Nak buat tapi bertangguh-tangguh, itulah sikap orang yang suka manjakan diri yang akhirnya makan diri sebab terlepas jutaan kebaikan yang ada.
Contoh mudah, bab solat. Suka tangguh sebab nak dahulukan yang lain. Akhirnya pahala yang dapat, hujung-hujung.
Lebih jelas nak tengok sikap orang yang suka manjakan diri, ada dalam perkongsian Puan Hajjah Rohana Saad ini.
JANGAN MANJAKAN DIRI SANGAT
Memang betul iman kita kadang naik kadang turun, tapi kalau hari-hari asyik memanjang menurun je apa kes? Kau tak boleh berlembut manjakan diri sendiri sangat.
Bila teringat nak ngaji atau nak buat solat-solat sunat atau ibadah-ibadah lain tetiba pulak.. peninglah, letihlah, sakit pingganglah, kejab lagi lah, nak siapkan yang ini dulu lah dan pelbagai alasan di cipta.
Nak seribu daya tak nak seribu dalihkan? Eh..ehhh? Macam terkena dengan batang hidung akak sendiri.
Dorong diri kau sendiri, kuat lagi kuat lagi!!. Kena keraskan sikit hati. Lawan nafsu pemalas kau tu. Lawan iblis syaitan yang dah lama bersantai dalam hati kau.
Sudahlah kau kat Dunia ni hidup apa adanya, meleleh air liur tenguk orang lain makan sedap, kereta mewah, rumah besar. Dalam hati redha je lah, rezeki kita mungkin ALLAH nak bagi kat Syurga. Tapi nak dapat hebat-hebat kat Syurga kau kena usaha sungguh-sungguh kat Dunia. Kumpul pahala banyak-banyak untuk jadi jutawan di Syurga.
Memang betul kita masuk Syurga kerana Rahmat ALLAH, tapi mana tau orang lain duk dalam istana kita bawah pokok je dalam Syurga sebab pemalasnya kita di Dunia. Dah tu duk situ untuk selama-lamanya hok alohhhh..
Bila dah set time untuk kau buat Dhuha ke, Tahajud ke, baca Al-Quran ke.. kau rasa berat sangat nak mula, kau tutup mata jab dan berdoa’ dalam hati “Ya ALLAH tolong kuatkan aku, tolong aku Ya ALLAH”.
Jangan terlalu lembut sangat manja kan diri. Lama-lama terbiasa.. parah. Apa yang kau usahakan sekarang hasilnya di Akhirat sana. Jangan jadi manusia yang rugi, pulun habis-habis masa sihat sebelum sakit, masa lapang sebelum sempit.
Kita rasa susah berubah sebab tidak biasa. Biasa biasakan. Mudahlah rasa untuk berubah.