Kata penyanyi popular, Nora Ariffin jika diikutkan hati, dia tidak mahu jenazah anak keduanya, Muhammad Syakir Alif Johan, 20 dibedah siasat.
“Arwah suami dulu pun tak buat.”
Sebab dia masih muda dan meninggal di rumah. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Nora akhirnya akur dengan prosedur polis dan nasihat keluarga. Dia turuti prosedur post-mortem ke atas Allahyarham.
“Saya juga tak tahu apa yang terjadi ketika itu. Takut juga kalau arwah ambil ubat atau apa-apa yang memudaratkan.”
Dan selepas proses bedah siasat itu, punca kematian Alif masih belum dapat diketahui lagi. Siasatan lanjut akan diteruskan untuk mencari punca sebenar yang meninggal secara mengejut di rumahnya.
Bagaimana pun, Nora sendiri berpuas hati dengan hasil analisis yang diterima selepas bedah siasat.
“Pihak hospital maklumkan jantungnya ada bengkak sedikit. Secara keseluruhan tidak ada yang pelik sebagi punca kematiannya.”
Kata Nora, tidak ada mana-mana ibu pun akan menjangkakan anak yang baru berusia 20 tahun meninggal dunia.
Malah, ketika menghantarnya ke lapangan terbang (untuk ke Singapura) Alif kelihatan biasa dan sangat ceria.
“Apa pun, saya redha dengan pemergiannya dan menerima dugaan ini dengan hati terbuka
.”Jenazah Alif selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur jam 3 petang Ahad berhampiran kubur Allahyarham bapanya, Johan Nawawi yang meninggal dunia pada 24 Mac 2017. Akibat serangan jantung.
Sumber/Foto : Harian Metro, Berita Harian, Nora Ariffin