Jasmin Hamid bersyukur “Allah… pinjamkan mertua sangat baik, terima kekurangan, menumpang kasih” sememangnya cukup terharu apabila dikurniakan ibu dan ayah mentua yang sangat baik.
Begitu jugalah perasaan pengantin baru yang juga pelakon Jasmin Hamid yang berasa sangat terharu dan bersyukur Allah SWT mengurniakan ibu dan ayah mentua yang sangat baik buat dirinya.
Pada 19 November yang lalu Jasmin Hamid, 47, yang juga ibu tunggal selamat bernikah dengan lelaki pilihannya, Nazmir Abd Rahim, 35, juga pembantu peribadinya di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Jasmin Hamid Bersyukur
Seperti mana perkongsian di akaun Instagramnya, Jasmin akui dirinya kini berasa sangat bersyukur dan bahagia.
“Masyaallah…
“Syukur alhamdulillah kepada ALLAH SWT..
“Saya di kurniakan keluarga En Suami untuk kami menjalinkan silaturrahim antara dua keluarga..
“Pinjamkan saya Ibu bapa Mertua yang sangat baik dan terima kekurangan saya, untuk saya menumpang kasih..
“Walaupun hanya majlis kecil untuk bersua kenal antara dua keluarga,kami amat bersyukur dan bahagia. Terima Kasih kepada keluarga En Suami di atas penat lelah dan layanan istimewa untuk meraikan kami. Terima Kasih ALLAH kerana permudahkan urusan kami untuk mendapat pahala dan redhaNya,” tulis Jasmin.
12 Tahun Jarak Umur
Walaupun Jasmin dan suami jarak usia mereka 12 tahun namun itu tidak bermakna mereka tidak boleh bahagia. Perkongsian terbaru, Jasmin juga bersyukur kerana dia dan suami saling melengkapi.
Ads
“Dah seminggu kami menjadi suami isteri..begitu cepat masa berlalu.
“Walaupun 12 tahun jarak umur antara kami tapi ini tak bermakna,kami tidak berhak untuk bahagia.. mendapat pahala dan redhaNya.
“Kami terima kekurangan masing-masing untuk saling melengkapi.
“Jangan takut dengan REZEKI ALLAH kerana tidak akan putus rezeki selagi bernyawa. Yang penting, doa, ikhtiar dan tawakal dan terus meminta hanya padaNya,” luah Jasmin.
“Terima Kasih Suami Menerima Anak-Anak & Cucu”
Rezeki yang Allah berikan kepada dirinya cukup bermakna. Malah dia juga berasa bersyukur kerana suami sanggaup menerima anak-anak dan cucunya.
“Terima Kasih En Suami kerana terima anak-anak dan cucuku seadanya. Terima Kasih juga buat anak-anak dan cucuku kerana terima En Suami seadanya.
“Ini juga adalah salah satu bentuk REZEKI ALLAH kerana di kurniakan seorang KHALIFA untuk membimbing seorang Ibu tunggal dan anak cucunya.
Ads
“Semoga kita menjadi sebuah keluarga Sakinah Madaddah Warahmah. Terima kekurangan masing-masing untuk saling melengkapi,” coret Jasmin yang membuatkan ramai peminat terharu dan tumpang gembira dengan kebahagiaan yang dikecapi oleh Jasmin.
Wahai suami, jangan hadkan tugas anda semata-mata mencari rezeki. Setibanya di rumah walaupun penat, bantulah apa yang patut. Kasihan pada isteri jika dia seorang sahaja uruskan rumah tangga dari pagi hingga ke malam.
Rasanya tak terbeban jika suami ringankan tangan membuang sampah, mencuci pakaian atau menjaga anak-anak sementara isteri selesaikan tugas memasak. Bila suami tidak limitkan tugasnya, insyallah rumah tangga akan lebih bahagia bila isteri gembira.
Jangan limitkan tugas suami itu, hanya keluar mencari rezeki…
Balik rumah, bagi duit pada anak bini. Kemudian beli barang keperluan mereka, then cukup…
Kita dah boleh buat apa yang kita suka… Nak keluar hujung minggu dengan kawan-kawan, nak melepak sampai pagi di kedai mamak, nak main handphone smpai lebam mata…
Alhamdulillah kalau dah buat bab tu… Sudah keluar, sudah cari rezeki, sudah bawak balik “rezeki” itu untuk dikongsi anak isteri… Sekurang-kurangnya, satu bab sudah selesai…
Soal kerja-kerja rumah? Bab mendidik anak-anak? Soal menjaga dan memahami hati isteri?
