Asal buka sosial media, tengok orang lebih mulalah hati berkata macam-macam. Jalan di pasaraya pun begitu, ada saja tak kena orang lain di mata. Asal orang ada lebih rezekinya pun di kata juga.
Sudahnya, bagaimana mahu jadi tenang dan bahagia. Sebab itulah, kata Rosmarlina Binti Abd Gani ini, hidup setiap orang itu adalah pilihan sendiri. Nak jadi baik atau sebaliknya, sendiri jualah yang tentukan.
Hidup Anda Pilihan Anda
Pilihan di tangan anda
Setiap hari kita boleh memilih jalan hidup Kita sendiri.
Contoh bangun pagi.
Pilih untuk tidak marah-marah, masak sarapan dan buat bekal anak-anak dengan mood yang baik.
Atau pilih untuk tidak sabar, marahkan anak, atau marahkan suami jika tidak menolong apa-apa.
Pilih untuk rasa ceria atau senyap seribu bahasa.
Semua ni akan mempengaruhi.
Sabar untuk tahan marah jika anak lambat bangun atau lama sangat mandi.
Pilih untuk penatkan diri dengan exercise atau bersenang lenang.
Pilih untuk masak simple atau gigih masak macam-macam.
Pilih untuk tengok ceramah agama atau drama Korea, drama Melayu atau movie Marvel.
Pilih untuk senyum atau tarik muka penat.
Pilih untuk aktif socmed atau post hanya jika perlu.
Ingat jangan tertekan tengok orang lebih dari kita, hidup tak pernah sama.
Cerita untuk sampai ke puncak itu hanya tuan badan yang tahu.
Pilih untuk rasa happy bila kawan-kawan share kegembiraan diorang.
Dalam kita tidak sedar ig story atau status FB kawan-kawan mewarnai hidup Kita. Pilih untuk scroll laju-laju kalau kurang berkenan.
Kita punye dark side dan bright side kita sendiri, kita punya pilihan untuk buat mana yang baik dan tak ikut kata hati yang tidak baik. Kita hanya manusia biasa yang tak pernah lari dari kesalahan.
Ads
Jangan buka aib sendiri, aib kawan-kawan atau aib suami pada orang lain, simpan kemas-kemas.
Pilihan di tangan anda.
Jadinya warnai setiap hari yg anda lalui itu supaya lebih bermakna.
Hati Tenang Bila Memaafkan Orang Lain
Lagi satu bila dah makin ber umur kita akan penting kan rasa tenang tu, contoh maafkan ajalah sesiapa yg buat salah pada kita, tak payah nak rasa sentap sangat lama-lama, bila dah maafkan orang tu, automatik akan rasa best aja hari-hari, tenang ja hari-hari yang mendatang tu.
Itu jugak dikira pilihan kita untuk memaafkan atau tidak. Sebaik nya jadi lah seorang pemaaf.
Ads
Jaga siratulrahim buat baik pada mak ayah, adik beradik, sedara mara, ipar duai dan kawan-kawan bertanya khabar antara satu sama lain, Pilihan di tangan anda utk kekal positif dan mengeratkan ikatan kekeluargaan itu.
Ingat hari-hari jika rasa nak marah, ada punye pilihan utk cool tenang dan sabar, istighfar banyak-banyak.
Sesungguhnya nya semalam adalah sejarah , hari esok semua orang takkan tahu apa akan terjadi dan hari ini adalah hadiah, coraklah dan hargailah masa sekarang sebaik mungkin.
Salam dari Ros,
Osaka
MW :Hati yang lapang dan tenang itulah punca bahagia ya mak-mak.
Setiap pasangan yang berkahwin pasti diuji dengan bermacam dugaan. Baik dikurniakan cahaya mata yang ramai, malah ada juga yang belum ada cahaya mata.
Itu lumrah bagi mana-mana pasangan yang berkahwin. Cuma, bagaimana mereka menerima ketentuanNya itulah yang menjadikan suami isteri itu damai atau tidak hatinya.
Bagi Enny Mohamad, beliau dan suami juga diuji perkahwinan mencecah 8 tahun, dan belum direzekikan cahaya mata. Tetapi beliau dan suami memilih untuk mencari bahagia dengan cara sendiri.
Berkahwin 8 Tahun, Belum Ada Cahaya Mata
Married for 8 years.
Belum ada cahaya mata. Tapi tak apa, yang penting mata kami tetap bercahaya.
Anak-anak buah ada.
Ada anak-anak kawan pun ramai (sabahat sis ramai yang produktif)
Ok lah untuk menumpang kasih kannn.. banyak lagi nikmat lain Allah bagi di muka bumi ini.
Orang tak ada anak ni.. retirement plan dia lain.. setakat ni perancangannya, nak travel sama-sama ke sana ke mari.. nak ziarah sapa-sapa yang ada kat overseas.. Kalau nanti ada rezeki anak, tak tahu la planning macam mana kan.
’Ujian Tak Ada Anak Tak Seberat Kami Yang Ada Anak’
Tapi sedih juga dengan satu ayat orang..
“Korang tak ada anak, ok lah.. ujian tak ada anak tak seberat kami yang ada anak ni..”
Alahai puan.. kalau laaa awak tahu hati kami yang tengah tunggu rezeki ni. Pasti awak tak nak duduk tempat kami. Pasti awak lihat anak itu sebagai satu rahmat, pasti awak akan rasa syukur nikmat sangat tengok wajah anak.
Allah bagi kita ujian atas kemampuan kita.. Allah Maha Adil.. paling Adil sekalian alam.. berpegang saja pada itu. Insyaaaallah, tak akan terbeban.
Yang best bila belum ada anak ni..
Boleh berlakon pengantin baru
Masa ikut suka la 2 pagi nak keluar pun ok
Travel adhoc kita selalu kasi onz
Nikmat mana nak di dusta?
Sahabat TTC, sabar banyak-banyak ya.. buat masa ni jom kita enjoy.
Mingguan Wanita : Ujian setiap orang tidak sama, tetapi andai bersabar dan bersyukur dengan setiap ujian yang tuhan berikan. Tentunya, hati jadi lebih berlapang dada dan tenang. Semoga isteri yang sedang TTC (Sedang Berusaha Untuk Hamil) diberikan kemudahan untuk bergelar ibu.
Selalu kita dengar, seorang sangat peramah dan pasangan seorang yang pendiam. Kadang-kadang, kita hairan macam manalah pasangan suami isteri itu berkomunikasi. Sebenarnya, semua ia telah diaturkan olehNya. Suami isteri adalah pasangan yang saling lengkap melengkapi. Itulah yang membawa kebahagiaan dalam rumah tangga.
Bila berpasangan, perselisihan faham, gaduh, suka dan duka adalah asam garam kehidupan dalam rumah tangga. Sama ada mampu atau tidak suami isteri itu mengharungi bersama. Ini belum lagi bila sudah mempunyai anak.
Bercerita tentang emosi ini, boleh dikatakan perempuanlah yang banyak bermain emosi yang membuatkan lelaki atau suami pun kadang-kadang tidak faham peelnya. Jangan marah. Itulah keunikan wanita yang melengkapi hidup seorang lelaki bergelar suami.
Perkongsian daripada Ustaz Farid Rashidi merungkaikan istimewanya seorang perempuan.
Orang perempuan ini, makhluk misteri. Misteri sebab dia dibekalkan emosi yang bermacam. Ada waktu, dia boleh sedih tiba-tiba. Tak tahulah sedih sebab apa. Tak berapa lama, dia boleh jadi seronok, gembira. Suami buat lawak tak jadi pun dia boleh gelak.
Terkadang bila duduk sendiri, dia jadi rindu. Rindu pada orang tersayang, walhal orang tersayang itu ada dekat dengannya. Dan dia juga boleh bertukar jadi singa, sedangkan sebelumnya jadi kucing jinak.
Melengkapi
Tak pelik, sebenarnya itulah keistimewaan yang Allah SWT beri untuk seimbangkan kelemahan kaum lelaki. Kalau semua sama macam lelaki, pasti dunia jadi suram. Jadi kelam.
Buat kaum hawa yang selalu gelisah, sedih, tak tenteram jiwa, dilanda dukacita tiba-tiba… cuba baca doa yang diajarkan Rasulullah SAW ini. Jika mampu, hafazlah.
“Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba-Mu (Adam) dan anak hamba perempuan-Mu (Hawa). Ubun-ubunku di tangan-Mu, keputusan-Mu berlaku padaku, qadha-Mu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diri-Mu, yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu atau yang Engkau khususkan untuk diri-Mu dalam ilmu ghaib di sisi-Mu, hendaknya Engkau jadikan Al-Qur’an sebagai penyejuk hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.” [Hadis Riwayat Ahmad, no. 3712]
MW: Orang perempuan nie bukanlah mengada-ngada atau sengaja berbuat begitu. Itulah sebenarnya menjadi pelengkap buat lelaki yang bergelar suami.
Cara mudah nak pujuk perempuan nie, satu je, berilah hadiah klik sini yang membuatkan hati dia kembali berbunga-bunga.
Artikel ini telah disunting dan medapat keizinan penulis
Sumber: Ustaz Farid Rashidi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Poligami memang tak salah. Tapi jika ayah-ayah nak berpoligami sangat, biarlah ikut kemampuan jangan pula memaksa isteri hidup saling mencatu. Gara-gara suami teringin sangat nak hidup berpoligami, hidup isteri tua dan muda pula menderita.
Sudahlah berkongsi suami, sudahnya segala-galanya pula perlu dikongsi termasuklah keretalah, rumahlah. Itu sudah tak masuk akal, sebelum berpoligami itu fikirlah dalam-dalam sebelum menyeksa kehidupan isteri yer wahai suami.
Ikuti perkongsian peguam syarie, Rabiatul Adawiyah Ramli dan hadam baik-baik ya wahai lelaki sekalian.
𝗠𝗮𝗱𝘂 𝗔𝘀𝗹𝗶 : 𝗥𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗠𝘂𝗱𝗮𝗿𝗮𝘁
Nak beritahu sikit ini. Nak poligami itu boleh iya tapi biarlah ikut kepada kemampuan.
Jangan pula hanya fikirkan perasaan sendiri sehingga kesannya boleh buat makan diri sendiri.
Yang isteri sedia ada pula, kalau suami itu sudah betul-betul jalankan tanggungjawab, adil, tidak menyakiti hati maka terimalah dengan hati yang terbuka. Ini bukan soal payung emas, tapi ini soal ganjaran pahala yang bukan calang-calangnya Allah akan beri nanti.
Itu kalau kuat dan berhati sadolah ya. Tapi kalau sudah cuba tetap tak boleh, tetap rasa ditindas, tetap rasa suami semakin hari makin tak adil, makin menipu, makin buat tak tahu, makanya dari terus terusan menipu diri sendiri yang sebenarnya pendam dan sakit hati lebih baik lepaskan diri, bebaskan diri dari rejim hati itu.
Berpoligami Kenalah Ikut Kemampuan
Bukan apa, Allah tak lihat senyuman palsu yang terukir di hujung bibir kalian, Allah tak lihat pada bahagia luaran bergambar sana bergambar sini, Allah juga tak lihat betapa kuatnya kalian mempertahankan ikatan suci rumah tangga kalian.
Tetapi Allah melihat jauh dari sudut hati kalian. Ikhlas ke kalian, redha ke kalian, tak berdendam ke kalian? Tak menyumpah ke kalian?
Jadi apa guna kita sendiri hancurkan hidup sendiri secara terus-terusan. Tak guna kita paksa diri untuk merasa bahagia walhal merasa terseksa.
MW: Begitulah kalau poligami itu indah hanya di mata suami. Jika menjadi nakhoda sebuah rumah tangga pun terumbang-ambing, inikan pula dua isteri. Jadi renung-renungkan iya. Jangan menyesal hingga ada hati yang tersakiti dan menambah dosa di akhirat sana.
Sumber: Rabiatul Adawiyah Ramli
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kali ini team Kongsi Kasih bersama Perfume Paradise ke Pasir Puteh, Kelantan. Pertemuan berlaku di hadapan Markas Jejak Jalanan dengan bantuan Abe Hae. Dengan...