Pelakon senior terkenal Jasmin Hamid menerusi entri di akaun Instagramnya baru-baru ini telah berkongsi tentang seorang sahabatnya yang memerlukan bantuan.
Ujian ke atas sahabatnya yang bernama Mohd Hairul Nizam Bin Amaran atau lebih dikenali sebagaai Hairul Ejay baru saja menjalani pembedahan kepala akibat tumor.
Jasmin Hamid, Alu-Alukan Sumbangan
Difahamkan rakannya sebelum ini merupakan seorang jurusolek artis dan ramai selebriti yang telah mendapat sentuhan hasil seninya.
“Hanya Allah sahaja yang akan berikan ganjaran di atas kebaikan kalian.
“Allahuakhbar..
“Sedihnya lihat keadaan sahabat saya yang baru saja operation kepala sebab tumor.
“Satu persatu Allah turunkan Ujian pada beliau sebab Allah sayang.
“Hari tu sakit lain, sekarang Tumor pulak 😥
“Masa beliau sihat dulu, ramai celebrity yang merasa sentuhan make up beliau,” tulis Jasmin Hamid.
Baca Disini Juga:
‘Lebih Kerap Bersenam..’ Kanser Prostat Ubah Gaya Hidup Nazir Razak
Sel Kanser Kembali, Syed Saddiq Mohon DOAKAN Kesihatan Mama Jalani Pembedahan
Pelakon ini juga menerangkan sahabatnya memerlukan sumbangan untuk menampung pembiayaan kos rawatan penyakitnya itu.
“Saya dengan rendah hati, mengalukan pada sahabat-sahabat industri dan sesiapa sahaja yang sudi hulurkan sumbangan buat sahabat saya ini untuk kelangsungan hidup. Tambahan pulak waktu pendemic ni.
“Bila kita ringankan kesusahan orang lain, pasti Allah akan ringankan pula bahagian kita. Yang penting kita tolong Lillahitaala..
“Uols boleh DM @hairulejay untuk hulurkan sumbangan..
“164052287260 – Mohd Hairul Nizam Bin Amaran (Maybank),” sambung Jasmin Hamid.
Rasulullah SAW menjelaskan kelebihan menolong orang lain yang dalam kesusahan, maksudnya: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis riwayat Muslim)
Dalam konteks kehidupan harian pula, ada kalanya kita bertemu keadaan orang lain yang memerlukan bantuan. Maka, sangat elok sekiranya kita dapat cuba membantu. Mungkin ada orang datang menemui kita dan menceritakan masalah yang dilaluinya, maka kita bantu dengan memberi nasihat yang berguna kepadanya. Mungkin juga kita didatangi orang yang memerlukan sedikit wang untuk menguruskan kehidupannya, maka ambillah kesempatan itu untuk menghulurkan bantuan seadanya.
Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis bermaksud: “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke da-lam hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya.” (Hadis riwayat at-Tabrani)
Setiap orang mempunyai tanggungjawab untuk membantu orang lain yang berada dalam kesusahan. Begitulah mulianya seorang insan yang sudi membantu sesama insan.
MW: Semoga urusan Hairul Ejay dipermudahkan dan semoga cepat sembuh.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Jasmin Hamid & Instagram Hairul Ejay
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita