Jatuh Cinta Pada Suami Orang, Puas Elak Tapi Inilah Takdir

Share

Jatuh cinta tentunya momen indah dalam hidup tiap orang. Hati sentiasa dibalut bahagia dan kegembiraan. Sentiasa merindui  yang tersayang. Namun, bagaimana andai cinta itu jatuh pada tempat yang tak sepatutnya?

Bagaimana andai seorang wanita muda jatuh cinta dengan seorang lelaki yang sudah pun beristeri? Ikuti pengakuan wanita yang ingin dikenali sebagai S Saja.

Jatuh Cinta Tanpa Sengaja

Salahkah dan berdosakah aku andai aku jatuh cinta dengan lelaki yang telahpun bergelar suami kepada wanita lain?

Aku tahu tentu ramai yang memandang serong padaku. Dilemparkan dengan pelbagai tuduhan. Aku ini wanita perampas kebahagiaan orang lain. Wanita yang mengejar harta. Wanita zalim yang sanggup melihat wanita lain menderita. Tapi, percayakah kalau ku kata, aku sendiri pun tak minta untuk jatuh cinta dengan suami orang. Malah tak pernah terlintas hendak merampas kebahagiaan wanita lain.

Sudah Takdir

Andai sudah ditakdirkan jodohku dengan lelaki yang sudah beristeri, apakah mampu ku elak? Terus terang, aku sejak dulu sangat takut soal ini. Sedaya upaya ku elakkan. Selama ini rasanya berpuluh lelaki bergelar suami orang cuba merisik hati. Namun ku tolak mentah-mentah. Suami orang bukan taste ku!

Aku juga sangat marah pada wanita muda yang sanggup jadi orang ketiga dalam rumah tangga orang lain. Kalau ada rakan-rakan yang cuba, akulah yang paling lantang untuk menghalang. Namun sekali lagi, kita tak tahu apa yang telah ditakdirkan untuk diri kita.

Perkenalan Tanpa Sengaja

Perkenalanku dengan lelaki itu (kukenalkan sebagai M saja) tanpa sengaja. Aku merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah. Salah seorang anak muridku bernama Z. Dia seorang anak gadis yang pintar. Satu hari, Z tak sihat ketika di sekolah kerana ‘heavy period’.

Pihak sekolah menelefon mamanya namun mamanya tak boleh datang kerana ada meeting. Dimintanya menelefon suaminya. Itulah M. Kebetulan guru kelas Z sedang sarat dan meminta bantuanku untuk membawa Z ke klinik. Nak disuruh guru lelaki rasa tak sedap pula kerana melibatkan pelajar perempuan dan penyakitnya juga berkaitan dengan orang perempuan.

Baca lain artikel lain di sini:

Kalau Ada Masalah, Jangan Jadikan Suami Orang Sebagai KAUNSELOR, Mereka BUKAN Penasihat TERBAIK

Skandal Dengan Suami Orang Tanpa Sengaja Dan Akhirnya…

Pertemuan Di Klinik

Ketika di klinik muncul M yang bergegas datang dari tempat kerjanya. Waktu itu tiada apa yang terjadi. Kata orang, tak wujud istilah cinta pandang pertama. Aku layan M sebagai bapa kepada anak muridku manakala M menhormatiku sebagai guru anaknya.

Namun selepas itu pernah Z menyampaikan ucapan terima kasih papanya padaku atas bantuanku hari itu. Dia terlambat kerana ada mesyuarat penting. Cuma terdetik di hatiku; mamanya pun mesyuarat, papanya pun bermesyuarat. Tapi papanya yang sanggup datang sedangkan kalau ikutkan lokasi, ofis mamanya lagi dekat dengan sekolah Z.

Jatuh Cinta Lepas Putus Tunang

Waktu itu, aku sebenarnya sudah bertunang dengan seorang lelaki yang juga seorang guru. Dia bertugas di Sarawak. Pada awalnya hubungan kami berjalan lancar walau pun jarak jauh memisahkan. Hanya telefon jadi penghubung setiap hari. Kami bercinta sejak zaman di universiti lagi.