Bab ini pun, kalau boleh, buatlah sekali… Jangan letak limit atau had, “Aku dah cari rezeki, aku dah bagi duit dekat kau, maka kau nak apa lagi…”
“Apa lagi yang tak cukup?”
Bukan tak cukup, tapi ianya juga memerlukan penglibatan dan sumbangan dari kita sebagai seorang suami… Percayalah, setelah balik mencari rezeki, kita masih ada kudrat untuk buang sampah, kemas rumah, cuci pinggan, lipat kain dan sebagainya…
Kita juga masih ada tenaga untuk ajar anak-anak, mendekati, bermesra dan menggauli anak-anak kita…
Jangan Limitkan Pada Cari Rezeki Semata
Bab mendengar dan memahami isteri pula, tak perlu kudrat dan tenaga, hanya perlukan masa dan telinga untuk mendengar apa yang nak diluahkan dan diceritakan isteri, seterusnya memberi pandangan, pendapat serta nasihat…
Hal ini sebenarnya sudah cukup untuk melahirkan sebuah keluarga yang bahagia… Anak-anak membesar dengan baik, isteri rasa dirinya dihargai dan keluarga kita tenang serta aman daripada sebarang permasalahan…
Simple bagi yang selalu buat, tak simple dan menyusahkan bagi yang tak pernah buat atau tak nak buat…
Skop seorang suami dan ayah itu luas… Jangan limitkan hanya dengan keluar mencari rezeki… Wallahualam…
MW: Walaupun terasa penat pulang dari kerja, luangkan sedikit masa membantu isteri dnegan melakukan tugas-tugas yang ringan. Perkara ini sudah cukup menggembirakan istei. Ambil juga masa bersama anak-anak, barulah lengkap tugas ayah-ayah sebagai suami dan bapa.
Pasangan suami isteri perhubungan jarak jauh (PJJ) antara golongan yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila mereka tidak dibenarkan merentas negeri.
Sedar dengan hakikat ini, suami isteri PJJ boleh merentas negeri untuk jumpa pasangan, namun perlu dapatkan kebenaran polis terlebih dahulu bermula Rabu ini.
Suami, Isteri PJJ Boleh Merentas Negeri Jumpa Pasangan
Mulai Rabu pasangan suami isteri jarak jauh yang berada di lokasi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibenar merentas negeri untuk pulang berjumpa pasangan masing-masing.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, menerusi sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Isnin, kerajaan bersetuju memberi kelonggaran itu namun pasangan terbabit perlu mendapat kebenaran polis terlebih dahulu.
“Atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), kerajaan setuju untuk membenarkan pasangan suami isteri yang berjauhan disebabkan bekerja untuk merentas negeri bertemu keluarga masing-masing dengan syarat mendapat kebenaran dan kelulusan polis.
“Sama seperti yang lain-lain, kalau ada kes kecemasan memang kita benarkan tetapi perlu maklum kepada polis dan dapatkan kebenaran terlebih dahulu,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan PKP di sini pada Selasa.
Bagaimanapun, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan menasihatkan mereka yang bergejala sama ada mendapatkan rawatan terlebih dahulu, membuat saringan atau sebaik-baiknya menangguhkan perjalanan sehingga sihat.
Ismail Sabri juga berkata, seramai 482 individu ditahan kerana ingkar arahan PKP pada Isnin dan daripada jumlah itu, seramai 444 orang dikompaun manakala 38 lagi direman.
“Antara kesalahan direkodkan tiada penjarakan fizikal (123), tidak memakai pelitup muka (114), gagal menyediakan peralatan, tidak merekod butiran diri pelanggan (72), rentas daerah dan negeri tanpa kebenaran (53) dan lain-lain (120),” katanya. – Bernama.
MW: Berita ini tentu memberi kesan baik kepada pasangan yang tinggal berjauhan. Terlalu lama berjauhan tentu sahaja tentu memberi kesan kepada emosi kepada pasangan dan juga kepada anak-anak.
Pasangan suami isteri yang sudah mula merasakan hubungan semakin ‘sejuk’ apa kata luangkan masa bersama untuk WE TIME berdua. Semarakkan kembali cinta dan kasih sayang antara suami isteri dengan menghabiskan masa bersama.
