Gambar Sekadar Hiasan

Kematian jantung mengejut dikaitkan dengan insiden kematian tanpa trauma, yang tidak ketara, tidak diduga, disebabkan oleh masalah jantung dalam tempoh 1 jam selepas kemunculan gejala-gejala. Jantung terhenti jarang berlaku, namun mampu membawa maut.

Umum pernah dikejutkan dengan kematian mengejut tanpa diduga seorang atlet muda secara tiba-tiba. Siapa sangka kejadian sebegini boleh berlaku kepada insan yang aktif dalam sukan.

Jika atlet sukan pun boleh mengalami insiden jantung terhenti secara tiba-tiba, ini bermakna kita tidak terkecuali untuk mengalaminya.

Umum sering menyamakan kematian jantung mengejut dengan serangan jantung. Walaupun serangan jantung boleh menyebabkan kematian jantung secara tiba-tiba, namun kedua-duanya tidak sama.

Perbezaan Antara Serangan Jantung Dan Jantung Terhenti

Jantung Terhenti Jarang Berlaku Namun Mampu Membawa Maut
Pakar Runding Perubatan Kecemasan di Jabatan Kemalangan dan Kecemasan, Sunway Medical Centre, Dr Ooh Ping Yee

Pakar Runding Perubatan Kecemasan di Jabatan Kemalangan dan Kecemasan, Sunway Medical Centre, Dr Ooh Ping Yee menjelaskan terdapat perbezaan antara serangan jantung dan jantung terhenti.

Serangan jantung berlaku apabila arteri koronari tersekat. Ini akan menghentikan laluan darah ke salah satu bahagian jantung. Tetapi jantung masih juga berdenyut. Pesakit masih lagi bernafas, masih lagi ada denyutan nadi dan masih mampu memberi tindakbalas.

Tanda-tanda awal serangan jantung adalah rasa sakit pada dada, kelesuan luar biasa, rasa lemah, loya, dan sesak nafas.

Manakala jantung terhenti secara tiba-tiba berlaku kerana rentak jantung pantas yang tidak sekata atau jantung berhenti berdenyut secara tiba-tiba. Ia disebabkan oleh serangan jantung atau sistem eletrik dalam jantung gagal berfungsi.

Pesakit biasanya akan berhenti bernafas, tidak ada sebarang denyutan nadi dan tidak ada sebarang tindakbalas yang ditunjukkan. Biasanya tidak ada sebarang tanda awal serangan.

Sukan Boleh Meningkatkan Kemungkinan Gangguan Jantung Tertentu

Jantung Terhenti Jarang Berlaku Namun Mampu Membawa Maut
Pakar Runding Kardiologi Intervensi di Pusat Kecemerlangan Jantung & Vaskular, Dato Dr Yap Yee Guan

Pakar Runding Kardiologi Intervensi di Pusat Kecemerlangan Jantung & Vaskular, Dato Dr Yap Yee Guan menjelaskan sebahagian besar daripada kejadian kematian jantung dalam atlet berlaku kerana aritmia ventrikel (kelainan rentak jantung), lazimnya akibat takikardia ventrikel (kadar denyutan jantung yang pantas) berterusan atau pemfibrilan ventrikel.

Bagi individu yang mengalami gangguan jantung yang tertentu, sukan boleh meningkatkan kemungkinan berlakunya takikardia ventrikel atau pemfibrilan ventrikel dengan dua cara:

1-Latihan fizikal berpanjangan yang mungkin mencetus perubahan dalam struktur jantung (contoh fibrosis ruang antara, gangguan seni bina miokardium normal, dilasi ventrikel kanan dan kiri) seterusnya berpotensi mewujudkan substrat aritmogenik patologi.

Ads

2-Bebanan fisiologi serta-merta aktiviti sukan yang intensif (contoh, beban berlebihan hemodinamik, pembebasan katekolamina, ketidakseimbangan elektrolit, disfungsi neural autonomik, tekanan fizikal dan emosi) boleh mencetus aritmia malignan dalam individu mudah terdedah yang mempunyai keabnormalan jantung tersirat.

Pada asasnya, interaksi antara ketidakseragaman daripada substrat anatomi atau fungsian akibat penyakit jantung tersirat dan faktor-faktor pencetus boleh mendorong aritmia ventrikel berbahaya yang menyebabkan kematian jantung mengejut.

Kematian Pada Usia Muda

Kes kematian jantung mengejut telah dilaporkan berlaku dalam kalangan atlet lelaki dan wanita daripada semua sukan. Walaupun kejadian ini sangat jarang berlaku dalam kalangan atlet, liputan media sering menunjukkan seolah-olah kejadian ini lebih berleluasa.

Bagi orang yang lebih muda, sebahagian besar kematian jantung berlaku semasa bermain sukan berpasukan seperti bola sepak dan bola keranjang, iaitu antara satu dalam 100,000 hingga satu dalam 300,000 atlet, dan lebih kerap bagi lelaki.

Bagaimanapun, kajian terbaru daripada data selama dua dekad terhadap 11,168 pemain bola sepak remaja di UK mendapati risiko kematian jantung dalam kalangan pemain bola sepak lebih tinggi pada kadar tujuh daripada 100,000 pemain.

