Bersyukur suri rumah sepenuh masa jika dapat duduk rumah jaga anak-anak depan mata sendiri. Tak perlu sebenarnya nak membandingkan diri dengan mak-mak yang bekerja bantu tambah pendapatan keluarga.
Sebab, apabila tuhan mahu menguji bila-bila masa dia boleh beri. Dua puluh empat jam masa yang panjang itu tiba-tiba diregut dan suri rumah terpaksa bekerja semula.
Kerana itu perlunya untuk sangat-sangat mensyukuri peluang menjadi ibu sepenuh masa.
Lagi-lagi wanita yang dulunya bekerja, dan akhirnya direzekikan berhenti kerja jaga anak-anak dan keluarga.
Syukur.. tak terkata.
Tapi dalam meniti bahagia bergelar suri rumah sepenuh masa, kenalah meraikan juga mak-mak yang masih perlu bekerja dan menjaga anak-anak dan keluarganya.
Tentu masa mereka tersangatlah padat dan singkat. Terkejar sana-terkejar sini. Baik suri rumah atau mak bekerja, keduanya tetap SUPER WOMEN.
Multipurpose.. boleh buat macam-macam benda. Tapi suami janganlah ambil kesempatan dengan kuasa ‘kekuatan’ isteri itu. Sampai semua benda nak serah pada isteri.
Nanti elok-elok dia boleh bahagi masa nak urus kerja rumah, kerja pejabat mahupun keluarga. Terus jadi terbengkalai. Sayangnya ramai pula suami yang tak ‘care’ sangat tentang emosi isteri ini.
Sudahlah minta isteri berhenti kerja, jaga anak-anak. Duit nafkah bulanan pula kadang beri kadang tidak. Mula-mula saja berjanji bulan bintang. Lepas satu tahap, isteri tak boleh lagi jadi suri rumah terbahagia. Tekanan emosi semakin memuncak.
Akhirnya, terpaksa juga mencari kerja demi sesuap nasi untuk anak-anak.
Sudahlah sebelum ini, dah canang satu media sosial betapa bahagianya dapat peluang duduk rumah jaga anak-anak. Tiba-tiba, suami pula tak tahu hargai pengorbanan isteri.
Sebenarnya, wahai isteri. Sama ada anda suri rumah sepenuh masa atau isteri bekerja, penting sungguh untuk anda ada ‘backup’ plan kewangan sendiri. Jadi, bila suami mula buat perangai, anda sudah benar-benar bersedia.
Jangan cuma bahagia duduk rumah, tapi tak tahu nak rancang masa depan diri sendiri. Walau sukar macam mana sekalipun, belajarlah sayangi diri itu.
Bila suami beri duit belanja, simpanlah sedikit untuk tabungan. Biarlah cuma RM10 sebulan. Ia tetap akan jadi banyak jika konsisten simpan dari sebulan ke bulan seterusnya.
Mana-mana ibu pun mahu asuh sendiri anak dengan tangannya. Cuma, ibu bekerja ini rezeki mereka tidak Allah berikan sebegitu rupa. Rezeki mereka kena bekerja, dan berkongsi rezeki dengan pengasuh anak-anak mereka.
Dan setiap orang berbeza ujiannya selayak dengan kemampuannya. Sebaiknya jangan terlalu tayang bahagia bila tuhan beri rezeki jadi ibu sepenuh masa di rumah. Berpada-padalah berkongsi emosi di media sosial itu.
Kenapa ada sesetengah suami atau sesetengah orang suka membanding-bandingkan realiti suri rumah dengan wanita bekerjaya.
Sehingga ada cakap-cakap yang menyatakan suri rumah ini lebih PENAT dari wanita bekerjaya.
Benarkah emosi tertekan apabila wanita memegang title suri rumah? Kenapa pula isu ini walau dah lapuk, masih juga jadi persoalan.
Ikuti kupasan lanjut Tekanan Suri Rumah dalam Mingguan Wanita Talkshow musim baharu di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari.
Siti Elizad dan Sherry Al Hadad akan membincangkan topik ini bersama-sama tetamu istimewa yang akan memeriah perbincangan di studio MW.
Untuk sebarang komen dan persoalan untuk ditanyakan kepada tetamu dan juga pakar, hubungi Talian Teman Wanita Anda di 03-89389647 atau komen terus di ruangan yang disediakan.
#mingguanwanitatalkshow
#mingguanwanita
#temansetiapwanita
#AstroPrima105
#AstroPrimahd121