tersalah ubat

Sekali lagi, kesihatan anak-anak aku diuji bila tersalah ubat. Barang kali ujian 2017 adalah ujian anak-anak sakit, maka terpaksalah aku bertabah biar pun perit. Anak ke-empat aku, Anaqi, sememangnya sejak berusia enam bulan, dia ada ekzema.

Tetapi taklah kronik mana, dengan bantuan krim herba organik. Gatal-gatal dan kesan-kesan merah di muka akan hilang, tetapi ia datang dan pergi.

Selepas 2 Minggu…

Namun dua minggu lepas, masalahnya Anaqi makin kronik. Selain merah-merah yang membentuk duit syiling sepuluh sen menjadi sebesar lima puluh sen dan merebak ke beberapa tempat di kawasan muka. Keadaannnya makin kronik, bila aku suami mula mengemas barang untuk berpindah. Habuk-habuk tersebut menyumbang kepada ekzema Anaqi kembali.

Melihat wajah anak yang handsome menjadi kurang kacak, sebagai ibu haruslah cuak. Apa lagi, dengan segera kami laki, bini bawa anak ke klinik pakar kulit agar dapat rawatan segera. Maklumlah klinik pakar tkenal, haruslah mahal dan aku mempercayai setiap kata doktor itu walaupun dia melihat keadaan kulut anak ku dari ekor mata sahaja.

Ads

Malam itu, kalutlah ibu ni menyapu krim yang doktor bagi siang tadi. Alhamdulilah ekzema di mukanya berkurangan, tetapi timbul masalah lain apabila gelembung-gelembung yang terkandung air bisa pecah dan membentuk luka besar. Walaupun susah hati, tetapi krim yang sama aku sapu berkali-kali, biar pun Anaqi melalak dengan harapan nak cepat baik.

Hari ketiga keadaannya makin kronik dan membentuk luka besar seterusnya merebak ke tampat lain. Sekali lagi kami ke klinik kulit dan doktor sarankan kami membawa Anaqi ke hospital. Beberapa kali doktor geleng kepala bila lihat keadaan Anaqi. Menyesal pun ada sebab awal-awal lagi tak bawak anak ke hospital.

Ads

Setelah ke emergency, disebabkan tiada pakar kami diminta untuk datang semula esok pagi. Tiba hari yang dinanti, setelah doktor dermatologi melihat keadaan Anaqi, rupa-rupanya dia terkena impetigo. Apa itu impetigo?

Ads

Impetigo adalah jangkitan pada kulit yang disebabkan oleh bakteria tertentu (Streptococcus atau Staphylococcus). Bakteria tersebut memasuki bahagian kulit yang rosak disebabkan menggaru, luka atau lain-lain masalah kulit. Ia biasa berlaku pada bayi dan kanak-kanak. Ia juga mudah tersebar kepada orang lain.

Bagaimana pula impetigo ini boleh berlaku? Ia bermula dengan gelembung-gelembung kecil dan akhirnya pecah dan mengeluarkan cecair. Cecair tersebut akan kering dah menghasilkan kulit keras yang berwarna coklat kekuningan. Penyakit ini sangat gatal.

Hampir seminggulah jugak aku habiskan cuti tahunan yang berbaki konon-konon nak melancong ke Switzerland (berangan jer). Allah Maha Berkuasa, mungkin ada hikmah di setiap apa yang berlaku. Mungkin Tuhan ingin menjentik sedikit perasaan ku yang kadang-kadang terleka dalam menjaga amanahnya. Doakan permata hati ku cepat sembuh seperti sediakala.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI