Jika anak mengadu dia dihukum guru di sekolah, secara rasional apa tindakan anda. Terus menghukum guru ataupun menyebelahi anak. Ataupun mengambil langkah berhemah dengan merujuk masalah mengenai anak anda di sekolah mengikut saluran yang betul. mana satu keputusan anda? 

Menerusi topik Mingguan Wanita TalkShow hari ini mengupas isu mengenai ‘Hormat Guru Berkat Ilmu’ pandangan dari dua ahli panel ini, wajar di ambil inputnya bagi memastikan tidak wujud sindrom hilang hormat terhadap guru kerana tidak dapat menerima kelemahan anak sendiri sebaik ditegur guru.  

Amiruddin menggesa apa juga isu berbangkit melibatkan anak-anak dan skeolah, ibu bapa haruslah menanganinya mengikut SOP yang be

Ikut saluran yang betul 

Menurut Amiruddin Sahudi wakil daripada Kumpulan Penggerak Ibubapa Komuniti Kebangsaan memberi pandanganaduan yang anak-anak sampaikan lazimnya berbeza daripada kenyataan atau cerita sebenar. Kata beliau lagilazimnya anak-anak memeilih menyampaikan cerita yang menyelamatkan dirinya sendiri dan berbeza daripada kejadian sebenar yang berlaku di sekolah. 

“Ada ibu bapa tanpa usul periksa, mengambil keputusan untuk menyerang pihak sekolah termasuk pihak pengetua dan mencari guru yang dimaksudkan. Tahukah anda, anak-anak ini lazimnya hanya menyampaikan perkara yang menyelamatkan dirinya. Jika diperhalusi dengan betul dan mengikut pengalaman lalu, kebanyakan isu akan berbeza ceritanya apabila perkara tersebut dibawa ke pengetahuan pihak pengurusan sekolah.  

IKLAN

“Sebagai orang yang dekat dengan kesatuan melibatkan ibu bapa dan pihak sekolah, saya  sering menggalakkan apa jua isu diselesaikan mengikut saluran yang betul. Jika ada hal berbangkit, ibu bapa boleh hadir ke sekolah dan merujuk kepada pengetua. Elakkan mencetuskan provokasi atau kekecohan. Sebaiknya apabila di sekolah pengetua akan memanggil guru disiplin, guru kaunseling serta guru yang terlibat untuk sama-sama duduk dan mencari jalan penyelesaian.” 

Selain itu Amiruddin Sahudi juga ada memberikan ulasan mengenai keperluan penggunaa  rotan di sekolahWalau bagaimanapun penggunaan rotan ituperlu mengikut klausa yang ditetapkan 

Pesan Amiruddin Sahudi lagisebagai murid sentiasa tanamkan di fikiran pepatah Inggeris  ini  “Ask Not What Your School Can Do For You… But What You Can Do For You,”.  

Keberkatan ilmu itu, turut dipengaruhi dari redha seorang guru – Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa

Husnuzon dengan guru 

Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa pula mengulas pentingnya redha guru dalam keberkatan sesuatu ilmu. Tambahnya lagi, nak tahu sejauh mana keberkatan sesuatu ilmu itu dalam diri kita,berikut adalah antara barakahnya. 

  1. Ketika mana ilmu itu boleh diamalkan 
  2. Kita tak jadi manusia yang harapkan pujian dan tidak sombong dengan ilmu yang kita   miliki 
  3. Berkatnya ilmu ketika mana orang  yang memiliki limu itu bertambah tawaduk dengan Allah dan merendah diri dengan manusia.   
  4. Dia juga berusaha menghindari dari cinta dunia, cinta pangkat  
  5. Menghormati orang alim
  6. Lebih banyak buruk sangka pada diri sendiriberbanding orang lain 

Jika ada berlaku salah faham dengan guru, gunakan pendekatan berhemah dalam menangani sesuatu isu.Jangan letakkan emosi di hadapan bagi mengelakkan keadaan semakin  keruh. 

Pesan beliau lagihormati guru ini perlu disemai dalam sanubari anak-anak sejak dari mereka kecil lagi. Sebarang isu berbangkit haruslah ditangani mengikut saluran yang betul, elakkan menerjah tanpa usul periksa. 

Bagi yang terlepas menyaksikan topik mengenai Hormati Guru Berkat Ilmu, jangan lupa saksikan ulangannya jam 8 malam ini  di Astro Prima 105 dan Prima HD 121.