Ayat yang biasa kita dengar ‘hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut’. Ingat, jangan tunda bayar hutang, sebab bila seseorang itu berhutang, ia pasti melekat pada seseorang meski pun orang itu telah meninggal dunia. Kita sendiri tidak tahu bila ajal datang menjemput.
Tidak dinafikan, nak berhutang memang senang dan bila sebut tentang hutang, bukan hanya kita berhutang dengan nilai tunai yang diberi pinjam oleh seseorang tetapi ia termasuklah dalam apa jua yang kita pinjam. Boleh jadi, hutang dalam membeli barang yang menggunakan kad kredit, pinjaman dan sebagainya.
Mungkin dengan hutang yang berasaskan kepada kad kredit, pinjaman dan sebagainya, kita terikat untuk membayar setiap bulan. Tapi bagi yang berhutang dengan kawan-kawan, waima adik beradik sekali pun, jangan tunda bayar hutang. Bayarlah seperti yang kita janjikan sebelum mendapat wang tersebut.
Ingat, hutang ini bawa sampai ke mati. Pernah kita dengar, bila ada seseorang yang meninggal dunia, ahli keluarga pasti akan bertanyakan kepada saudara atau jiran yang hadir untuk tampil diri dan memberitahu, jika si mati ada belum melunaskan hutang sebelum ini.
Sebab itulah, jangan sesekali tunda bayar hutang kerana ia boleh jadi asbab urusan kita ‘di sana’ nanti akan tersekat dek kerana hutang. Ada beberapa ulasan yang diberikan oleh Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan dalam tulisannya tentang hutang yang boleh memberi panduan kepada kita semua.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Bayarlah Hutang Sikit-Sikit, Biar Poket Kering Daripada Tebal Dengan Duit Hak Orang
Orang Susah Nak Bayar HUTANG, Halalkan, Mungkin Ini Pembuka PINTU REZEKI Kita
Info Lebih Menarik DI SINI
Hutang akan selalu melekat pada diri seseorang walaupun sesudah dia meninggal dunia. Di antara akibat menunda-nunda pembayaran hutang ialah:
Sabda Nabi SAW: “Barangsiapa yang mati dalam keadaan masih berhutang satu dinar atau satu dirham, maka hutang tersebut akan dibayar dengan pahalanya kerana di akhirat tiada lagi dinar dan dirham.”
Sabda Nabi SAW: Jiwa seorang mukmin bergantung dengan hutangnya hingga dia melunaskannya. ”Maksud bergantung ialah dia tidak selamat atau sengsara sampai hutangnya dijelaskan oleh ahli warisnya.
Sabda Junjungan SAW: “Sesiapa yang berhutang dan berniat tidak mahu membayarnya, maka dia akan bertemu Allah SWT (pada hari kiamat) dengan status pencuri.”
Sabda Rasulullah SAW : Semua dosa orang yang mati syahid akan diampunkan kecuali hutang.”
Jika hutang ditunda-tunda pembayarannya, maka akan menyakitkan hati si pemberi hutang. Sabda Nabi SAW: “Sesungguhnya orang yang paling baik di antara kamu ialah yang mudah membayar hutang.”
Wallahu Ta’ala A’lam.
Barakallahu fikum Ust Afis Khaimi
MW: Jangan main-main dengan hutang, sebab dengan hutanglah kadang-kadang boleh putus saudara ye!
Sumber: Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita