Janji kenyang, lelaki bangla makan nasi lauk bawang & cili saja. Boleh simpan RM800,000 di kampung. Setiap orang yang berhijrah pasti mempunyai impian memberikan yang terbaik buat ahli keluarga yang ditinggalkan di kampung.
Bukan mudah membuat keputusan merantau jauh demi mencari rezeki yang lebih baik kerana kita akan berjauhan dari keluarga. Sakit pening yang tak akan mudah kita sampai secepatnya dan masa yang sama kena cepat menyesuaikan diri dengan negara yang kita pergi
.
Malaysia antara destinasi negara pilihan banyak warga luar. Antaranya Indonesia, Bangladesh, Nepal dan lain lain kerana kemakmuran dan mudahnya mencari rezeki di sini.
Ramai antara mereka sudah menjadi kawan kepada kita semua kerana sudah lama bergaul. Bila berbual-bual kosong, rata-rata mengakui duit gaji yang diterima setiap bulan, ¾ darinya dihantar ke kampung untuk kegunaan ahli keluarga.
Sama ada untuk makan minum, persekolahan anak-anak, dibuatkan rumah yang lebih besar dan ada yang sudah mampu membeli tanah di negara mereka. Semuanya hasil kerja keras warga luar ini membanting tulang mencari rezeki halal di negara kita.
Satu perkongsian dari warga Tik Tik @pokchek906 cukup membuatkan kita berfikir betapa kerasnya kehidupan dan strugglenya mereka mencari rezeki kerana tidak ramai mampu melakukan seperti mereka.
Tapi di akhir video itu, kita juga boleh menangis tak berlagu kerana cara hidup yang simple dan makan asal perut kenyang mampu menyimpan duit yang banyak di kampung. Ya jumlah yang boleh buat kita menganga mendengarnya.
Dalam video dirakam ini, kelihatan seorang warga Bangladesh sedang makan dengan berselera.
Apa yang membuat kita tak mampu tiru ialah lauk di makannya. Dalam pinggannya hampir setalam nasi yang dicampur air kosong (jadikan nasi berkuah), sebiji bawang dan sebiji cili padi yang kemudian dicecah dengan garam halus untuk mendatangkan rasa sedap.
Ads
“Bila ditanya sedap tak, katanya sangat sedap. Dan katanya asal perut kenyang saja.
Mengejutkan, saat ditanya berapa simpanannya di kampung, dia mengakui sudah ada RM800,000 di kampung hasil simpanan bekerja di Malaysia dan makan nasi begitu. Tanah juga sudah dibeli.
Rata-rata kita tak mampu menirunya, jangan kata ada tanah, rumah pun masih menyewa dan hidup dengan simpanan yang banyak begitu juga satu mimpi kerana ramai miskin bandar. Terpaksa buat dua tiga kerja untuk mencukupkan perbelanjaan seharian yang semakin keras hari ini.
Ads
Ramai yang menonton videonya sempat membuat lawak di mana kata mereka, mulai esok mereka akan meniru lauk begitu untuk mendapatkan simpanan sebanyak itu.
Tak kurang juga yang bertanya adakah benar warga bangla ini mampu menyimpan sebanyak itu? Dari carian komen, ada memaklumkan, jika pulun lakukan kerja lebih masa (OT) pendapatan warga asing ini boleh mencecah RM7000-8000 sebulan. Jika sudah duduk lama dan bekerja begitu, mungkin tidak mustahil.
Tak kurang juga berkata, adakalanya warga Bangla ini keliru kerana RM80,000 disebut sebagai RM800,000. Waallahualam.
Tapi apa pun, kita harus salute sikap mereka yang hanya makan untuk kenyang bukan sedap seperti kita demi untuk memberikan yang terbaik di kampung halaman mereka. Tak kisahlah lauk apa pun, asal ianya rezeki yang halal.
Keluarga Zayn Rayyan gembira dibebaskan, kongsi momen berpelukan dan menulis “akhirnya bersatu kembali…”. Semalam kisah keluarga adik Zayn Rayyan yang mati dibunuh menerima sorotan media.
Siapa pembunuh anak syurga ini masih menjadi tanda tanya kerana tiada pengakuan bersalah dari kedua ibu bapanya, Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan yang sebelum ini direman hampir dua minggu bagi membantu siasatan kematian anak mereka.
Keluarga Zayn Rayyan Gembira Dibebaskan
Kisah keluarga ini terus dramatik apabila datuknya, Zahari Mohd Reba, 56 dan nenek Zayn Rayyan, Hasni Zakaria, 56 turut ditahan polis bagi membantu siasatan namun telah dibebaskan dari tahanan polis semalam.
Begitu juga keduanya ibu bapanya turut dibebaskan semalam di Mahkamah Seksyen Petaling Jaya dengan jaminan sebanyak RM10,000 seorang.
Disatukan kembali sebagai sebuah keluarga, satu video yang dikongsi oleh datuknya, Zahari Md Reba di akaun facebooknya memperlihatkan keluarga ini berpelukan gembira selepas disatukan kembali sebagai ahli keluarga.
Kongsi Momen Berpelukan Dan Menulis “Akhirnya Bersatu Kembali…”
Pertemuan mereka berlaku di rumah selepas datuk dan nenek dibenarkan pulang dengan jaminan polis kira-kira jam 2.30 petang.
Dalam video pendek itu, ahli keluarga mengucapkan syukur kerana mereka akhirnya bersatu semula selepas ujian hebat yang menimpa mereka sekeluarga.
“Alhamdulillah, akhirnya bersatu semula,”demikian caption yang ditulis di video berkenaan. Dapat dilihat Hasni Zakaria memeluk erat menantunya, Ismanira Abdul Manaf.
Dalam pada itu, di facebooknya, datuk Zayn Rayyan ini menulis :-
Salam..
Hari ni Khamis@13/6/24, Allah S.W.T mempertemukan Mommy, Daddy, Tok Ayah, WanM i dengan Mateen dan keluarga kami.
Kami sungguh terharu peristiwa yang tidak akan akan kami lupakan sepanjang hidup kami.
Kami bersyukur kepada Allah S.W.T yang telah memakbulkan doa kami, keluarga kami, sahabat-sahabat kami serta seluruh rakyat Malaysia yang perihatin.
“Rasa dunia ini milik akak…inilah respon gembira usahawan pandan yang terpilih menerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita X Nona di Malam Gala baru ini.
Kisahnya membesarkan 8 anak dengan air mata hingga hampir meracun mereka kerana tidak tahan dengan ujian tetapi akhirnya bangkit memerah keringat demi memberi pendidikan buat anak-anak.
Kisah usahawan pandan berjaya ini cukup memberikan inspirasi dan dirinya menitip pesanan buat ibu-ibu yang membesarkan anak sendirian.
“Pandanglah diri akak. Jadilah ia satu perkongsian kehidupan,” katanya yang tidak pernah menyangka menerima anugerah dari Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dalam hidupnya.
Malam gala Ibu Inspirasi dibawakan oleh @alkauthareduqids_hq, diserikan oleh @sabihahgoldhq
Tengah berbincang cara mengelak kemalangan, ibu dua anak terkejut SUV dirempuh treler. Berpantang maut sebelum ajal. Perjalanan seisi keluarga menuju ke utara tanahair berakhir dengan detik ngeri apabila kenderaan SUV Perodua Aruz dinaiki dirempuh tanpa sebab oleh sebuah treler.
Kejadian hampir meragut nyawa ini berlaku di Lebuhraya PLUS berhampiran RnR Rawang hala Utara, semalam.
Tengah Berbincang Cara Mengelak Kemalangan
Rakaman dashcam detik cemas Perodua Aruz dirempuh treler dari belakang dalam kemalangan di Lebuhraya PLUS berhampiran RnR Rawang hala Utara, semalam.