Luangkan masa untuk keluar berdua tanpa anak-anak. Luangkan sedikit masa untuk berbual sambil mengenang kisah cinta kalian berdua. Dengan cara itu hubungan dengan pasangan kembali hangat semula. Tidak dapat dinafikan, kesibukan bekerja akan membuatkan anda dan pasangan kurang memberi perhatian antara satu sama lain.
Suami Isteri Luangkan Masa Untuk Me Time & We Time
Selain WE time, adakan juga ME untuk diri masing-masing. Pilih hari-hari tertentu untuk keluar dengan kawan-kawan. Bagi si isteri, minta izin dahulu daripada suami. Bagi suami pula, tidak salah memberikan izin untuk isteri anda keluar bersama rakan-rakannya untuk sekadar lepak, membeli belah mahu pun ke spa.
Berikut perkongsian Salwa Mohd Salleh tentang penting ME time dan WE time:
Paling Kurang Sebulan Sekali
1. Setiap pasangan tak kira yang baru berkahwin atau yang dah lama berkahwin perlukan kedua-dua perkara ini.
2. ME time maksudnya masa bersendirian. Suami perlukan, isteri juga perlukan. Meleraikan kekusutan atau Winding Off kata orang Teluk Intan.
3. Ada orang ambil ME time dengan duduk kedai makan atau cafe, menikmati secawan kopi dan sepotong kek. Ada orang prefer window shopping (isteri la tu). Ada juga yang just nak keluar dan drive sekejap sambil dengar radio. Ada yang nak me time dengan lepak-lepak bersama kawan dekat mamak. Up to you.
4. Kenapa kena ada ME time? Untuk rehatkan diri. Rileks. Tanpa kehadiran pasangan atau anak-anak. Kita boleh buat apa yang kita nak buat seperti membaca, tengok dokumentari, mengait beg or simply tengok ulasan bola sorang diri. Just enjoy urself.
5. Kalau WE time pulak adalah masa suami dan isteri spent bersama. Buat aktiviti together. Bersukan ke, makan-makan ke, pegi tengok wayang ke. Anything lah yang berdua.
6. Culture atau budaya ini tidak popular lagi di Malaysia. Kebanyakannya masih terkepung dengan idealogi mesti bersama-sama tidak kira apapun. Sedangkan kita juga perlu rehat untuk diri kita. Dan perlu berdating suami isteri untuk kembalikan nostalgia memula kahwin dulu dan tambah kemanisan rumah tangga.
7. Emak antara yang dulu buat silap. Awal perkahwinan sampai dah lebih sepuluh tahun kahwin, Emak selalu rasa mesti 100% mengorbankan tenaga untuk keluarga. Penat ke ape ke tak reti nak rehat. Tak reti nak mintak time off dari suami. Sedangkan lama-lama jadi makan diri.
8. Jadi bila sudah belajar sikit-sikit tentang kepentingan jaga diri, sayang diri, Emak pun dah pandai mintak Me time beberapa tahun kebelakangan ni. Ayah okay je actually. Bila Emak happy, ayah pun happy. Haa gituh.
9. Kami pun sudah ambil masa untuk WE time juga. Bukan lama pun. Kadang hanya sejam dua. Sekadar duduk minum teh atau kopi sambil berbual tentang apa sahaja. Kadang tentang iklim dunia, publication dekat high index, research design, methodology,, nak lunch apa, nak buat apa. Ikutlah nak sembang apa pun. Tanpa anak-anak.
10. Penting sangat ME time dan WE time ini. At least sebulan sekali buat. Isteri kena bagi masa pada suami untuk dia berseorangan atau lepak dengan kawan lelaki dia. Suami kena beri izin isteri keluar sendiri atau dengan kawan wanita (bagi sekali duit belanja, lagi awesome!). Lagi-lagi kalau isteri yang suri rumah. Yang penting TRUST dan PERCAYA. Janganlah pula salah guna.
11. ME time and WE time juga penting untuk kesihatan minda. Kajian menunjukkan jika orang dewasa meluangkan masa bersendirian untuk ‘self-care’, dia akan mempunyai kesihatan mental yang lebih baik (Dixon, 2020).
12. Kajian yang lagi terkini menunjukkan bahawa jika kira bersendirian (dari sudut positive context, contohnya ambil me time) kita dapat mengurangkan stress (William, 2021).
13. Kalau belum mulakan, cubalah. You will find it helpful untuk kesejahteraan keluarga.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...