“Jangan tunggu sampai bapa sudah tak ada” itulah antara luahan Datuk Yusof Haslam. Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.
Tanyalah kepada mana-mana pasangan ibu bapa, tentu saja semuanya sanggup melakukan apa saja demi cahaya mata tercinta.
Walaupun kita tidak sependapat dengan ibu atau bapa, jangan sesekali meninggikan suara, membentak atau bercakap dalam nada keras ketika sedang berbicara dengan mereka. Setiap orang ada pandangan tersendiri, sesuai dengan keadaan dan kehendak diri. Jadi, hormati pandangan atau pendapat ibu bapa walaupun ia kedengaran tidak logik pada anda.
Seperti yang diketahui umum, konflik keluarga antara Syamsul Yusof dan ibu bapanya sudah lama berlaku. Terbaru menerusi perkongsian rancangan Melodi, Datuk Yusof Haslam meluahkan rasa terhadap anak lelakinya Syamsul Yusof.
“Jangan Tunggu Sampai Bapa Sudah Tak Ada”
Menurut Datuk Yusof, Syamsul sudah bertahun tidak pulang ke rumah. Malah dirinya memberi nasihat buat anaknya agar pulanglah ke rumah dan lupakan sengketa dan berbaik dengan keluarga.
Bukan sekadar Datuk Yusof malah isterinya Datin Patimah Ismail juga sentiasa mendoakan Syamsul dan tidak menyimpan dendam terhadap anaknya itu.
“Kami sudah nak menjangkau usia 70 tahun pada tahun depan… Ramai rakan seperjuangan saya sudah pergi. Kepada anak saya, jangan tunggu sampai bapa kau sudah tak ada, baru nak cari!
“Jangan anggap apa yang ibu bapa luah itu untuk merendahkan kamu. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik.
“Papa rasa jiwa kamu akan lagi tenang kalau kamu berbaik dengan ibu (terutamanya) dan keluarga. Wang bukan segala-galanya. Dalam solat kami sentiasa mendoakan yang terbaik,” ungkapnya.
Ads
Rindu Syamsul
Walau akui dirinya dan isteri rindui Syamsul namun mereka reda dengan sikap anaknya yang tidak mahu berjumpa dengan mereka lagi.
“Mestilah rindu, kita sayang anak kita, kan?
“Tiada istilah benci anak sendiri tapi saya sudah letih dengan semua ini,. Jiwa saya dan isteri sudah tenang dan terima semua yang berlaku ini.
“Saya doakan agar filem-filem Syamsul mendapat sambutan baik. Papa tetap akan menyokong kamu,” sambungnya.
Kali Terakhir Berhubung Menerusi Telefon Setahun Lalu
Ibu bapa mana yang tidak merindui anak, Datuk Yusof mendedahkan kali terakhir bercakap dengan Syamsul menerusi telefon sekitar setahun yang lalu.
“Saya pun tak ingat bila, seingat saya tahun lepas masa mak mentua saya sakit. Ibunya ada hubungi dia, masa itu saya ada berbual sekejap.
“Tapi sebelum itu, dah bertahun dia tak balik. Tak apa saya tak marah, tak anggap bukan-bukan.
“Kalau dia tak nak balik pun, terserah. Tepuk dada tanya selera,” luahnya.
Sekarang ini selain simpan duit, simpan emas pun boleh jadi satu pelaburan yang baik. Untung-untung bawa emas boleh jadi duit bila anda sedang melancong di luar negara.
Macam mana jadikan emas duit waktu melancong di luar negara pada 2 Mei lalu. Norhazlan Abd Hamid berkongsi pengalaman beliau sendiri.
Sewaktu melancong ke Istanbul Turki beliau dapati menukar wang di sana lebih memberi pulangan yang baik. Namun, pesannya bertanyalah dahulu sebelum membuat pertukaran, kerana ada juga peniaga yang menawarkan harga jauh lebih rendah.
