Jari Kelingking Suami Penyanyi Safura Terkulai Putus Ketika Potong Ayam!

Share

Jari Kelingking Suami Penyanyi Safura Terkulai Putus Ketika Potong Ayam! Sungguh malang tidak berbau, apabila menggunakan pisau dan segala alatan tajam perlu lebih berhati-hati. Sungguh ngeri apabila membayangkan jari sendiri terputus di depan mata.

Hilang Jari Kelingking

Pelakon Shahronizam Noor, 51, berdepan saat-saat yang mendebarkan apabila kehilangan jari kelingking selepas pisau terlepas daripada pegangannya ketika memotong ayam di rumahnya pada Isnin malam.

Sehubungan itu, suami kepada penyanyi Safura Yaacob itu dikejarkan ke Hospital Ampang selepas jari kelingkingnya terkulai dan putus.

Menurut anak tiri pelakon berkenaan, Daniel Hairi, kejadian itu berlaku selepas mereka sekeluarga berbuka puasa di rumah.

“Abah mahu memotong ayam untuk diberikan kepada kucing peliharaan.

“Malangnya, pisau yang dipegang tersasar lalu terkena jari kelingkingnya ketika sedang memotong ayam.

“Melihat jari kelingking terkulai dan putus, kami segera membawa abah ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan selepas melihat kecederaannya teruk,” kata Daniel yang juga anak Safura bersama bekas suaminya, Hairi Kool.

Jari Dibekukan

Kata Daniel, petugas perubatan berjaya menghentikan pendarahan dan membalut luka, manakala jari kelingking yang putus dimasukkan dalam bekas serta dibekukan.

“Ketika itu, tiada doktor pakar, yang ada hanya petugas perubatan.

“Abah bernasib baik kerana mereka berjaya menghentikan pendarahan walaupun jari kelingking sudah putus.

“Petugas perlu tunggu pengesahan doktor pakar sama ada jari kelingking boleh disambungkan atau sebaliknya.

“Namun, doktor pakar mengesahkan jari kelingking tidak dapat diselamatkan kerana urat arteri sudah putus,” kata Daniel lagi.

Keadaan Semakin Stabil

Daniel turut memberitahu, keadaan bapa tirinya kini semakin stabil.

“Walaupun sedih tiada lagi jari kelingking, abah reda dengan ujian menimpanya pada Ramadan ini.

“Keadaan abah semakin stabil dan kini sedang berehat sehingga luka dialaminya sembuh sepenuhnya,” ujarnya.

Mesti Baca: Anak Safura Meninggal, “Semoga Allah Tempatkan Anakku Noor Shafiela Di Dalam Syurga”
Baca Lagi Di Sini:

CARA Mudah Belajar Potong Sendiri AYAM Seekor Di Rumah, Barulah Tak Hancur!

Mingguan Wanita: Sungguh malang tidak berbau. Ngeri membayangkan jari terputus ketika memotong ayam. Semoga diberikan kesembuhan buat pelakon ini.

Sumber: Bharian

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab