Baju baru beli di kedai, nyata nya nampak bersih di pandangan mata. Realitinya tak ya, mak ayah. Penjelasan Mohd Fhais ini akan buka mata kita.
Betapa, seramnya bila mak ayah tak basuh dulu baju-baju baru dibeli tu sebelum di pakai. Bayangkan, baju yang nampak bersih tu rupanya ada macam-macam kejadian dah terjadi ke atasnya.
Jangan Terus Pakai Baju Yang Baru Di Beli
Saya selalu nasihat kat orang benda ni, bah kan pelanggan #byrara sendiri pun saya akan nasihat benda yang sama. Cuci dulu sebelum pakai.
Ini pengalaman saya sendiri semasa melawat kilang buat baju di Bangladesh tahun lepas.
Nampak tak longgokan kain yang saya buat anak panah tu?
Itu la kain-kain yang kuantitinya lebih dari 1000kg dan sudah berbulan-bulan duduk kat situ. Tersadai kat situ tanpa ada perlindungan atau ditutup rapi.
Saya jadi tertanya-tanya bila lihat kain kain ni terdedah begitu je. Kat sini bebas serangga ke? (tanya dalam hati)
Ads
Tak puas hati jadi saya tanya pada owner kilang.
Owner Kilang Kain Dedahkan Sendiri..
“Di sini tak ada tikus atau lipas ke?”
Terkejut saya bila owner kilang ni jawab tikus dan lipas ada banyak.
Ads
Saya pun tanya lagi,
“Habis ni kain semua kalau kena berak atau kencing dengan tikus macam mana?”
Owner tu jawab senang je, diorang akan gunting dan buang. Selebihnya guna buat baju.
Sebab Itu Baju Baru Beli Kena Basuh Dulu Sebelum Pakai
Ads
Aduh, sejak dari itu setiap kali beli baju baru saya akan basuh dulu sebelum pakai. Tak kira la baju jenama besar ke, jenama kecil ke saya pasti basuh dulu.
Kita bukan tahu sepanjang proses nak hasilkan baju tu ntah apa apa benda atau seranga dah lalu melintas pada kain tu. Banyak benda dah melekat kat kain tu. Kita bukan nampak pun.
Basuh je la dulu senang. Tak rugi apa pun, hilang bau kedai je!
Sampaikan pada orang lain juga ye, masih ramai yang sambil lewa pasal benda ni.
MW : Haa.. dah boleh buang habit pakai terus baju baru beli tu ya. Apa-apa pun kena basuh dulu. Sama macam buah baru beli.. kena basuh dulu baru makan.
Sumber/Foto : Mohd Fhais , Mata nampak bersih tak semestinya bersih.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Buat KEREPEK BAWANG PUTIH, Rendam Dalam Air 15 Minit Mudah Kupas Kulit!Bawang putih memang banyak khasiatnya. Selain digunakan sebagai bahan dalam masakan, ia juga boleh juga dijadikan kudapan sihat seperti kerepek ni. Namun nak kupas kulitnya satu persatu agak renyah, terutamanya jika nak buat kerepek bawang putih dalam kuantiti yang banyak. Rupanya tip lebih mudah, rendam dahulu bawang putih dalam air selama 15 minit barulah kupas kulitnya.
Boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Fimi Mikail ini, memang elok hasil kejadiannya.
Hari-hari mau bersauna dengan bawang putih ni, kalau tak dengan halia mesti dengan bawang putih.
Cara umi buat kerepek bawang putih sedap ni
Bahan-Bahan:
10kg bawang putih
Air secukupnya
Garam
Minyak
Cara Membuat:
1. Pecahkan sebiji-sebiji untuk senang nak buang kulit.
2. Bila dah relai, rendamkan dengan air selama 15 minit.
3. Buang air,bila bawang basah senang untuk dikupas kulit.
4. Bila dah dikupas kulit boleh la disagat. Saya guna penyagat jenama tupperware.
5. Setelah siap disagat,rendamkan sekejap dengan air garam.
6. Buang air garam dan bilaskan dengan air bersih.
7. Toskan air,bila dah sejat air,boleh la terus digoreng bersama dengan minyak yang banyak dan minyak betul-betul panas.
8. Selepas digoreng,toskan bersama tisu dapur. Bila dah sejuk,boleh la disimpan dalam bekas yang kedap udara.
Mingguan Wanita: Begini rupanya nak buat kerepek bawang puti, lebih mudah rendamkan dulu dalam air, untuk mudahkan kupas kulitnya sebelum disagat nanti.
Biasannya bila kita selalu masak, periuk belanga yang digunakan akan berkerak hitam dan payah nak dibersihkan walaupun dah sental dengan macam-macam cara. Lebih-lebih lagi jika jenis periuk yang sering digunakan dan bertahun-tahun lama usianya.