Bagi atlet yang lebih tua (35 tahun dan ke atas), kematian jantung mengejut lebih kerap semasa berlari atau berjoging, iaitu satu dalam 15,000 pelari dan satu daripada 50,000 pelumba maraton.

Hakikatnya, terdapat kemungkinan bahawa sebarang bentuk latihan sukan intensif berkemungkinan meningkatkan risiko kematian jantung mengejut (atau perkembangan penyakit) dalam atlet terlatih yang menghidap penyakit jantung struktur tersirat yang penting dari segi klinikal disebabkan perubahan struktur jantung, walaupun buat masa ini kita tidak dapat mengukur tahap risikonya.

Ternyata, sebahagian besar daripada atlet muda yang mati secara tiba-tiba mengejut semasa latihan atau pertandingan sukan. Tidak kira sama ada anak muda tersebut atlet profesional atau amatur, kesan kematian pada usia muda amatlah besar.

Ads

Peluang Menyelamat: Bertindak Tegas dan Pantas

Secara klinikal, kejadian jantung terhenti secara tiba-tiba dalam atlet berlaku serta-merta, dan pemain tidak mengalami sebarang tanda amaran sebelum kejadian malang menimpa. Dalam pemeriksaan fizikal sebelum mengambil bahagian, atlet mungkin tidak melaporkan gejala yang boleh memaklumkan kepada kakitangan perubatan tentang risiko mereka mengalami jantung terhenti secara tiba-tiba.

Oleh yang demikian, aritmia dialami hampir serta-merta dalam atlet tanpa gejala dan berlaku semasa atau pada akhir aktiviti fizikal intensif, dengan kematian menyusul dengan pantas.

Ciri-ciri Utama Jantung Terhenti

Ciri utama jantung terhenti ialah hilang kesedaran serta-merta yang disebabkan oleh kekurangan aliran darah serebrum yang seterusnya menyebabkan kematian jantung mengejut tanpa campur tangan luar, walaupun kejadian spontan ini jarang-jarang berlaku.

Tiada gejala amaran khusus yang boleh meramalkan kematian jantung mengejut. Tanda-tanda seperti keabnormalan rentak jantung, iskemia jantung atau kegagalan jantung yang muncul berjam-jam atau beberapa minit sebelum jantung terhenti adalah lebih khusus untuk sakit jantung.

Bagaimanapun, pesakit yang mengalami risiko kematian jantung mengejut mungkin mengalami tanda amaran seperti sakit dada, sesak nafas, palpitasi (debaran), kelemahan atau kelesuan dan beberapa masalah tidak khusus. Gejala tersebut boleh berlaku sebelum kejadian koronari, terutamanya serangan jantung dan kematian jantung mengejut.

Langkah Kecemasan Yang Boleh Diambil

Untuk membantu menyelamatkan nyawa seseorang yang mengalami jantung terhenti, rentetan langkah kecemasan yang diambil merangkumi yang berikut:

(1) pengaktifan sistem perubatan kecemasan serta-merta;

Ads

(2) resusitasi kardiopulmonari awal (CPR) oleh orang pertama di tempat kejadian (kurang daripada 2 minit);

(3) defibrilasi awal (2 hingga 4 minit) dengan alat defibrilasi automatik luar (AED);

(4) sokongan hayat lanjutan awal (kurang daripada 8 minit); dan

(5) sokongan hayat lanjutan lewat. Empat langkah pertama mesti mempunyai masa kelengahan paling singkat untuk meningkatkan kadar survival dengan ketara. CPR dan penggunaan AED mesti diteruskan sehingga pesaki sedar semula dan dapat menerima rawatan perubatan daripada profesional penjagaan kesihatan.

Pencegahan: Pengesanan Awal Mencegah Kematian Jantung

Sebelum anda bermain apa-apa sukan, sebaik-baiknya anda berjumpa dengan pakar kardiologi untuk pemeriksaan jantung terutamanya jika terdapat sejarah kematian jantung mengejut dalam kalangan orang muda dalam keluarga dan/atau faktor risiko koronari seperti merokok, diabetes, hipertensi atau hiperkolesterolemia.

Walaupun semua ini menelan belanja, pemeriksaan jantung teliti mampu menyelamatkan nyawa mereka yang mempunyai sejarah kematian mengejut dalam keluarga sama ada mereka mengalami sebarang gejala dan tanda atau tidak.

Dua daripada ujian pemeriksaan lebih umum yang perlu dijalani ialah elektrokardiogram dan ekokardiogram. Untuk pemeriksaan jantung lebih terperinci dalam individu tertentu, MRI (pengimejan resonans magnet) jantung mungkin perlu dilakukan. Ujian Genetik mungkin disyorkan dalam kes khusus.

Jika anda mempunyai mana-mana masalah jantung yang disenaraikan di atas, berbincanglah dengan doktor tentang cara mengurangkan risiko dan sama ada anda boleh melibatkan diri dalam sukan.

Akhir sekali, tahap pendidikan dan kesedaran lebih tinggi tentang kematian jantung mengejut, latihan dalam resusitasi kardiopulmonari, dan keupayaan mendapatkan defebrilasi luar automatik dan juga rawatan moden dengan alat defibriliasi kardioverter diimplan (ICD) boleh mencegah kematian jantung dalam kalangan atlet dan juga bukan atlet.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI