Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner mengakui bahawa telah pelbagai cara dilakukan untuk hamil namun dia masih belum dikurniakan berita gembira yang sangat-sangat dinantikan. Janna kepingin membuat kejutan ‘dua garis’ buat suaminya Dini Schatzmann.
Janna Nick Sudah Buat Macam-macam, Belum Rezeki Dikurniakan Zuriat
Setiap kali hendak memeriksa keputusan ujian kehamilan, Janna mengakui hatinya sering berdebar. Sedih kerana bila hanya ada satu garisan namun Janna perlu memaksa diri menerima kenyataan yang belum ada rezeki untuk memiliki cahaya mata.
Mana-mana pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mengharapkan cahaya mata sebagai pelengkap hubungan suami isteri. Bagaimanapun tidak semua pasangan dikurniakan zuriat dalam tempoh cepat.
Ads
Soal zuriat juga dianggap perkara paling penting dalam sebuah keluarga bagi menjamin kesinambungan keturunan. Dugaan yang datang dalam menanti kehadiran cahaya mata perlu diterima dengan keterbukaan hati dan fikiran.
Gementar Setiap Kali ‘Check’ Keputusan Ujian Kehamilan
INI ANTARA USAHA YANG JANNA LAKUKAN:
Ads
*Janna juga sanggup berkorban melakukan aktiviti kegemarannya seperti yoga, senaman berat dan sauna bagi memastikan dia dapat hamil.
*Mengamalkan pelbagai jenis suplemen. Kesannya wajah naik jerawat yang besar-besar.
Ads
Janna mengakui bahawa bukan mudah melalui proses kehamilan dan berdoa agar semua wanita yang sedang berusaha untuk memiliki cahaya mata dipermudahkan urusan.
Usaha mendapatkan cahaya mata ini memerlukan kesabaran kedua-dua belah pihak, isteri dan juga suami.
Untuk info Janna Nick dan Dini Schatzmann selamat bergelar suami isteri dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Masjid Aisyah, di Langkawi pada 10 Jun 2023.
Bukan mudah menguruskan rumahtangga dan anak-anak bersendirian. Lebih-lebih lagi jika suami selalu sibuk bekerja, jarang ada masa dengan anak dan isteri di rumah.Pesanan buat para suami, bila nampak isteri kepenatan mula marah-marah dan muram kenalah main peranan penuhkan tangki emosi isteri tu. Jangan buat tak tahu je dan abaikan perasaan isteri.
Sebenarnya ada 5 cara yang para suami boleh dilakukan. Jemput baca perkongsian daripada Dr Taufiq Razifsebagai rujukan. Barulah rumahtangga aman bahagia.
Berikut antara yang dikongsikan;
Muram betul wajah isteri saya semenjak saya balik ni. Biasanya dia la paling murah senyuman.
Fikir punya fikir, laaaa.. TANGKI EMOSI dia tengah kering rupanya. Yela, baru ni seminggu saya takde kat rumah. Dia la yang jaga rumah, dia la yang jaga anak. Seminggu buat kerja tu semua sorang sorang. Memang kepenatan dan kering kontang la tangki emosi dia.
Banyak cara sebenarnya nak isi balik tangki emosi isteri tu. Antaranya :
Cara Pertama – Words of Affirmation
Banyakkan pujian & luahan cinta dan rindu kat si dia
Cara Kedua – Physical Touch
Kena buat buat manja dengan berdempek je dengan si dia
Cara Ketiga – Act of Service
Kena banyak tolong dia buat kerja kat rumah terutamanya yang berkaitan dengan anak anak
Cara Keempat – Quality Time
Berada di samping dia, dengar luahannya & jangan sibuk main game dan smartphone di depannya
Cara Kelima – Receiving Gift
Belikan dia sesuatu yang membuatkan dia rasa dihargai dan diingati
Daripada kelima lima cara untuk penuhkan tangki emosi isteri saya tu, semalam saya cuba pilih cara yang kelima tu, iaitu Receiving Gift.
Jadi, kebetulan semalam kat Mydin Jasin tu ada kedai emas Wah Chan. Saya sengaja bagi dia shopping mata kat situ. Tengah dia belek belek anting anting kat situ, saya tanya dia ;
“Sayang nak yang mana? “
Terkebil kebil dan terkejut dia bila saya tanya macam tu. Saya ni dah la jenis tak reti beli emas sebenarnya tapi kali ni saya beranikan diri je la demi mengisi tangki emosi si dia yang sedang kekeringan.
Balik je rumah semalam, terus dia hidangkan saya serawa durian cicah roti. Fuh! Nikmat betul! Tapi yang paling nikmat malam tu adalah bila saya tengok wajah muram dan redup isteri saya tu dah bertukar cerah dan penuh senyuman!
Sampai ke pagi tadi pun si dia tak berhenti henti senyum. Memang penuh sungguh tangki emosinya! Kalaulah para suami di luar sana tahu rahsia ini dan mempraktikkannya, alangkah indahnya dunia.
Taufiq Razif
Suami Yang Sibuk Ke Sini Sana
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dijadikan panduan dalam melayani perasaan dan emosi isteri. Buat para suami, ada macam-macam cara untuk penuhkan tangki emosi isteri. Tak semestinya kena bagi hadiah, ringankan tulang bantu kerja rumah dan pinjamkan telinga mendengar luahan isteri pun dan memadai sebenarnya.
Pertahan rumahtangga walau hati remuk, isteri tak salah, suami beralih arah ke wanita lain. Hati wanita cukup lemah dan baik. Walau mereka disakiti namun sedaya upaya mereka mahu mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama lelaki yang dicintai.
Bukan itu saja, demi anak-anak juga wanita masih mampu lagi tersenyum walau suami bermain kayu tiga di luar sana.
Sebenarnya bukan semua wanita berjiwa kental dan hati mereka kuat untuk tempuhi dugaan bila diri dikhianati. Namun ada segelintir yang sanggup merempuh onak duri demi melihat anak-anak bahagia.
Kadangkala kekuatan lahir bila melihat anak di depan mata yang sedang membesar perlukan kasih sayang dari seorang ayah. Biarlah hati mereka disakiti tetapi tidak pada orang yang mereka sayangi.
Namun sang suami, tolonglah jaga hati isteri dan janganlah rosakkan kepercayaan dan kecintaan wanita yang kamu sayangi. Malangnya bila hati suami dah melihat ke arah wanita lain, mulalah isteri diabaikan.
Menerusi perkongsian di akaun Facebooknya, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah bin Kamsah menulis tentang kekentalan hati seorang isteri dalam mempertahankan rumah tangga. Wahai lelaki sedarlah berapa beruntungnya kamu kerana wanita sanggup terima kesilapan dan kelemahan yang kamu lakukan. Jagalah hati mereka! Kembalikanlah peribadi suami yang mithali.
“Ada sebab kenapa seorang isteri masih mempertahankan rumahtangga yang kalian bina:
Kalau dah sayang, bukan senang nak benci dan pergi macam itu je. Seorang isteri akan cuba perbaiki kelemahan diri dan belajar untuk jadi yang terbaik. Dia perbaiki semua salah silapnya dan nak suaminya jatuh cinta dengannya lagi.
Walaupun pada dasarnya isteri itu tak salah apa. Suaminya yang beralih arah ke wanita lain.
Fitrah wanita, susah nak jatuh hati lagi dengan lelaki lain. Cukup satu je. Yang lain, fokusnya hanya pada anak-anak dan urus rumahtangga sahaja.
Mereka ini selalu berharap untuk kalian berubah. Berharap bahawa kalian sedar salah silap kalian. Dan jadi macam lelaki yang mula-mula mereka kenal dahulu.
Siang malam mereka berdoa supaya kalian dilembutkan hati, direndahkan ego dan menerima kasih sayang mereka dengan terbuka.
Perempuan ni, sekali kahwin cukup sudah tu. Nak ‘start all over again’ itu tak pernah ada dalam fikirkan mereka. Mereka rasa letihnya nak mulakan lagi hubungan baru.
Cukuplah seorang lelaki je yang mereka pilih sebagai pasangan hidup. Sebab mereka ni dah fikir 2-3 kali sebelum terima kalian tau.
Sungguhpun jika suatu saat nanti berumahtangga lagi, dia kena fikir macam-macam. Bukan sahaja nak terima seorang suami baharu, malah nak terima mertua baharu, keluarga baharu dan masa itu macam-macam pengalaman yang kena tempuh lagi.
Namun pada masa itu, mereka nekad juga terima lelaki lain atas dasar anak-anak perlu kasih sayang seorang ayah.
Susah kalau nak lebih dari itu.
Bila isteri ni dah buat yang terbaik, maka dia akan pertahankan sungguh-sungguh. Walaupun dilayan macamana sekali pun, dibuat endah tak endah, tetap juga dia berusaha mempertahankan rumahtangga.
“Dia tak putus asa selagi ada kudrat dan hati untuk diperjuangkan. Dia cuba sedaya upaya untuk pertahankan mahligai yang terbina,” coret Fadzillah.
Isteri Masih Mampu Tersenyum Walau Jiwa Mereka Telah Kosong
Para suami di luar sana,
“Tok Abah kerap mendengar rintihan pelbagai latar belakang seorang yang bernama isteri. Masih ramai yang sehingga ke saat ini mempertahankan rumahtangga walaupun pada hakikatnya jiwa mereka telah kosong. Hati mereka telah berkecai dan remuk tak boleh dibaiki.
“Namun mereka masih usaha dan tersenyum hanya demi rumahtangga dan anak-anak yang perlukan kehidupan berkeluarga yang bahagia.
“Pesan Tok Abah, renung-renungkanlah. Sedarlah bahawa isteri kalian sedang berjuang tu. Jangan kecewakan mereka lagi. Ubahlah diri kalian selagi sempat.
“Kerana hati yang bertahan tak selamanya kuat. Bila sampai hadnya, mereka juga terpaksa mengalah demi ego seorang suami,” kongsi Fadzillah.
Selepas bertahun-tahun menanti, wanita ini bertemu cinta sejati pada usia 55 tahun. Inilah dikatakan jodoh dari Allah.
Lambat atau cepat, jika itu yang tertulis maka ia akan berlaku dengan kehendak Allah SWT. Malah usia bukanlah penghalang untuk seseorang bertemu cinta dan memilih untuk bahagia.
Wanita Ini Bertemu Cinta Sejati
Seorang wanita yang baru menemui cinta sejatinya menjadi tular di media sosial selepas memilih untuk mengakhiri zaman bujangnya pada usia 55 tahun, lapor laman berita Suara.com semalam.
Kisah tersebut dikongsikan menerusi akaunTikTok @purpleshina0625.
Dalam video tersebut, kelihatan seorang wanita mengenakan gaun pengantin sambil berjalan memasuki sebuah dewan yang sudah siap dihias cantik.
Cinta Sejati Pada Usia 55 Tahun
“Wanita ini akhirnya menemui cinta sejati pada usia 55 tahun, selepas menanti selama bertahun-tahun untuk bertemu jodoh.
“Majlis pernikahannya berlangsung secara maya kerana suaminya sedang berada di Auckland, New Zealand,” demikian kenyataan yang ditulis pada hantaran tersebut.
Jangan Mengeji Wanita Jodoh Lambat
Pemilik akaun tersebut turut mengingatkan netizen supaya tidak mengeji wanita yang berkahwin pada usia melebihi 30 tahun kerana jodoh, rezeki dan ajal adalah ketentuan Allah.
Video tersebut kemudiannya mendapat pelbagai komen daripada netizen.
“Tolong jangan kahwin kerana umur, nikahlah dengan pasangan terbaik,” komen seorang netizen.
“Bagi yang sering bertanya bila mahu kahwin, bila mahu hamil, percaya saja dengan kuasa Allah,” komen netizen laim. – AGENSI
Mingguan Wanita : Jodoh itu rahsia Allah. Bersyukurlah jika mak-mak dikurniakan jodoh awal. Bagi wanita yang masih belum bertemu jodoh, insyallah pasti ada hikmah pada setiap yang berlaku.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...