Jasmin terkejut dakwaan dirinya sedang bertarung nyawa. Allahu Akhbar ada saja berita tidak sahih yang bertaburan di laman sosial tentang selebriti. Salah seorang yang menjadi mangsa ialah pelakon senior Jasmin Hamid.
Terbaru dirinya menyatakan rasa terkejut kerana ada yang mendakwa dia sedang bertarung nyawa.
Jasmin Hamid, 49 meluahkan perkara tersebut menerusi perkongsian di akauan Instagramnya.
Malah dia juga tidak tahu mengapa ada yang sanggup membuat fitnah bahawa dia sedang bertarung nyawa akibat saluran tersumbat.
“Sedang bertarung nyawa, 6 saluran tersumbat – Jasmin Hamid,” tulis kenyataan palsu tersebut.
Dek kerana hal tersebut, Jasmin menerangkan dia kini sihat dan meminta pihak tersebut berhenti membuat penyebaran berita palsu tersebut.
“Allahu Akbar. Tolong henti sebarkan khabar yang tak betul ini.
“Alhamdulillah saya masih sihat walafiat. Jangan buat orang-orang yang sayangkan saya risau dengan berita palsu ini,” kongsi Jasmin.
Jasmin juga berterima kasih kepada mereka yang mendoakan yang terbaik buat dirinya.
“Apapun terima kasih semua yang sentiasa mendoakan kebaikan buat saya dan keluarga,” katanya.
Untuk rekod, penghujung Mei tahun lalu, Jasmin dimasukkan ke Unit Penjagaan Koronari (CCU) di sebuah hospital kerana mengalami serangan jantung.
Menerusi ruangan komen ramai yang mendoakan agar Jasmin sentiasa dalam rahmat Allah dan sihat sentiasa.
Baca Disini : “Terima Kasih ALLAH Kerana Masih Pinjamkan Suamiku Buat Ku” Jasmin Hamid
Sumber : Instagram Jasmin Hamid
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.