Aruz tersebut dinaiki tiga orang dewasa dan dua kanak-kanak tiga dan lima tahun.
Dari rakaman video yang tular semalam, kenderaan SUV ini berada di laluan tengah lebuhraya dan bukan dalam berkeadaan laju kerana ada lori di hadapan mereka. Tidak dapat dipastikan sama ada treler yang merempuh kenderaan dinaiki lima orang, tiga dewasa dan dua kanak-kanak ini mengalami masalah brek, brek rosak atau tercabut kerana semuanya terjadi secara tiba-tiba.
Berdasarkan rakaman footage dashcam milik suv ini, kedengaran suara ibu kepada dua anak ini bercerita mengenai cara mengelak andai terjadi kemalangan sebelum secara tiba-tiba bunyi dentuman kuat sebelum suara anak-anak ini menangis dan jeritan meminta tolong selepas kenderaan mereka remuk akibat dirempuh.
Seharusnya, kenderaan besar seperti treler membuat pemeriksaan rapi sebelum bertolak kerana tindakan sebegini boleh membawa kepada kemalangan jiwa dan kerosakan lebih besar. Sudah banyak kes kemalangan ngeri melibatkan kenderaan berat dan kebanyakannya berakhir dengan kematian menyayat hati.
JANGAN TAKUT UGUTAN AH LONG. INI KADAR BAYARAN SEPATUTNYA. Hanya perlu bayar Ahlong 1.25% daripada jumlah pinjaman! Jangan tertipu dan terpedaya disebabkan rasa takut.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Entah apa yang merasuk ibu kepada bayi comel ini hingga sanggup membuang bayi yang cukup sifatnya. Namun sudah pasti ada masalah tertentu yang ibu ini tidak dapat nyatakan hingga sanggup membuang darah daging sendiri.
Telah dihurung semut ketika orang ramai menemui bayi lelaki baru lahir ini yang ditinggalkan dalam semak. Mujur nyawa bayi masih panjang, dia telah diselamatkan.
Ditemui Telah Dihurung Semut
Seorang bayi lelaki dipercayai baru lahir ditemui dalam keadaan dihurung semut di dalam semak di Jalan Sidang Hassan 1, Bukit Katil, Melaka semalam.
Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri (Risikan/ Operasi), Superintendan Yusharifuddin Mohd Yusop, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 3.05 petang sebelum sepasukan pegawai dan anggota bergegas ke lokasi.
Beliau berkata, bayi itu ditemui masih mempunyai kesan darah di tubuhnya oleh seorang lelaki yang terdengar tangisan sebelum mencari arah bunyi berkenaan.
“Ketika itu saksi dikatakan sedang berehat di rumahnya sebelum terdengar tangisan bayi.
“Dia ke arah semak terletak tidak jauh dari rumahnya dan menemui bayi terbabit dihurung semut serta terdapat kesan darah,” katanya. Beliau berkata, tiada sebarang dokumen ditemui bersama bayi berkenaan dan seterusnya dibawa ke Hospital Melaka dan ditempatkan di wad kanak- kanak.
Bayi Baru Lahir Stabil
Menurutnya, bayi itu kini berada dalam keadaan stabil dan diberi bantuan pernafasan kerana mengalami masalah jangkitan serta pernafasan laju.
“Menurut laporan doktor, bayi lelaki itu adalah baru lahir dengan berat badannya kira-kira 2.2 kilogram dan dipercayai lahir cukup bulan.
“Sehubungan itu, usaha mengesan ibu kepada bayi itu giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya.
MW: Dalam keadaan terdesak manusia sanggup lakukan apa saja. Namun janganlah dibuang anak itu seolah-olah tiada nilai kerana masih ramai wanita yang belum dikurniakan zuriat biar pun telah berusaha bermacam-macam cara.