Siapa sangka, masuk tahun kedua berhubungan jarak jauh, akhirnya hubungan kami tak dapat bertahan. Tuhan saja yang tahu betapa sedih dan kecewanya aku bila tiba-tiba tunanganku itu berterus terang dia berjumpa gadis lain dan ingin menikah dengan gadis itu.

Malah dia juga merancang untuk terus tinggal di sana lepas kahwin. Mungkin dia tak kisah kerana ibu bapanya telah tiada. Tapi aku masih ada mak ayah dan kalau boleh aku ingin menetap di semenanjung lepas kahwin. Perit memang perit tapi aku reda kerana aku sedar pasti ada hikmah untukku.

Rapat Secara Tiba-Tiba

Lepas putus tunang, tubuhku susut hingga semua orang perasan. Walau aku cuba tersenyum bahagia tapi sengsaraku tak dapat ku sembunyikan.

Satu hari, ketika duduk makan bersendirian di sebuah kafe di sebuah shopping mall, aku didatangi Z dan bapanya M. Terus mereka tegur dan duduk di mejaku. Waktu itu Z pula minta diri nak ke tandas. Waktu itu, kami berbual-bual.

Tak sangka, M tahu akan kisah putus tunangku kerana diceritakan oleh Z (rasanya satu sekolah tahu). M banyak menasihatiku. Waktu itu, aku pula tiba-tiba saja meluahkan kesedihanku. Entahlah, mungkin kerana M buat aku rasa selesa untuk bercerita. Dia penuh karisma sebagai seorang ayah.

Beza Usia Tapi Tetap Jatuh Cinta

Oh ye, sebenarnya usia M 40-an dan aku pula 30 tahun.  Saat itulah M menghulurkan kad namanya padaku dengan pesanan, boleh hubungi dia kalau perlukan kaunselor tak berbayar. Aku hanya ketawa dengan gurauannya itu.

Hubungi M

Aku mengaku, aku yang mula-mula menghubungi M. Waktu itu, aku sangat down bila dapat tahu bekas tunangku melangsungkan pernikahan hanya lepas empat bulan kami berpisah. Ia membarikan satu tamparan hebat padaku.

Tipulah aku tak sedih.  Hubungan kami terjalin hampir lima tahun itu umpama tiada nilai di matanya. Aku tak segan silu menangis di telefon. Aku tak terfikir langsung saat itu apakah ada isterinya di sisi. Aku hanya rasa dialah orang untuk aku mencurah kesedihan.

Sejak itu hubungan kami makin rapat dan aku jatuh sayang pada M. Kalau nak tahu, hubungan kami direstui Z. Tentu pelik kan? Sebabnya Z lebih rapat dengan papanya. Malah kata Z dia kasihan pada papanya kerana mamanya terlalu sibuk untuk ambil peduli tentang mereka. Kalau cuti, sibuk berpersatuan.

Ke Peringkat Serius

Sudah setahun lebih hubungan aku dan M berjalan dan kami sebenarnya sudah sepakat untuk menghalalkan hubungan kami. Namun dalam  keadaan negara kini, perlu ditangguhkan dulu. Cuma aku kasih belum berterus terang dengan keluargaku tentang M. Begitu juga M perlu berterus terang dengan isterinya dulu.

Aku? Terus terang aku sanggup berpoligami walau pun aku sedar ia tak mudah. Aku sudah bersedia untuk terima apa saja yang terjadi nanti kerana cintaku pada M dan sayangku pada Z.

Ikhlas Menyayangi

Apa yang aku respek dengan sikap M, dia tak pernah nak burukkan isterinya. Hanya anaknya Z yang akan bercerita itu dan ini. Tapi aku tetap nasihatkan Z supaya sentiasa hormatkan mamanya dan terima apa saja kekurangan mamanya.

Aku tak berniat nak runtuhkan rumah tangga orang lain dan merampas kasih sayang sesiapa. Cukuplah aku menumpang kasih pada mereka.

Jangan lupa follow kami di:

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

Published by
Team MW