Jangan tertawakan rumah tangga orang lain, tidak tahu apa ujian yang sedang menanti rumah tangga kita. Benar sungguh apa yang dibicarakan oleh Puan Dzuriasikim Dzulkefli.
Nasihatnya cukup bermakna malah kita tidak perlu mentertawakan kehidupan orang lain bukan saja dari segi rumah tangga malah dari semua segi.
Jangan Tertawakan Rumahtangga Orang Lain
Ternyata apa yang dikongsikan cukup bermakna dan sememangnya dunia ini hanyalah persinggahan sementara untuk kita semua. Berbuat baiklah dengan semua orang dan janganlah mempersendakan kehidupan orang lain.
“Jangan ketawakan suami orang kerana suami kita juga hatinya milik Tuhan. Jangan ketawakan isteri orang, isteri kita sendiri kita belum tahu berapa lama akan terus setia berada di sisi.
“Jangan ketawakan anak dara tua, anak dara kita sendiri belum tentu jodohnya nanti. Jangan ketawakan janda, suami yang ada Allah hanya pinjamkan sekejap sahaja. Boleh jadi esok atau lusa kita juga akan berpisah dengannya.
“Jangan ketawakan wanita yang dimadukan, sedang mereka semua sangatlah bersabar dalam berkongsi rasa dalam menempuh banyak ujian hidup serta tempat mereka mungkin lebih baik di Syurga nanti.
Semua Orang Mahukan Kesempurnaan
“Tidak ada yang mahu perkara yang tidak baik dalam hidup. Semua orang mahukan kesempurnaan. Tetapi tidak ada manusia yang terlepas dari ujian dari Tuhan juga.
“Oleh itu, ketawa biar berpada. Harus ingat di setiap bahagia itu akan ada tangisan.
Menangis pula, janganlah seolah kita tidak akan bahagia semula nanti.
Orang kaya boleh jadi miskin.
Orang miskin boleh jadi kaya.
“Saya sudah melihat dengan mata saya sendiri semuanya. Yang kekayaannya bukan setakat rumah besar sahaja atau sekadar wang berjuta, bahkan lebih dari itu… Tetapi mudah bagi Allah untuk mengambil semuanya hanya dalam sekelip mata.
“Kita ini, jika Allah jadikan kita sakit gigi sahaja pun, sudah hilang nikmat hidup. Sudah tidak dapat senyum, tidak dapat makan, tidak dapat minum dengan baik. Apa lagi jika Allah tarik lebih dari itu.
Tidak Perlu Pamerkan Kebahagiaan Pada Orang Lain
“Jika benar-benar cukup bahagia, kita tidak perlu mempamerkan kebahagiaan kita kerana happiness doesn’t need any approval.
Jika benar-benar cukup kaya, diam diam sahaja kerana orang yang benar-benar kaya hidup mereka penuh dengan kecukupan yang tidak seorang pun orang yang cukup kaya pamerkan harta mereka.
“Dunia ini hanyalah persinggahan sementara untuk kita semua.
Hiduplah bagaikan seorang musafir.
Apakah nikmat yang terbaik bagi kita hari ini?
Bukan wang.
Bukan rumah besar.
Bukan kereta yang banyak.
Bukan glamour.
Bukan wajah yang cantik.
“Nikmat yang paling besar buat kita semua hari ini adalah kehidupan ini sendiri.
Kerana orang yang sudah mati sangat ingin kembali ke dunia (walaupun sekejap) hanya untuk berbuat amal dan kebaikan yang tidak sempat mereka lakukan selama hidup mereka.
Untuk itu…
“Ucapkanlah Alhamdulillah.
Kerana kita semua masih bernyawa.
Dan selagi kita masih bernyawa, selagi itulah ada harapan yang lebih baik untuk kita.
La Tahzan
Jangan menangis, Allah sayang,” nasihat Dzuriasikim Dzulkefli.