“Jangan Tunggu Sampai Bapa Sudah Tak Ada” Datuk Yusof & Isteri Reda Syamsul Bertahun Tak Pulang Rumah

Share

“Jangan tunggu sampai bapa sudah tak ada” itulah antara luahan Datuk Yusof Haslam. Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.

Tanyalah kepada mana-mana pasangan ibu bapa, tentu saja semuanya sanggup melakukan apa saja demi cahaya mata tercinta.

Walaupun kita tidak sependapat dengan ibu atau bapa, jangan sesekali meninggikan suara, membentak atau bercakap dalam nada keras ketika sedang berbicara dengan mereka. Setiap orang ada pandangan tersendiri, sesuai dengan keadaan dan kehendak diri. Jadi, hormati pandangan atau pendapat ibu bapa walaupun ia kedengaran tidak logik pada anda.

Seperti yang diketahui umum, konflik keluarga antara Syamsul Yusof dan ibu bapanya sudah lama berlaku. Terbaru menerusi perkongsian rancangan Melodi, Datuk Yusof Haslam meluahkan rasa terhadap anak lelakinya Syamsul Yusof.

“Jangan Tunggu Sampai Bapa Sudah Tak Ada”

Menurut Datuk Yusof, Syamsul sudah bertahun tidak pulang ke rumah. Malah dirinya memberi nasihat buat anaknya agar pulanglah ke rumah dan lupakan sengketa dan berbaik dengan keluarga.

Bukan sekadar Datuk Yusof malah isterinya Datin Patimah Ismail juga sentiasa mendoakan Syamsul dan tidak menyimpan dendam terhadap anaknya itu.

“Kami sudah nak menjangkau usia 70 tahun pada tahun depan… Ramai rakan seperjuangan saya sudah pergi. Kepada anak saya, jangan tunggu sampai bapa kau sudah tak ada, baru nak cari!

“Jangan anggap apa yang ibu bapa luah itu untuk merendahkan kamu. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik.

“Papa rasa jiwa kamu akan lagi tenang kalau kamu berbaik dengan ibu (terutamanya) dan keluarga. Wang bukan segala-galanya. Dalam solat kami sentiasa mendoakan yang terbaik,” ungkapnya.

Rindu Syamsul

Walau akui dirinya dan isteri rindui Syamsul namun mereka reda dengan sikap anaknya yang tidak mahu berjumpa dengan mereka lagi.

“Mestilah rindu, kita sayang anak kita, kan?

“Tiada istilah benci anak sendiri tapi saya sudah letih dengan semua ini,. Jiwa saya dan isteri sudah tenang dan terima semua yang berlaku ini.

“Saya doakan agar filem-filem Syamsul mendapat sambutan baik. Papa tetap akan menyokong kamu,” sambungnya.

Kali Terakhir Berhubung Menerusi Telefon Setahun Lalu

Ibu bapa mana yang tidak merindui anak, Datuk Yusof mendedahkan kali terakhir bercakap dengan Syamsul menerusi telefon sekitar setahun yang lalu.

“Saya pun tak ingat bila, seingat saya tahun lepas masa mak mentua saya sakit. Ibunya ada hubungi dia, masa itu saya ada berbual sekejap.

“Tapi sebelum itu, dah bertahun dia tak balik. Tak apa saya tak marah, tak anggap bukan-bukan.

“Kalau dia tak nak balik pun, terserah. Tepuk dada tanya selera,” luahnya.

Menarik Di Sini : ‘Mentua Prihatin’ Kediaman Datuk Yusof Haslam Ubah Jadi Mini Studio DEMI Puteri Sarah, Cucunya

“Ibu Sentiasa Memaafkan Anak Dilahirkannya” Namun Ibu Syamsul Tidak Akan Maafkan Keluarga Kazar

Mingguan Wanita : Allahu semoga terbuka hati Syamsul untuk kembali pulang ke rumah ibu bapanya. 

Sumber : mStar Online

Sumber Gambar dan Video : Instagram Datin Patimah

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Tip rumahtangga bahagia dan harmoni kata Bella suami isteri kenalah saling tolong menolong buat apa kerjapun kenalah bersama-sama.

 

Published by
Norhayati Suboh