Janji kenyang, lelaki bangla makan nasi lauk bawang & cili saja. Boleh simpan RM800,000 di kampung. Setiap orang yang berhijrah pasti mempunyai impian memberikan yang terbaik buat ahli keluarga yang ditinggalkan di kampung.
Bukan mudah membuat keputusan merantau jauh demi mencari rezeki yang lebih baik kerana kita akan berjauhan dari keluarga. Sakit pening yang tak akan mudah kita sampai secepatnya dan masa yang sama kena cepat menyesuaikan diri dengan negara yang kita pergi
.
Malaysia antara destinasi negara pilihan banyak warga luar. Antaranya Indonesia, Bangladesh, Nepal dan lain lain kerana kemakmuran dan mudahnya mencari rezeki di sini.
Ramai antara mereka sudah menjadi kawan kepada kita semua kerana sudah lama bergaul. Bila berbual-bual kosong, rata-rata mengakui duit gaji yang diterima setiap bulan, ¾ darinya dihantar ke kampung untuk kegunaan ahli keluarga.
Sama ada untuk makan minum, persekolahan anak-anak, dibuatkan rumah yang lebih besar dan ada yang sudah mampu membeli tanah di negara mereka. Semuanya hasil kerja keras warga luar ini membanting tulang mencari rezeki halal di negara kita.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Walaupun Berusia 110 tahun, Warga Emas Ini Gigih Mengayuh Beca Demi Sesuap Nasi
‘Sewa Katil Saja Cecah RM1,200’ Apabila Ditakdirkan Mencari Rezeki Di Singapura
Satu perkongsian dari warga Tik Tik @pokchek906 cukup membuatkan kita berfikir betapa kerasnya kehidupan dan strugglenya mereka mencari rezeki kerana tidak ramai mampu melakukan seperti mereka.
Tapi di akhir video itu, kita juga boleh menangis tak berlagu kerana cara hidup yang simple dan makan asal perut kenyang mampu menyimpan duit yang banyak di kampung. Ya jumlah yang boleh buat kita menganga mendengarnya.
Dalam video dirakam ini, kelihatan seorang warga Bangladesh sedang makan dengan berselera.
@pokchek906 Nmpak kesian tapi duit kat kg mcm gunung #fyp #bangladesh #tiktokmalaysia #makan ♬ original sound – @awe
Apa yang membuat kita tak mampu tiru ialah lauk di makannya. Dalam pinggannya hampir setalam nasi yang dicampur air kosong (jadikan nasi berkuah), sebiji bawang dan sebiji cili padi yang kemudian dicecah dengan garam halus untuk mendatangkan rasa sedap.
“Bila ditanya sedap tak, katanya sangat sedap. Dan katanya asal perut kenyang saja.
Mengejutkan, saat ditanya berapa simpanannya di kampung, dia mengakui sudah ada RM800,000 di kampung hasil simpanan bekerja di Malaysia dan makan nasi begitu. Tanah juga sudah dibeli.
Rata-rata kita tak mampu menirunya, jangan kata ada tanah, rumah pun masih menyewa dan hidup dengan simpanan yang banyak begitu juga satu mimpi kerana ramai miskin bandar. Terpaksa buat dua tiga kerja untuk mencukupkan perbelanjaan seharian yang semakin keras hari ini.
Ramai yang menonton videonya sempat membuat lawak di mana kata mereka, mulai esok mereka akan meniru lauk begitu untuk mendapatkan simpanan sebanyak itu.
Tak kurang juga yang bertanya adakah benar warga bangla ini mampu menyimpan sebanyak itu? Dari carian komen, ada memaklumkan, jika pulun lakukan kerja lebih masa (OT) pendapatan warga asing ini boleh mencecah RM7000-8000 sebulan. Jika sudah duduk lama dan bekerja begitu, mungkin tidak mustahil.
Tak kurang juga berkata, adakalanya warga Bangla ini keliru kerana RM80,000 disebut sebagai RM800,000. Waallahualam.
Tapi apa pun, kita harus salute sikap mereka yang hanya makan untuk kenyang bukan sedap seperti kita demi untuk memberikan yang terbaik di kampung halaman mereka. Tak kisahlah lauk apa pun, asal ianya rezeki yang halal.
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.