Kadang-kadang walaupun mak-mak banyak habiskan masa di dapur memasak dan mengemas, kita terlepas pandang akan papan pemotong yang makin dimamah usia. Papan pemotong antara alatan yang kerap digunakan setiap kali memasak.
Tidak kiralah memotong sayur, buah-buahan atau ayam, ikan. Kegunaannya yang kerap dan lasak membuatkan papan pemotong menjadi punca kepada merebaknya bakteria tanpa kita sedar.
Sudahlah jarang tukar, guna sampai berkulat, takut pula papan pemotong akan menjadi punca kepada mak,ayah sekeluarga terkena sakit perut atau cirit-birit. Ikuti perkongsian, Dr Ahmad Luqman Bukhari ini dan hadam baik-baik :
Lama sudah perasan benda ini makin tidak elok tapi hari ini saya tak teragak-agak lagi hendak buang keluar benda ini dari rumah saya.
Mujurlah masa kami singgah kat DIY semalam, isteri saya teringat yang salah satu papan pemotong kami ini sudah calar balar dan berdaki. Apa lagi, dia teruslah capai papan pemotong yang baru masukkan ke dalam troli.
Baca Juga Di Sini:
Syurga Kuman Membiak,Kena Tukar Span Basuh Pinggan Setiap 3 Minggu Sekali!
Hati-hati BELA Pokok Dalam Rumah, Tanah Jadi Tempat KUMAN Membiak
Bukan apa, benda ni kalau jarang tukar dan asyik guna sampai sudah nampak daif dan berkulat, takut-takut itulah sebenarnya yang jadi punca kita sekeluarga dekat rumah selalu sakit perut dan cirit-birit akibat keracunan makanan.
Mana taknya, kalau kalian perasan kesan calar dan merekah pada papan pemotong tu adalah antara tempat bakteria bahaya seperti E. Coli dan Salmonella berkumpul dan membiak.
Ada satu kajian ini, pengkaji jumpa yang rupa-rupanya pada setiap 1sentimeter persegi papan pemotong yang kotor dan penuh kesan rekahan, dekat situ saja sudah mengandungi lebih daripada 24 ribu bakteria. Beratus kali ganda lebih banyak berbanding kuman dekat tempat duduk tandas yang kita buang najis itu!
Lepas ni saya mintak kalian pun cepatlah pergi periksa papan pemotong dekat dapur itu. Kalau agak-agak sudah daif sangat, bolehlah cari yang baru ya.
Lagi satu, tolong asingkan juga papan pemotong untuk bahan mentah macam ayam, ikan dan daging dengan papan pemotong untuk sayur dan buah.
Bila kita gunakan papan pemotong yang sama, risiko untuk kuman pada bahan mentah yang belum dimasak tadi berpindah pula melekat dekat sayur atau buah yang kita hendak makan itu nanti jadi sangat tinggi dan boleh mengundang bahaya.
Badan kita orang dewasa mungkinlah ada sistem imuniti yang kuat. Tapi kalau jangkitan tu terkena kat anak kecil kita, silap haribulan terpaksa duduk beberapa hari dekat wad di hospital sana.
Nanti #kongsikan info penting ni dengan kawan-kawan kita yang lain ye.
Jemput follow FB ni dan klik “See First” siap-siap supaya nanti kalian tak terlepas info-info penting yang saya nak kongsi.
MW: Rasanya mak-mak sudah boleh periksa papan pemotong masing-masing dan buang jika dah uzur sangat. Tak guna nak sayang-sayang kalau papan pemotong itu jadi punca keluarga mak ayah sakit.
Sumber: Dr Ahmad Luqman Bukhari