Pengalaman Bawa Emas Dan Jual Di Luar Negara
Pengalaman jual emas di luar negara (Istanbul Turki)
Di sini saya ingin berkongsikan serba sedikit tentang pengalaman saya sendiri menjual emas Public Gold di Istanbul, Turki. Kedai Tower Gold Exchange ini terletak di alamat Bereketzade, Fırçacı Sk. No:2, 34421 Beyoğlu/İstanbul.
Saya menjual dua keping kad emas Public Gold (1 Gram x 2) di mana kedua-dua keluaran emas ini masing-masing adalah keluaran daripada Public Gold Minted (Design Quantitative Easing) dan Nadir Metal Refinery (Design Congratulation Wedding).
Pada ketika ini, kadar belian balik 1 gram yang ditawarkan oleh kedai ini adalah 900 TL (Turki Lira), jika ditukarkan di dalam bentuk ringgit Malaysia adalah sebanyak RM263. Jadi saya memperolehi wang tunai sebanyak 1,800 TL untuk jualan balik 2 gram emas Public Gold ini.
Apa yang menariknya di sini adalah pekedai tersebut menerima kedua-dua jenis kad emas Public Gold berkenaan tanpa membuka seal pun!
Emas Ini Wang Antarabangsa, Di Luar Negara Pun Diterima
Moral of the story, emas ialah wang antarabangsa, yang tidak mengenal kenal sempadan negara, wilayah atau benua. Jika dari Malaysia, nak jual emas di mana-mana negara tak jadi masalah. Di mana-mana negara pun, emas diterima. Selagi emas tu emas, dan tulen.
Kalau tuan-tuan melancong ke luar negara, jangan lupa bawa emas sebagai dana kecemasan. Sesak-sesak boleh jual untuk dapatkan cash.
TIPS TAMBAHAN: Sebelum jual emas, kita tanya dulu dengan pekedai. Sekiranya harga yang ditawarkan adalah munasabah (setelah dikira tukaran matawang negara tersebut kepada Ringgit Malaysia, barulah kita buat transaksi jualan emas berkenaan).
KAJIAN KES: Kami ada bertanya harga di satu kedai emas di London, UK. Mereka hanya ingin membayar £33 Pound untuk 1 gram emas (999) yang kita nak jual. Jika ditukar ke Ringgit Malaysia ianya bersamaan sekitar RM180 dan sama sekali tidak berbaloi untuk dijual!
Semoga bermanfaat dan jadilah penyimpan emas yang bijak
Begitulah.
Mingguan Wanita : Sebab itulah jangan perlekehkan sesiapa pun yang menyimpan emas. Seketul emas itu sebenarnya besar manfaat kepada mereka yang memilikinya. Sesak-sesak boleh bawa emas itu ke ar rahnu.
Rider meninggal nahas pesawat dikenali sebagai Apit, sempat sebut Allahuakbar ketika terbakar. Rider food panda yang terlibat dalam tragedi nahas pesawat yang terhempas di Elmina, Seksyen U16 petang tadi yang mengorbankan seramai 10 orang mangsa dikenali sebagai Apit atau nama sebenarnya Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32 tahun.
Di sebalik lapan mayat sudah dikenal pasti pada petang kejadian kerana berada dalam pesawat ringan itu, identiti dua lagi mangsa iaitu pemandu p-hailing dan pemandu kereta hanya dapat disahkan sebelah malam.
Rider Meninggal Nahas Pesawat Terhempas Dikenali Sebagai Apit
Sempat Sebut Allahuakbar Ketika Terbakar
Berasal dari Sungai Petani, Kedah, arwah yang masih bujang dikatakan bakal pulang ke kampung dua hari lagi iaitu pada 20hb ini bagi menghadiri majlis perkahwinan saudara kandung perempuannya yang bakal berlansung 26 Ogos akan datang (bukan dirinya sebagaimana yang tular di media sosial sebelum ini). Namun sudah tertulis takdir buatnya apabila terlibat dalam nahas pesawat ini ketika keluar mencari rezeki petang semalam.
