Janji kenyang, lelaki bangla makan nasi lauk bawang & cili saja. Boleh simpan RM800,000 di kampung. Setiap orang yang berhijrah pasti mempunyai impian memberikan yang terbaik buat ahli keluarga yang ditinggalkan di kampung.
Bukan mudah membuat keputusan merantau jauh demi mencari rezeki yang lebih baik kerana kita akan berjauhan dari keluarga. Sakit pening yang tak akan mudah kita sampai secepatnya dan masa yang sama kena cepat menyesuaikan diri dengan negara yang kita pergi
.
Malaysia antara destinasi negara pilihan banyak warga luar. Antaranya Indonesia, Bangladesh, Nepal dan lain lain kerana kemakmuran dan mudahnya mencari rezeki di sini.
Ramai antara mereka sudah menjadi kawan kepada kita semua kerana sudah lama bergaul. Bila berbual-bual kosong, rata-rata mengakui duit gaji yang diterima setiap bulan, ¾ darinya dihantar ke kampung untuk kegunaan ahli keluarga.
Sama ada untuk makan minum, persekolahan anak-anak, dibuatkan rumah yang lebih besar dan ada yang sudah mampu membeli tanah di negara mereka. Semuanya hasil kerja keras warga luar ini membanting tulang mencari rezeki halal di negara kita.
Satu perkongsian dari warga Tik Tik @pokchek906 cukup membuatkan kita berfikir betapa kerasnya kehidupan dan strugglenya mereka mencari rezeki kerana tidak ramai mampu melakukan seperti mereka.
Tapi di akhir video itu, kita juga boleh menangis tak berlagu kerana cara hidup yang simple dan makan asal perut kenyang mampu menyimpan duit yang banyak di kampung. Ya jumlah yang boleh buat kita menganga mendengarnya.
Dalam video dirakam ini, kelihatan seorang warga Bangladesh sedang makan dengan berselera.
Apa yang membuat kita tak mampu tiru ialah lauk di makannya. Dalam pinggannya hampir setalam nasi yang dicampur air kosong (jadikan nasi berkuah), sebiji bawang dan sebiji cili padi yang kemudian dicecah dengan garam halus untuk mendatangkan rasa sedap.
Ads
“Bila ditanya sedap tak, katanya sangat sedap. Dan katanya asal perut kenyang saja.
Mengejutkan, saat ditanya berapa simpanannya di kampung, dia mengakui sudah ada RM800,000 di kampung hasil simpanan bekerja di Malaysia dan makan nasi begitu. Tanah juga sudah dibeli.
Rata-rata kita tak mampu menirunya, jangan kata ada tanah, rumah pun masih menyewa dan hidup dengan simpanan yang banyak begitu juga satu mimpi kerana ramai miskin bandar. Terpaksa buat dua tiga kerja untuk mencukupkan perbelanjaan seharian yang semakin keras hari ini.
Ads
Ramai yang menonton videonya sempat membuat lawak di mana kata mereka, mulai esok mereka akan meniru lauk begitu untuk mendapatkan simpanan sebanyak itu.
Tak kurang juga yang bertanya adakah benar warga bangla ini mampu menyimpan sebanyak itu? Dari carian komen, ada memaklumkan, jika pulun lakukan kerja lebih masa (OT) pendapatan warga asing ini boleh mencecah RM7000-8000 sebulan. Jika sudah duduk lama dan bekerja begitu, mungkin tidak mustahil.
Tak kurang juga berkata, adakalanya warga Bangla ini keliru kerana RM80,000 disebut sebagai RM800,000. Waallahualam.
Tapi apa pun, kita harus salute sikap mereka yang hanya makan untuk kenyang bukan sedap seperti kita demi untuk memberikan yang terbaik di kampung halaman mereka. Tak kisahlah lauk apa pun, asal ianya rezeki yang halal.
Rumah tangga Nabila & Engku Emran didakwa berantakan? Seperti yang berlenggar di sosial media, didakwa rumah tangga kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila dan suaminya Engku Emran kini sedang berantakan.
Khabarnya ketika Nabila dan anaknya, Jebat Jayden berangkat menunaikan umrah kelibat Engku Emran tidak kelihatan
Rumah Tangga Nabila & Engku Emran Didakwa Berantakan?
Nabila dan Engku Emran mendirikan rumah tangga pada 19 Mac 2021. Sebelum menikahi Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya.
Engku Emrah juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia.
Sementara itu, Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.
Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro status rumah tangga pasangan popular ini didakwa bagai sudah retak menanti belah.
Menurut laporan itu lagi, sumber rapat kepada pasangan itu berkata, mereka yang bernikah sejak dua tahun lalu itu sudah tidak tinggal sebumbung dan dikatakan dalam proses perceraian.
“Status mereka masih tergantung. Apapun doakan saja mereka,” ungkap sumber tersebut.
Apapun MW mengharapkan yang terbaik buat pasangan ini dan kekal bahagia hingga ke jannah.
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Malang tidak berbau, dan tragedi yang menimpa murid tahun enam yang terjatuh dari lantai bas yang reput sungguh menyayat hati.
Dikatakan ketika kejadian, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bok, Machang itu dalam perjalanan untuk ke Bengkel Bahasa Inggeris dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Bukit Keluang, Besut Terengganu.
Sepatutnya Bas Lantai Reput Itu Tak Boleh Bawa Penumpang..
Daripada siasatan awal polis, mendapati mangsa, Wan Muhammed Adam Mohd Suria, 12 ini dipercayai bermain dalam bas. Adam dikatakan melompat atas lantai yang reput dekat bahagian depan sebelah kiri pemandu, ketika itulah dia terjatuh ke bawah dan digilis tayar bas.
Kecederaan mangsa parah di seluruh badan dan meninggal di tempat kejadian.
Cuma Seorang Pemandu Saja Kendali 31 Pelajar
Ianya benar-benar mengejutkan orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut.
Dan daripada siasatan itu juga mendapati cuma seorang pemandu saja yang mengendalikan 31 orang pelajar dalam bas berkenaan.
Yang mana, tiada guru pengiring turut serta bersama mereka.
Pemandu bas terbabit, seorang lelaki berusia 45 tahun juga sudah dipanggil untuk keterangan. Beliau memiliki lesen memandu dan ujian urinnya juga negatif.
Siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengetahui sama ada bas itu ada permit atau pun tidak.
Sungguh tragedi menyayat hati ini seharusnya menjadi peringatan untuk para pengusaha bas sekolah dan sewa khas. Jadikan ini ikhtibar, jangan semata-mata mahu mengaut keuntungan aspek keselamatan penumpang ditolak ke tepi.
Kerana hilangnya satu nyawa memberi kesan yang cukup besar buat sebuah keluarga. Dan jenazah adik Adam ini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Bakar, Machang.
Sumber/Foto : Sinar Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kongsi komen negatif di instagram, wanita ini diminta bayar ganti rugi ratusan juta rupiah gara-gara perkongsiannya.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Dunia media sosial tanpa sempadan ini kadangkala membuat ramai yang terlepas pandang bila berkongsi pandangan atau pendapat.
Kongsi Komen Negatif Di Instagram
Seorang wanita yang didakwa mencemarkan reputasi sebuah klinik kecantikan terpaksa membayar ganti rugi ratusan juta rupiah setelah memberikan maklum balas buruk terhadap perkhidmatan yang diberikan, lapor akhbar Daily Star semalam.
Stella Monica Hendrawan, 26, memberikan komentar buruk di akaun Instagramnya mengenai rawatan jerawat yang diterima daripada sebuah klinik penjagaan kulit di Jakarta, Indonesia.
Namun, setelah mendakwa kulitnya bertambah teruk selepas dirawat, syarikat itu menuduhnya mencemarkan reputasi mereka dan menuntutnya membayar ganti rugi sebanyak 800 juta rupiah (RM 235,380.87).
Disebabkan tidak mampu membayarnya, polis mengunjungi rumah Monica kerana melanggar undang-undang internet 2008 yang mengawal aktiviti dalam talian.
Dia memberitahu laman berita This Week In Asia: ‘’Saya hanya bercakap tentang pengalaman saya bersama rakan-rakan ketika mendapatkan rawatan. Saya tidak tahu bahawa klinik itu akan menuduh saya mencemarkan nama baiknya.’
’
‘’Saya diisytihar sebagai suspek pada 2020. polis mengunjungi rumah. Mereka merampas telefon bimbit dan mengambil alih kawalan akaun Instagram saya. Saya hanya berharap kewarasan dan kesopanan berlaku, kerana hidup saya menjadi terbalik kerananya,’’ jelas Monica.
Bayar Ratusan Juta Rupiah
Dia dibebaskan pada 14 Disember selepas berjuang membela diri. Monica berasa ‘diasingkan’ daripada komuniti dan beberapa rakannya.
Menurut peguam yang mewakili klinik kecantikan tersebut, Monica dikatakan tidak pernah membuat aduan berkenaan rawatan diterimanya dan bertukar ke klinik baharu tanpa meninggalkan notis.
Wanita itu dituduh membuat komen palsu dengan cara menghina, menyinggung perasaan, tindakan menghina dan ‘tidak boleh mengandungi fakta palsu’. – Agensi
Mingguan Wanita : Semoga wanita ini mendapat pengadilan sewajarnya, kadang-kadang kita hanya berkongsi pengalaman tanpa niat buruk. Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat pengguna media sosial dan lebih berhati-hati.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...