Jari Punca Ke Neraka menjadi kupasan topik menarik dalam Mingguan Wanita Talkshow yang bersiaran pagi tadi di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada pukul 11 pagi hingga 12 tengahari. Hos Siti Elizad dan Amin Idris serta tetamu jemputan Elfira Loy, Abam dan Da’i Wan membincangkan isu yang menjadi perhatian ramai ini. Ini kerana golongan selebriti khususnya antara pihak yang sering menerima kecaman hebat dalam apa juga posting mereka di media sosial.
Antara point menarik sepanjang topik ini dibincangkan adalah;
Da’i Wan
Da’i Wan antara pendakwah yang selalu menerima kecaman daripada netizen lantaran selalu memuat naik posting dan lantang menulis surat terbuka di laman media sosial.Jelas Da’i Wan posting tersebut bukan bertujuan mengejar populariti berbuat sesuatu demi manusia, sebaliknya dengan niat untuk menyampaikan landasan ilmu yang sebenarnya demi berdakwah.
2. Elfira Loy
Elfira pula mengambil langkah kekal positif dan berdiam diri daripada menjawab segala kecaman dan tohmahan netizen. Menurut Elfira segala posting di media sosial bukan untuk mendapat ‘validation’ daripada orang sebaliknya dengan niat hanya untuk berkongsi. Bagi Elfira abaikan segala kecaman dan biarlah segala persoalan terjawab sendiri di kemudian hari.
3.Abam
Berdepan dengan kecaman keterlaluan baru-baru ini, Abam mengambil langkah berjumpa dengan individu terlibat untuk penjelasan. Kemaafan dipinta, abam memaafkan dengan hati terbuka.
4.Mawi
Bagi Mawi pula, sebagai seorang selebriti dan dikenali ramai orang, segala kecaman mengenai dirinya dianggap satu cabaran dalam bidang ini.Kita tak boleh puaskan hati semua orang, yang penting tahu niat dan tujuan kita. Tambah Mawi lagi, sebelum jari segalanya bermula dari hati. Bila hati sakit segalanya dilihat dan dianggap serba serbi tak kena.
Jadi berhati-hatilah dalam memberi komen di media sosial. Komen negatif boleh mencetuskan pergaduhan, rasa tak puas hati dan pertelingkahan. Sekaligus secara tak langsung menjadikan kita salah seorang ‘pembuli siber’ menerusi komen yang kita tulis.
Ingat iya dosa sesama manusia, tidak dapat diampunkan tuhan. Jangan pula kita merangkak di akhirat nanti, menuntut kemaafan daripada orang yang kita telah berbuat dosa kerana jari kita yang rancak menulis komen negatif di media sosial. Jangan kerana jari boleh menjadi punca kita terjerumus ke neraka.
Bagi yang ketinggalan dan mahu menonton siaran penuh rancangan ini, jangan lupa saksikan siaran ulangannya jam 5 petang ini pada hari dan saluran yang sama.
#mingguanwanitatalkshow
#mingguanwanita
#temansetiapwanita
#AstroPrima105
#AstroPrimahd121
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI