Wanita di peringkat umur 35 tahun keatas sangatlah digalakkan melakukan permeriksaan kesihatan diri secara konsisten. Ini kerana atas pelbagai faktor, macam-macam jenis penyakit boleh menyinggah pada usia ini. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang telah melalui proses mengandung, bersalin, masalah haid, keputihan, senggugut teruk dan sebagainya.
Baru-baru ini selebriti yang cukup sinonim dengan misi kemanusiaan dan merupakan salah seorang Ikon Kemanusiaan Islamic Relief Malaysia (IRM), Irma Hasmie Ibrahim,37 ada berkongsi gambar dirinya melakukan Pemeriksaan Ultrasound Pelvik di salah sebuah hospital swasta.
Dalam perkongsian di Instagram, ibu kepada dua cahaya mata Redza Syah Irfhan, 6 dan Irma Nur Naylie, 5 ini ada berkongsi tujuan bagi melakukan pemeriksaan – Ultrasound Pelvik serta keperluan untuk melakukannya buat wanita.
.
“Saya di @andorrahospitalofficial bersama dengan Dr Yati untuk pemeriksaan – Ultrasound Pelvik.
Objektif kenapa nak buat ultrasound pelvik?
Untuk memeriksa saiz dan posisi organ di bahagian pelvis untuk mengesan sebarang tumor, cyst, masalah buang air kecil atau ‘period’ (sakit atau pendarahan yang berlebihan).
Siapa yang memang perlu buat ultrasound pelvik?
Jika sering mengalami sebarang kesakitan di kawasan pelvis, masalah buang air kecil, period cramps yang keterlaluan atau pendarahan ‘period’ yang berpanjangan.
Organ yang akan diperiksa: Uterus, ovari, serviks, faraj dan pundi kencing.
MW: Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada merawati.Semoga setiap wanita dapat mencontohi Irma Hasmie ini dengan melakukan pemeriksaan kesihatan Ultrasound Pelvik. Ia boleh dilakukan di hospital kerajaan mahupun swasta. Sekurang-kurangnya jika terdapat simptom penyakit berbahaya, ia dapat dikesan dan dirawat awal.
Sumber: Irma Hasmie