Sebenarnya ada petua mudah dan berkesan untuk pastikan periuk yang digunakan tetap cun melecun dan bersih berkilat. Iaitu menggunakan lebihan sabun mandi (buku/ketul) dan sental dengan berus dawai besi keluli halus.
Petua berkesan ini dikongsikan oleh Puan Zainun Mamat sebagai rujukan.Periuknya yang telah berusia 22 tahun masih kelihatan cun melecun, tahan lama dan bersih berkilat macam baru.
Berikut perkongsian tersebut.
Tiap-tiap hari kita masak. Lepas masak mesti kena basuh peralatan memasak terutamanya periuk dan kuali. Selalunya periuk kita akan jadi hitam di bawahnya. Sukar juga nak cuci dan sental.
Saya gunakan keluli besi cuci periuk dan lebihan sabun mandi. Sabun kita guna tu lebihannya jangan dibuang.
Caranya mudah je:
1.Rendam besi keluli dengan sabun mandi Dan sedikit air. Tekan-tekan sikit. Biar jadi berbuih.
2.Selepas itu boleh lah sental periuk Kita. Bilas Dan cuci Bersih. Berkilat jadinya. Sedap mata memandang.
3.Besi keluli juga tahan lama sampai 3 ke 4 hari. Tak mudah berkarat. Cubalah.
Periuk Saya ni dah berusia 22 tahun. Masih cun melecun lagi.
Mingguan Wanita : Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi mak-mak yang ada masalah periuk belanga berkerak hitam, hangus dan berkerak tebal. Kalau payah nak bersihkan dan nak jadi berkilat tu boleh cuba petua sabun mandi yang dikongsikan ini.
Kalau mak nak masak mestilah kena ada peralatan dapur. Kalau tak ada, memang tak menjadi masakan itu, Malah, ia tidak kan datang depan mata, kecuali bila beli makanan di kedai.
Sebenarnya, peralatan dapur bukan hanya kuali, senduk dan periuk nasi yang hanya peralatan asas saja. Tapi, untuk melengkapkan dan memudahkan urusan mak-mak, peralatan inilah yang perlu ada di dapur.
Lagi satu, nak beli peralatan dapur, tak perlulah mahal atau ikut keadaan sekarang ini. Cukup untuk kegunaan asas, mengukus, menggoreng dan panggang dan sebagainya. Ini pun dah cukup, asalkan masakan itu mampu mengenyangkan ahli keluarga.
Inilah antara beberapa peralatan dapur yang dikongsikan oleh Khabbab Jamalludin dan fungsinya. Paling penting, tak perlu nak beli peralatan memasak yang moden bagai. Cukup yang ini pun dah memadai.
Memasak dan menyediakan makanan pada saya adalah salah satu dari kemahiran hidup yang penting. Jimat belanja dan masa, kita tahu apa yang masuk ke perut kita dan keluarga, mampu membantu orang lain dalam hal yang berkaitan jika diperlukan.
Seperti kemahiran yang lain; memulainya tidak mudah namun kalau kita dah dapat konsep dan sistem, ia bukan sahaja tidak susah, malah dapat jadi semacam terapi minda pula.
Ketika ada sahabat yang bertanya tentang mesin seperti Termomiks (bukan nama sebenar); saya memang tidak berminat. Masak bukan setakat letak bahan-bahan dan buka api.
Jenis masakan berbeza memerlukan pendekatan berbeza.
Bahkan masakan yang sama kadang memerlukan langkah yang berbeza misalnya; goreng dulu, tumis lain, api ada masa besar ada masa kecil, ada masa perlu tutup ada masa tidak dan bermacam lagi.
Kalau kita pandai masak guna alatan itu sekalipun, kita tak semestinya pandai jika pergi ke rumah orang lain misalnya yang tak memiliki kemudahan yang sama bahkan di rumah kita jika perlu memasak dalam jumlah yang banyak.
Harganya yang jujur bagi saya memang mahal, saya boleh beli banyak alatan masakan lain yang tetap memudahkan saya untuk memasak sedap, mudah dan cepat sesuai dengan kerja dan kesibukan saya.
Hari ini saya nak kongsi alatan alatan tersebut.
Ada baiknya jika para ketua keluarga dapat menyediakannya kalau pun tak berapa pandai menggunakannya kerana ia dapat membantu urusan dapur lebih mudah.
1. Tak mesti beli semua.
Sesuaikan ikut cara masak dan kemampuan masing masing.
2. PRESSURE COOKER / PERIUK TEKANAN
Ini antara alat yang sangat membantu dalam memasak. Bayangkan tulang, daging lembut hanya dalam 30-40 minit. Lebih jimat dari nak rebus lama-lama masuk sudu segala. Selain dari faktor keselamatan, (suis automatik bila sudah masak), ia memudahkan terutama orang bekerja. Sebelum pergi kerja masukkan dan tekan suis.
