Jasmin Hamid bebas kanser rahim, cyst belah kiri hilang & kanan mula mengecut lepas jalani pembedahan. Saat menyebut kanser, ia satu penyakit yang amat digeruni oleh orang ramai. Ini kerana kebanyakan kes berakhir dengan kematian.
Namun selagi masih mampu berusaha, kita akan berusaha bangkit berjuang untuk kesembuhan. Pada hari jadinya ke 50 tanggal 15 September lalu, pelakon ini meminta doa dari orang ramai agar pembedahan kecil untuk memulihkan dirinya dari kanser rahim.
Dan selepas sebulan lebih menjalani pembedahan itu, Jasmin Hamid berkongsi berita gembira dirinya disahkan bebas dari kanser rahim. Sementara cyst belah kirinya sudah hilang dan sebelah kanan pula semakin mengecut.
Berkongsi berita gembira itu di instagramnya, dirinya bersyukur apabila keputusan pembedahan menunjukkan cyst di sebelah kiri sudah hilang manakala cyst di sebelah kanan pula makin mengecil.
Saya ingin berkongsi berita gembira dengan peminat semua. Doktor maklumkan saya kini bebas kanser rahim! Doktor beritahu cyst sebelah kiri dah hilang, cyst sebelah kanan pun makin mengecil.
“SYUKUR ALHAMDULILLAH kerana kasih sayang dan rahmat-Nya serta berkat doa dari keluarga,sanak saudara, sahabat handai dan uols yang sayangkan saya..
Tambah pelakon ini lagi, doktor yang merawatnya juha memaklumkan cyst yang ada tidak perlu dibuang sebaliknya hanya perlu jalani rawatan berkala. Insya Allah tiga bulan lagi, saya kena buat pemeriksaan ulangan untuk melihat perkembangan cyst di sebelah kanan,” katanya berkongsi berita gembira ini.
Dalam pada itu, Jasmin turut mengucapkan ribuan terima kasih atas doa semua dan doktor serta jururawat di Hospital Sg Buloh yang membantunya selama ini. Bahkan dirinya turut mengharapkan kawan-kawan yang menjalani operation yang sama dengan dirinya pada hari itu, juga mendapat berita gembira seperti dilaluinya.
Terima Kasih ALLAH, terima kasih Uols, tulisnya.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Chef Wan Bersyukur Sel Kanser Belum Merebak Ke Otak, Selesai Buat Kemoterapi Tulang Belakang
Nas Adila Hidap Kanser Payudara “Doakan Allah Terus Pinjamkan KekuatanNYA, Untuk Melawan Kanser”
Sakit Belakang Ingat ‘Slip Disc’ Rupanya Petanda Hidap Kanser Payudara Tahap 4!
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.