawadee Sriwirat memalsukan dokumen untuk memindahkan wang daripada akaun bank miliknya.
Semasa ibunya sakit tenat, Mawadee dilaporkan mengubah syarat mengeluarkan wang daripada akaun Huai di dua cawangan bank dengan bantuan kakitangan, demikian menurut tuntutan mahkamah.
Sungguh malang tidak berbau. Akibat kecuaian, anak yang masih kecil menemui ajal.
Bayi lelaki berusia setahun tujuh bulan yang ditemukan lemas di Sungai Ketil, Lubuk Pedati, dekat sini dipercayai menaiki kayak bersama bapanya sebelum terlepas daripada pegangan lelaki itu.
Bayi lelaki yang lemas itu dikenali sebagai Adryan Mikhael Muhammad Afiq.
Terlepas Daripada Pegangan Ayah
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, bapa mangsa berusia 30 tahun dipercayai tergelincir sebelum bayi itu terlepas daripada pegangannya dalam kejadian 11.50 pagi tadi.
Beliau berkata, bayi berkenaan kemudian dihanyutkan air sehingga ke Kampung Sungai Limau, di sini.
“Ketika kejadian, ibu mangsa bersama ahli keluarga dan rakan turut berada di tempat kejadian.
“Kami menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 12 tengah hari sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilakukan bersama anggota Balai Bomba dan Penyelamat Baling serta anggota Balai Polis Baling,” katanya dalam kenyataannya hari ini.
Mayat Dijumpai Penduduk Kampung
Shamsudin berkata, mayat bayi berkenaan ditemukan pada 12.45 tengah hari dengan bantuan orang awam dan penduduk kampung di Kampung Sungai Limau.
Beliau berkata, mayat Adryan Mikhael dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut.
Mingguan Wanita:Salam takziah buat keluarga mangsa bayi lemas ini. Peringatan dan pesanan buat mak ayah yang lain, utamakan lah keselamatan anak. Aktiviti lasak sebegini tak perlu bawa bayi yang masih kecil untuk turut serta.