Dalam pada itu, kakak sepupu kepada arwah yang dikenali sebagai Nurul Nazihah di facebooknya berkongsi, rider yang terlibat nahas itu adalah adik sepupunya yang dikenali sebagai Apit.
Allahuakbar. Patut la dok sedih sangat-sangat, simpati dengan rider yang terbakar excident dgn Pesawat dekat Elmina petang ni. Rupanya adik sepupu sendiri weyh..Allahh Allah. Awat laa kena dekat orang yang kukenal ni..
Ku tak kuat nak hadap benda ni. Polis baru dapat detect Apit mangsa yang terlibat.
Zie mohon ampa tolong doakan Allah ampunkan dosa2Nya, di tempatkan dalam golongan orang beriman & diberi kekuatan untuk keluarga kami. Al-Fatihah untuk Apit. Orang baik Allah sayangkan. Ampa tolong doa Allah kurniakan syurga buat-Nya.
Dalam pada itu, memetik laporan Berita Harian, adik kepada arwah meminta pertolongan dari rakan p-hailing yang mengenali abangnya untuk pergi ke hospital bagi membuat pengecaman mayat sementelah mereka baru bertolak dari Sungai Petani.
“Abang saya terbabit dalam nahas pesawat di Subang (Elmina, Shah Alam), ada tak rakan terdekat yang boleh tolong buat pengecaman mayat?”
Demikian pesanan dititipkan Norhikmah Muhammad Salleh, 26, adik kepada penunggang motosikal yang dilaporkan maut dalam kejadian pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor, kira-kira jam 2.40 petang semalam.
Norhikmah menitipkan pesanan itu sementara dia sekeluarga dari Sungai Petani, Kedah, menuju ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Selangor, bagi proses pengecaman mayat abangnya, Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32.
Ini cara betul masak resepi air asam ikan kembung. Boleh juga ditukar dengan daging atau jenis ikan yang lain. Resepi ini dikongsikan oleh Puan Roshima Ibrahim Shimabeserta dengan video panduan sukatan air merebus ikan.
Teknik yang diajar ini akan buatkan rasa masakan lengkap, lemak, masam, masin semua ada. Buat mak-mak yang masih keliru macam mana nak buat Ikan Kembung Rebus Air Asam ini, boleh teliti cara-cara membuatnya. Bolehlah dicuba untuk masakan keluarga tengah hari nanti.
Tapi, bila hakak dah beri cara-cara memasak tetap juga tak rasa enak. Jangan kata resepi yang dikongsi tak kena.Haa.. kalau gitu jawapannya bukan salah resepi. Tepuk dada, tanya tangan sendiri.
Cara Betul Resepi Air Asam Ikan Kembung
Bahan-bahan
4 ekor ikan kembung
2 biji bawang besar – di potong dadu
1 biji tomato – di potong dadu
1 biji limau kasturi
4 biji cili api – Kalau nak letak banyak ikut suka pun boleh
1/2 biji cili besar – Kalau nak letak sebiji pun boleh
Air asam jawa
Seinci belacan bakar
Gula
Garam
Cara Membuatnya
1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam. Rebus ikan dengan sekeping asam gelugor. Angkat ikan dan ketepikan.
2. Ambil air rebusan ikan dan masukkan belacan dan asam jawa. Picitkan dan buang hampas asam jawa.
3. Masukan hirisan bawang, tomato dan cili.Perah air limau. Masukan gula. Gaul hingga rata
4. Tuang bancuhan air asam yang dibuat tadi ke atas ikan.
# Selamat mencuba.
Nota:
Kalau nak tukar dengan daging, perut lembut, atau kerang pun boleh. Gunakan teknik memasak yang diajar oleh Puan Roshima ini.
Sukatan Air Rebusan Ikan, Jangan Sampai Ikan Tenggelam
Bagi yang tak tahu nak rebus ikan macam mana, tonton video ini.
Sumber/Foto/Video: Facebook Puan Roshima Ibrahim Shima via Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...