Balik kerja tinggal perisakan sikit sikit. Siap !
Performance paling bagus : Noxxa (Harga dalam RM 700)
(cepat panas)
Harga dan performance ok : Phillips (RM 400-500) TEFAL (RM400 ke atas)
Saya pakai Phillips je, bertahun jugala tahan.
Selain dari daging cepat empuk, nak masak nasi seperti nasi beriani, minyak dan nasi Arab.
3. Disyorkan yang tertutup (tutup tak boleh cabut keluar. Ada tekanan yang akan dimampatkan dan menghasilkan haba panas secara konveksi.
Ini akan menghasilkan nasi yang masak lebih sekata, berderai dan sedap – digital
Selain boleh pilih jenis nasi dan jumlah, boleh masak bubur, kacang rebus, barli dan sebagainya. Non-stick. Selain mempengaruhi tekstur nasi, nak basuh pun mudah.
Harga sekitar RM 200-400
Mahal sedikit tapi percayalah; menang memakai.
Brand yang bagus
1) Hitachi
2) Panasonic
3) Tefal
4. PENGISAR / BLENDER
Masakan orang melayu sangat memerlukannya untuk tumisan, sambal dan sebagainya. Beli yang heavy duty. Sebab setengah masakan seperti rendang, laksa, perlukan kisaran yang kuat dan sedikit lebih lama. Mahal sikit tapi insya Allah lebih berbaloi dari beli yang murah tapi senang rosak.
Biasanya kalau boleh buat ice blended, ia jenis tahan. Sebaiknya kaca supaya warna dan rasa tak bercampur.Tak adalah nanti ice blended cappucino aroma belacan bakar.
Tapi kalau bajet tak ada, yang plastik pun ok. Janji lepas guna terus blend dengan air sabun dan cuci.
5. PERIUK SHANGHAI / KUCHING
Gabungan fantastis kuali dan periuk. Lebar tapi ada sedikit lengkungan di bawah.
Ada tutup lagi. 100% aluminium tebal. Kalau beli periuk, pilih yang tebal dindingnya. Sama juga kalau beli kuali. Selain dari tahan lama, tak mudah bengkok terkena panas lama, lebih bagus untuk masakan kerana haba yang sekata. Kalau dinding nipis haba cepat datang dan pergi.
Harga beli 15 inci lebar; RM 130.
Boleh cari di Shopi/Lazata (bukan nama sebenar)
Atau d ikedai alatan dapur (saya beli disini)
Rambang mata wehhh
6. KUALI NON STICK (TAK LEKAT)
Bentuk leper membuatkan goreng menggoreng seperti kuih dan pisang goreng tak perlu minyak yang banyak. Kalau setakat nak buat roti jala, roti canai; minyak sikit pun dah cukup. Garlic bread tak perlu minyak langsung. Nak basuh pun senang.
Sebaiknya beli yang ada jenama seperti TEFAL sebab dah diuji dan selamat untuk digunakan insya Allah. Beli yang berat.
7. PENGUKUS BERTINGKAT
Selain untuk masakan tradisional seperti pulut kukus, nak masak burger atau hot dog juga bagus. Lebih sihat. Cari yang lebar dan tebal.
8. DAPUR TERBUKA (OPEN KITCHEN)
Ini sesuai untuk mereka yang ada halaman. Ada ventilasi di atas dan tepi, di samping bantuan ‘ventilation/exhaust fan’. Ia sangat penting bagi saya terutama kalau kita masak masakan yang mengeluarkan asap/wap yang banyak. Tumisan, sambal misalnya. Selain tak menyebabkan bau merebak memenuhi rumah yang kadang memedihkan mata, memeritkan tekak, percikan minyak, cili lebih mudah dibersihkan.
Saya suka kalau bawah dapur tanah. Ramai ibu tak masak bukan sebab tak pandai atau malas masak. Nak mengemas pun satu hal.
9. [PEMBAKAR GAS / GAS GRILL)
Saya suka masak ikan bakar. Murah dan mudah. Kalau pakai arang leceh. Nak nyalakan api dan nak jaga api pun satu hal. Kalau pakai gas, buka je terus menyala. Kita ‘set’la api nak kuat mana. Nak salai ayam ke, daging ke boleh? Kalau nak ‘smokey’ bau asap; dah masak tutup api. Masukkan sejemput sabut kelapa, tutup penutup dia. Settle.
Saya beli dekat ACE Hardware.
RM500 satu.
Sangat-sangat berbaloi untuk saya.
MW: Sangat bermanfaat dan beri panduan bukan saja untuk mak-mak tapi juga untuk pengantin baru yang nak masuk rumah baru.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...